06 July 2013

Pulau Pinang


27 Mei 2013. Tarikh bersejarah. Tarikh di mana memaksa aku untuk berpindah dari negeri lain seorang diri. Memaksa aku untuk berhijrah di negeri orang lain. (Negeri je okay bukan negara).  Dari Negeri Sembilan, aku ke Pulau Pinang. Tempoh 5 jam memisahkan aku dengan keluarga aku. 2 buah negeri yang memisahkan Negeri Sembilan dengan Pulau Pinang. Jauh. Sangat jauh bagi aku, yang langsung tak pernah berpisah dengan keluarga aku.Tapi demi untuk mencapai cita-cita, membanggakan kedua ibu bapa aku, aku lupakan semua tu. Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), itulah tempat di mana aku belajar. 


Orintasi seminggu yang memenatkan. Memaksa aku untuk bangun pukul 4 pagi dan tidur pukul 11 malam. Untuk aku ketika itu, memang sangat memenatkan sebab kan lepas SPM selalu bangun lambat. Tapi aku bersyukur juga sebab tempat lain orintasi sampai pukul 12 malam. KMPP kira paling awal gak la bersurai. That is one of reason why I love orintasi KMPP. Tengoklah gambar di atas. Gambar muka budak homesick. Gambar muka budak tak cukup tidur.


First outing with the roomates.Let me introduce them. Yang pakai cermin mata tu namanya Lin. Yang tengah tu namanya Ain. Ada lagi sorang roomate tapi dia tak ikut. Nama dia Tiha. Nak beli barang untuk bilik kitorang. Lepas tu mencekik makan mekdi. Hahahaha. Pergi Pacific je. Banyak barang nak beli. Iron board. Rak kasut. Kipas meja. Kau bayangkanlah macammana aku angkut kipas meja tu satu pacific. Bayangkanlah...




With the classmates at bio lab. Semangat semua nak ambik gambar pakai lab coat. Konon ala-ala doktor leww tuuuu... Hahahaha. Gambar atas tu namanya Alin. Yang gambar bawah pakai tudung putih ada bunga putih dekat atas tu namanya Amimza. Yang tengah tu namanya Aina. Dan aku Amirah. Asal boleh nak nama semua A kan...


Hujung minggu ketiga. Parents aku datang. Gembira bukan kepalang. Roomates aku punya parents datang minggu sebelum parents aku datang. Aku jeles bukan kepalang tengok parents diorang datang. Hahaha. Bila parents aku datang, aku keluar bermalam dekat luar dengan diorang. Beli barang banyak untuk bawak ke matriks. 




Time ni first time pakai selendang pergi class. Hahaha padahal kalau kat seremban memang asyik pakai selendang je kan. Takdela, kat sana panas. Pastu rasa macam over pulak pakai selendang gy class. Jadi aku pun pakai le bawal walaupun bawal aku hmmmm cacat. Hahahaha. 

Berjalan-jalan di tasik. Hahaha hilangkan stress kononnya. Padahal tengok tasik tu lagi stress sebab kotor sangat tasik tu. Maklumlah pagi tu hujan kan. Hahaha. Tengok ragam manusia. Ada yang geng 4 perempuan 1 lelaki la. Ada yang 4 lelaki 1 perempuan la. Pelik betul. Ada yang dating. Ada yang piknik. Ada yang berkempen la. Memacam. 



Outing with lagi sekali. Pergi Jusco. Time ni memang shopping gegila. Hahahaha. Semua beli baju. Aku pun beli sehelai baju. Pastu beli stok makanan. Dan makan pizzaaaaaaaaaaaaaa. Yummy lama gila mengidam nak makan pizza. Baru dapat makan masa tu.



Classmate jugak. Nama dia Syazatul. Yang tengah tu menyibuk je interframe tu. Haha.

 Breakfast roti canai with the roomate. Pada memula masuk teringin nak makan roti canai. Last  last dapat jugak. Yummy okay yummy...Hahahaha. 

Sebenarnya kan... aku dah balik Seremban! Yabedaabedoooooooooooooooooo. Bestnya. Aku memang pada haritu nak balik Seremban tapi kalau setakat cuti 2 hari tu memang tak berbaloi langsung nak balik. Ini balik pun sebab Isnin cuti Penang Heritage Day. So balik Jumaat petang. Hari Isnin pagi balik Penang. Ada 2 hari spend kat rumah kan. 

Sebab tu la aku ada masa nak karang entri pepanjang macamni. Kalau kat sana mana boleh tulis entry macamni. Line lambat. Harap line u mobile je la yang aku guna. Tu pun kat phone. Dan kat phone leceh la nak update blog. 

Okaylah. Sebenarnya aku ada banyak assignment yang belum disentuh. Dan sekarang aku nak buat kerja. Hmm maybe lepas Maghrib la kot. Hahaha

Okay chow. Babai..

No comments: