09 August 2013

Selamat Hari Raya



Pejam celik pejam celik dah sebulan kita semua berpuasa. Boleh dikatakan 90% puasa aku, aku berpuasa dekat Penang. Sendiri. Tanpa keluarga. Bersama kawan-kawan seperjuangan yang dahagakan kejayaan.

Apa perasaan aku agaknya yer?

Hmm...

Perasaan aku bercampur baur. Aku rasa pelik. Aku rasa sedih. Aku rasa teruja. Bercampur jadi satu dan dinamakan PeSeUj. (Pun boleh kan)

Pelik. Sebab makanan untuk berbuka tu bukan seperti yang aku makan selalu. Kalau dekat rumah aku sentiasa berbuka dengan air sejuk yang manis. Tapi kat Penang, aku berbuka hanya dengan air mineral yang berada dalam room temperature.

Sedih. Sebab aku tak berbuka dengan family dan berada nun jauh dari family. Sebab aku tak dapat makan masakan ibu aku. Sebab tak dapat berborak dengan family time makan.

Teruja. Sebab first time celebrate Ramadhan dengan kengkawan seperjuangan. First time sahur dengan kengkawan. Kengkawan yang nampak muka kita yang sembap time bangun dan terpisat-pisat makan masa sahur. Dan kengkadang sambil mata tertutup makan. 

Well. Senang cerita perasaan aku memang bercampur. Lagi lagi waktu awal awal puasa tu. Nak describe bebanyak pun korang takkan paham selagi korang tak rasa. Sebab dulu aku pon cakap besar kata aku takkan homesick la apa la, last last... hampeh...

Bila balik Seremban, aku punya feeling haruslah gembira. Gembira dapat buka puasa sesama dengan family. Minum air sejuk. Fuh everything seems soo complete for me.

Once again, you will never know the feeling to be back to someone you miss. Someone you really miss.



Yang atas ni tak rindu pon. Kah Kah Kah. Saja letak gambau. 

Oklah dapat celebrate puasa kat sini berapa hari jer. Pastu raya. Raya pun hari keempat dah balik Penang. Haih sedih giler. Takpe, setahun jer...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang berpuasa! Yang tak berpuasa tapi nak raya tu, tak malu ke?(Untuk budak yang 7 tahun ke atas sahaja).  Budak 5 tahun pon boleh puasa, ini kau dah besau panjang tak boleh berpuasa, apa kebenda semua ni? Haiyaa..


My Not So Big Family...  We are black this year!


Comel gila budak ni pakai tudung. Like seriously. Hahahaha. 


Gambar atas, my family with both sides of grandma and anak uda. 
Gambar bawah, me menggila with the siblings. Yang laki tu tengah semput semput sampai muntah muntah pun masih nak buat muka masa amik gambar. hahahaha. 

Saja je bergambar. Yang gambar last tu bersama adik aku. Haha diorang semua dah tukar dua tiga helai baju, aku masih dengan baju kurung hitam aku tu. Iyelah aku tak beli banyak baju raya tahun ni. Cuma sepasang baju kurung dan sepasang baju kasual. How sad is it?!

Okaylah. Dengan ini, aku ingin ucapkan selamat hari raya!

To all my friends, sorry tahun ni raya memang tak dapat berjumpa langsung. Jadual aku pack. Aku kat sini sampai raya keempat jer. Pastu dah balik Penang. Memang lepastu sebulan raya kat sana jer. Langsung tak balik sini lagi. Nanti cuti sem bulan 11 nanti, kita jumpa lah yer. 

Okaylah! Goodbye cemuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ah gedik sangat tu.

Assalamualaikum...

1 comment:

Unknown said...

Wah3 happy nya family ni yek..hehe..especially yg pki kurta tu.. :D