22 March 2013

Family Holiday -> Port Dickson

Kenapa bila holiday jer pergi Port Dickson? Tak ada tempat lain lagi ke wahai cik Mira? MEMANG TAK ADA!! Haha tetiba emo. 

Memandangkan Port Dickson ni kiranya tempat percutian yang paling dekat dengan rumah aku, jadi memang Port Dickson dijadikan tempat utama untuk bercuti. Nak pergi jejauh, ayah aku busy. Adik aku sekolah. Abang aku college. Aku? Duk rumah hadap tv. Jadi apa nak buat? Aku je yang banyak masa free sekarang, orang lain semua busy. Jadi pilihlah destinasi yang paling dekat. Jimat.

Company ayah aku ada satu banglo dekat Port Dickson. Jadi kitorang paksa ler ayah sewa banglo tu nak holiday. Dan ehhhh dapat pulak hari Jumaat sebelum result SPM keluar. Kononnya nak tenangkan hati sebelum dapat tau result. Ecewah. Poyo semata-mata. By the time aku tulis entry ni, aku dah pun dapat result aku. (Jangan tanya la result aku. Sebab result aku tak gempak pun. Aku sendiri down dengan result aku. Jadi don't make me sad)

Jap. Cari gambar..


Dalam kereta. Amboi siap ada bantal. Macamlah jauh sangat perjalanan kan padahal setengah jam jer dah sampai. Hahaha ini semua poyo!

Nak tengok macammana rupa tempat aku tinggal tu? Besar... 


Banglo ni khas untuk pekerja tertentu syarikat ayah aku je. Dan dapat murah lah tinggal situ. 


Sedikit gambar di first floor dan kat luar. Ada private pool. Woot woot. Feeling orang kaya jap.. Hahahaha.


Gambar di second floor. Ada 3 bilik kat atas. Besar bilik dia. Setiap bilik ada bilik air sendiri. Pun besar. 


Pemandangan ketika sunset. Indah sangat. Lawa sangat.


Mandi kolam!! Yeayyyyyyyyyyyyyyyy


Posing sama tak? Hahaha. 


Banana boat! Aku pun main jugak. Gambar tak de lah memandangkan I freehair masa tu.

Okaylah. Gambar tak banyak. Sebab banyak gambar private jer. Kitorang tak mandi pantai pun. Kitorang mandi kolam jer. Ahaks. 

Gelap dah kulit aku sebab berendam dua hari dalam kolam. Hahahaha. Nak ambik result pun malu sebab kulit gelap. Hahahaha. Memang ketara gila owh!!!

Tapi I had such a fun time with my family. Best. Bila lagi eyh nak pergi? Hehehehe.

Okaylah. Nak tengok Zizannnnnn. Babai :)

09 March 2013

JPJ Test

Hai. Seperti yang dijanjikan kepada a few people, entry harini berkaitan dengan JPJ Test yang aku dah lalui hari Khamis haritu (7/3/2013).


Seperti budak lepasan SPM lain, aku pun ambik juga lesen kereta memandangkan gap antara last paper SPM dengan result SPM sangat lama. Takde benda nak buat dekat rumah, jadi mari kita pergi Inmaju dan daftar untuk ambik lesen. Oh ye, aku ambik lesen dekat Inmaju sebab paling dekat dengan rumah aku dan paling murah. I guess. 

Bermula dengan Kursus KPP selama 5 jam, kemudian aku ambil ujian komputer selang 3 hari selepas kursus KPP tu. Alhamdulillah aku lulus dengan markah 43/50. Takde lah bagus sangat markah aku tapi siapa kisah? Janji lulus, sudah. Lepas dah lulus tu, selang beberapa hari kemudian, aku ambil kursus Pra-L yang tiga jam. Kan? 3 jam? Hek Hek aku dah lupa. 

Lepas dah habis kursus Pra-L tu, aku melepak dekat rumah tunggu instructor aku call. Aku tak request pun mana-mana instructors sebab well, mari kita berserah pada takdir. Dan tak lama lepas tu (tak sampai 2 minggu pun), instructor aku call. Alhamdulillah lagi, aku dapat instructor perempuan. Yeay! Jadi aku pun mulakan class 10 jam aku (Sebenarnya 8 jam tapi aku tambah 10 jam memandangkan aku tak pernah drive pun selama ni). Agak lama jugak aaa 10 jam aku tu sebab aku selalu keluar kan. Berapa banyak class entah aku terpaksa cancel atas faktor tertentu. 

Habis class ketiga, instructor aku cakap camni, "esok kamu boleh datang tak? Esok kamu QTI okay." Haaaaaaaaaaaa?! Tergamam aku. Cepatnya dah QTI. Tapi aku angguk jer. Dalam hati nerves tak terkiraaaaaaaaaaa! 

Esok tu aku datang. Aku buat QTI. Alhamdulillah lulus. (Aku rasa semua QTI lulus kot. Entah tak pernah dengar pulak ada orang fail QTI. Ada ke orang fail QTI? Jadi don't worry everybody! Anda pasti lulus! Ecewah). Pastu aku ada baki 3 jam class lagi. JPJ test aku dah book 7/3. Lama lagi. Ada dalam dua minggu lebih. Jadi aku pun bersenang lenang di rumah.

Minggu nak JPJ tu, perghhhhhhhhh perasaan aku? Aku rasa nerves. Aku rasa macam, WOI APSAL AKU AMBIK LESEN AH? Macam ARGHHHHHH. Aku pergi kenduri Sabtu sebelum JPJ tu, aku rasa kosong. Nak seronok-seronok teringat JPJ test. Pastu hari Isnin tu pergi Big Bad Wolf dengan Niena Izzani Nadiah Arif, pun aku rasa nerves pasal JPJ Test. Tengok muka aku tenang tapi sebenarnya dalam hati asyik ingat JPJ TEST JPJ TEST jer. Hari Rabu lah paling teruk! Perut aku sakit-sakit. Sakit nerves. Lepastu dah pergi last class, aku rasa kurang sikit nerves sebab bukit aku dah okay. 

Malam sebelum JPJ tu aku tidur awal. Aku terjaga dalam dua tiga kali gak ah. Sebab tidur awal kan? Aku mana biasa tidur awal. Ecewah. Pagi JPJ tu, perut aku buat hal lagi. Sakit nerves. Sampai Inmaju, aku terus ambik nombor. Eleh boleh pulak nombor aku nombor 6? Nak awal jer kan? Haha. Pastu aku terus pergi litar. Duduk situ. 

Oh nasib baik budak yang repeat buat dulu. Jadi lama gak aa baru start. Sampai masa aku, aku duduk tunggu. Borak dengan budak sebelah aku. (Budak sekolah aku gak tapi tak ingat nama dia. Hehe) Pastu sampai turn aku. Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Aku masuk kereta Kancil untuk buat bahagian bukit parking tiga penjuru. Boleh pulak time aku tu, orang JPJ tu hilang. Haiyaaaaa. Lama aku tunggu dalam kereta tahu tak?! Dahlah nerves. Pastu orang JPJ tu dah datang balik, aku nak jalan ni.. Boleh pulak aku tak larat turunkan handbrake?! Hahahahahahaha ni lawak. Aku punya cuak. Apsal aku tak leh turunkan handbrake ni? Lembik sangat ke aku ni? Woi down tahu tak! Pastu orang Inmaju datang kat aku, tolong turunkan handbrake aku. Dia kata, orang yang guna kereta ni tadi tarik handbrake tinggi sangat. 

Then, aku pun jalan sampai bukit. Oh ada masalah lagi! Aku tak nampak tayar depan kereta aku!!!!!! Pun aku rasa down gila. Aku ni pendek sangat ke? 

Sudahnya aku tak tengok pun tayar tu. Aku main agak jer. Agak-agak aku rasa macam tayar aku dah masuk line, aku brake. Pastu aku pandang orang JPJ yg muka garang tu, dia angguk. Aku pun free gear, tarik handbrake dua kali. Pastu kereta aku cam mengundur sikit. Cepat-cepat aku tarik lagi sekali handbrake. Hihi. Pastu aku angkat tangan. Dia suruh turun bukit. Haaaaa part ni aku tekan minyak macam nak drift. Lantak kau lah. Hehe. Alhamdulillah, kereta aku menurun dengan baik sekali. 

Aku kat dalam kereta tu, gembira. Bersyukur sangat. Pastu aku letak kereta dekat tepi. Aku pergi kat orang JPJ tu, ambik borang. Oh lulus. Yeay! Then aku pergi hantar borang tu dekat orang parking dengan 3 penjuru. Pastu aku masuk dalam kereta tadi balik. 

Aku buat parking. Dah siap parking tu, aku baru prasan yang aku tak pakai seatbelt!!! Haiyaaaaaaaaa. Cepat-cepat aku pakai seatbelt. Dan aku teruskan pergi Tiga penjuru. Dah siap tiga penjuru, aku terus bawa kereta kat bukit tu. Then aku jalan lah pergi ambik borang dekat orang JPJ tuh. Dalam hati aku dug dap dug dap.. Aku ingat aku fail sebab aku tak pakai seatbelt kan... Bila sampai sana, aku tengok borang aku. Alhamdulillah lagi, aku lulus! 

Orang JPJ tu pun baik. Dia berborak sikit dengan aku. 

Pastu aku pergi balik kat tempat menunggu tu. Hantar borang tu untuk buat on the road pulak. Then aku duduk. Bila diorang panggil no aku, aku tak dengar. Semua orang pandang aku. Aku pun macam, Eh diorang panggil nombor aku ke? Pastu aku tanya kat sorang mamat yang aku rasa sebaya dengan aku, diorang panggil aku ke. Dia angguk. Aku pun pergilah. 

Dan mari kita buat on the road!!

Oh JPJ tester aku tu baik. Dia kengkadang siap bagi aku arahan bila aku blur. Aku ni kan lemah bab nak tukar gear ni. Jadi dia ajar sikit. Pastu sepanjang jalan, dia kesejukan aku rasa. Senyap jee perjalanan. Rasa janggal jugak lah. Dahlah sejuk. Hiks Hiks. Aku bawa laju tau. Kengkadang bila dah lebih 50km/j aku cepat-cepat perlahankan balik. Kang melebihi had laju terus fail on the spot. Tak nak aku..

Pastu kan, bila nak belok yang jadi pemisah antara jalan pergi Seremban dengan jalan pergi Labu tu, aku dengar macam dia bukak seatbelt tau. Aku pun sedar yang time tu aku bawa laju. Aku jadi paranoid. WOI AKU NAK FAIL KE NI HAA??!!

Rupa-rupanya tak. Hahahaha aku memandu sampai balik Inmaju. Maknanya, aku lulus! Yippeeeee! 

Time dah sampai. Dah free gear tarik handbrake. Boleh pulak enjin mati? Hahahaha aku nerves. Alamak, dia nak kasi aku fail ke? Janganlah aku dah penat drive ni. Pastu aku start kan tak boleh hidup lak kereta ni. Then orang tu tegur, start lah kereta. Kenapa takut sangat? Hahahahaha aku rasa macam bangang jer. Aku pun start kan dan dia kasi borang. 

Aku tengok. Alhamdulillah. Aku lulus. Markah aku 17/20. Yippe... 

Akhirnya nerves aku yang telah buat semua keseronokan aku hilang tu berbaloi jugak. Sekarang lesen P dah pun selamat berada di tangan aku. Yeay. Seronok tu bukan kepalang. Aku bersyukur sangat. Lulus dalam sekali percubaan. 

Semua ni sebab doa-doa orang yang nak aku lulus. Orang yang doakan kejayaan aku. Terima kasih kepada yang mendoakan aku lulus. 

Jadi, ada beberapa nasihat yang aku nak kasi kepada orang yang bakal menduduki JPJ test. Berdasarkan pengalaman aku...

Jangan sesekali bawa kereta Auto sebelum kau test JPJ. Aku perhatikan ramai yang fail semua yang dah reti bawa kereta sebenarnya. Tapi diorang bawa Auto. Aku ni mana pernah bawa kereta. Langsung takde basic time first class aku. Aku drive pun time class aku jer. Tak pernah aku berlatih sendiri. Dan Alhamdulillah, aku lulus. Jadi jangan bawa kereta Auto dulu. No. No. No.

Berlatih sehari sebelum JPJ test. Maksud aku, mintak cikgu adakan class sehari sebelum JPJ Test. Pecutan terakhir sebelum test. Mahirkan mana yang tak mahir. Macam aku, aku mahirkan on the road masa tu. Dua kali aku buat on the road dalam masa sejam setengah tu. Aku ingat jalan. Aku ingat mana nak tukar gear. Dan Alhamdulillah, aku ingat semua tu time aku test.

Tidur awal malam sebelum JPJ tu. Harus K. Tak mengantuk pun, paksa diri tidur awal juga. Aku tidur pukul 10 malam tu. Tak mengantuk pun tapi paksa juga diri untuk tidur. Jadi aku senang bangun pagi tu. Dan lebih energized. 

Solat Hajat bagi yang Islam. Minta dipermudahkan urusan untuk JPJ Test nanti. Minta hilangkan nervous. Minta lulus. Minta pada Allah. 

Pagi JPJ test tu, minta restu ibu bapa. Penting ye restu mak bapak ni. 

Jangan nerves sangat macam aku. Aku ni nerves cam haremmmmmmmm. Hahahaha. Kau buatlah benda yang boleh hilangkan nerves kau tu. 

Tawakal. Kau dah usaha. Kau dah berdoa. Sekarang kau tawakal. Kalau kau lulus, Alhamdulillah. Jangan lupa diri. Kalau kau gagal, mesti ada hikmah di sebaliknya. Fikir yang positif. Mungkin Allah buat kau gagal sebab kau akan lupa diri lepas dah lulus. Mungkin sebab kau akan drive ke tempat-tempat yang tak elok. Think positive. Jangan cepat rasa down.

Okaylah. Itu je pengalaman yang tak seberapa yang mampu ku kongsikan kepada kalian. Ecewah. Nasihat tu semua klishe jer. Kalau kau tanya orang lain, diorang akan kasi kau nasihat yang sama jer. 

Jadi kepada kawan-kawan, akak-akak, abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik, nenek-nenek, atuk-atuk, SELAMAT MENGHADAPI UJIAN JPJ!! SELAMAT MAJU JAYA. Yakin pada diri sendiri (Tp jangan terlalu yakin pula). 

Okay babai....

26 February 2013

All about food(s)

Hai. Harini aku rajin nak update blog. Sebab apa? Sebab aku dah bluetooth semua gambar-gambar dari camera tab masuk ke laptop ni. Yeayyyy! Gambar-gambar tu semua mencecah seribu lebih weyh! Sebab sejak first time beli(which is akhir tahun 2011) tak pernah transfer. Jadi harini aku nak share sikit gambar makanan! Yummy!!! Tapi takdelah banyak sangat sebab aku pon jarang capture gambar makanan... Jap, gambar semua tak ikut turutan. Aku main letak jer ikut suka hati aku. Hehe.


Chocolate dari Disneyland Hong Kong. Eh tak, aku tak pergi pon sana. Jiran aku yang pergi. Jadi dia kasi coklat ni. Comel sangat coklat ni. Bentuk mickey mouse.Tapi telinga dia sebelah dah kena gigit. Hiks Hiks. Sedap dowhhhhhhhhhhhhhh!!


Cawan hijau yang diberi oleh Izzani Madzlan! Yeayyyyyyyy. Comel sangat. Oh time ni, brunch sebelum nak study. Nak SPM lah katakan time tu. Jadi sebagai pemberi tenaga, aku makan ah roti cicah milo. Sedap!!! All time fav.

Mc Shaker!! Aku suka gile makan mc shaker. Sedap aaaaaaaa. Oh sebenarnya aku memang suka fries Mc D. Sedap sangat!!! Yummyyyyyyyyyyyy. 


Ice-cream cake!! Sedapnyaaaaaaaaaaaaaa. Time ni, saje jer nak test cake dari kawan mak aku. Ingat kalau sedap, nak order time birthday aku tahun lepas. oh memang sedap pun dan oh memang aku order pon time birthday aku. Hik Hok...


Western style breakfast. Memang kengkadang kalau malas nak masak, kitorang breakfast camni jer. Senang. Goreng telur. Goreng nugget. Masuk dalam microwave read beans. Ambik roti dua keping. So delicioussssss. Kenyang pun memang aaaaaaa. Dan bajet rendah...


Sedap tapi mahal!!!!!! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Chocolate cupcakes!!! Aku yang buat time bulan puasa tahun lepas. Hik Hok. Sedap. Tapi kat bawah dia ada yang hangus sikit. Hahahahahahaha.


Ayam goreng crispy. Yummy. Aku yang buat gak..


Caramel!! Senang jer buat dia. Aku dapat resepi dia dari Liyana dulu. Adik aku paling suka kalau aku buat benda alah ni. Memang ah senang buat tau tapi banyak beno telur guna. Huwaaaaaaa! Gemok ah kalau selalu buat.


Kuih raya 2012. Aku yang buat gak. Entah kenapa, aku rajin benau nak buat ni. Rasa dia pelik sikit sebab madu yang aku guna tu rasa dia pelik. Tapi sedap! Bebudak suka benau makan. Kuih raya paling laris 2012. Hehehehe..


Barbican!! Air ni banyak betul gas nya. Aku jarang minum. Sebab gas dia banyak. Dan mesti sakit perut kalau minum air ni. Haih...


 Aiskrim goreng!! Yummy. Aku yang buat. Guna roti. Senang jer. Dan sedap!!!!


Oreo goreng!!! Yummy. Pelikkan? First time aku dengar pasal oreo goreng ni, budak classmate aku yang bagitahu. Dia asyik cite pasal oreo goreng. Pastu entah camne hati aku tergerak nak buat! Hahahahahaha rupa dia buruk benau! Rasa dia sedap aaaaaaa sebab oreo ni cam lembik-lembik. Deliciousssssssss!!


Bubur kacang durian!!! Nenek aku masak. Oh aku suka makan bubur kacang durian sejuk. Pelik? Hhahahaha lantak argh... 


Lempeng KIMCHI!!! Huhu. Sedap woi. Korean food. Rasa dia masam-masam. Pastu aku bubuh cili so dia ada rasa pedas-pedas gak. Yums Yums Yums.


Sape kenal buah ni? Buah ni dari Korea. Orang kampung panggil 'kaki pisang'. Hik Hok. Sedapppppp!!!!!! Seriously sedap. Boleh makan dengan kulit sekali. Makan macam epal jer..  Tapi dia ikut musim. Jadi susah sikit nak cari...


Spygethi!!! Yummyyy! Aku suka masak dan makan benda alah ni!!! Sedap gile. 


Koktel karamel cara Malaysia. Sedap gileeeee. Dan senang nak buat. 


Bubur labu. Sebenarnya time aku buat ni, aku ingat aku nak buat yang cara Korea. Yang ada bebola yang dibuat dari tepung beras/ Tapi tak jadi. Hik Hok. Tapi sedap gak. Pekat gila bubur ni aku buat.


Garlic bread dan Mushroom Soap. Sedap sangat. Breakfast gua entah bile. Aku dah lupa...


Agar-agar milo!!!! Pun senang gak nak buat. Yummy.


Bibimbap!!!! Sedap dowh!!! Korean food. 

Okay sampai sini sahaja. Aku dah penat menaip. Hik Hok. Lain kali aku update entry bergambar lagi. Hari ni aku dah penat.

Selamat menjamu mata dengan gambar-gambar makanan kat atas tu!!

K bye...

25 February 2013

Keluarga dan Sepang.


Seperti biasa, entry dimulakan dengan gambar self-capture. Hiks Hiks. Okay sebenarnya entry ni sepatutnya aku tulis dah lama dah tapi sebab gambar-gambar ni semua ada dekat tab. Dan aku ni tersangatlah malas nak sambung cable atau bluetooth dari tab ke laptop. Dan sebab aku malas nak edit gambar dalam tab. Jadi baru sekarang aku berkesempatan untuk menulis entry ni. Entry yang dah lapok...

Time ni kitorang pergi pantai kat Sepang tu. Kitorang bangun pagi dan terus pergi. Sarapan tidak. Mandi tidak (Oh aku rasa aku jer kot tak mandi. Lazy meeeeee. Sebenarnya aku ingat dorang nak cepat jadi aku malas ah nak mandi. Takut lambat pulak) Dan terus vroom pergi pantai Sepang. Plan kitorang cuma nak lepak-lepak sambil jalan tepi pantai pada pagi yang indah. 

Sarapan beli time dalam perjalanan. Ala, beli nasi lemak bungkus jer yang jual kat tepi jalan tu. (nasi lemak dia tak sedap. Sambal ciput.) Lepas dah jumpa port, sarapan. Lepas sarapan, kitorang jenjalan kat pantai. Sambil snap gambar. (Mak aku yang snap gambar guna phone. Oh sebab tu juga mak aku tak ada dalam gambar. Hiks Hiks)


Semua selekeh jer. Hik Hok Hik Hok. Apa yang sama dalam gambar ni? Mata!!!! Hahahahaha kitorang semua group sepet. Semua diwarisi oleh ayah aku. (tp tak nampak mata ayah aku sebab dia pakai spek hitam kan). I'm the only princess there. Ecewahh.. Muka aku sama dengan siapa? Sedara mara aku kata muka aku sama dengan ayah aku. Kawan-kawan abang aku kata muka aku sama dengan abang aku. Kawan-kawan aku (yang lelaki) cakap muka aku sama dengan adik aku. Aku pun confius. Adakah muka aku muka lelaki??!!



Lawa betul pemandangan. Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaa. 



Kalau ada kampung dekat dengan pantai pun best jugak. Nanti setiap kali balik, boleh mandi pantai. Hiks Hiks. Tak payah nak duduk hotel. Atau kalau kaya, ada rumah rehat kat pantai. Bila stress, boleh pergi lepak dekat rumah rehat. Wowwwwwwwwwwwwwwwwwww. Bestnya. Huks huks. Angan-angan. Tapi kalau jadi kenyataan memang gempak habisssssssss.


Main bola monyet! Tahu tak permainan tu? Sorang jadi monyet duduk tengah. Yang lain kena pastikan monyet tu tak dapat bola. Monyet tu kena kejar ar bola. Kalau monyet tu dapat bola, orang yang bolanya dirampas tu pulak jadi monyet. Huks huks. Inilah permainan kitorang kalau main bola reramai. Kalau main dalam air lagi best sebenarnya. Kolam. Lagi kelakar. Hik Hik Hik.




Jap. Ada sesuatu yang menganggu aku tentang gambar ni... Apa yang adik aku buat dekat belakang tu??!! Macam orang tengah buat senang diri. Hahahahaha. Lihatlah pipi aku yang besar. Lihatlah poket seluarku yang terkeluar. Lihatlah mataku yang kecil. Lihatlah tanah yang berliku-liku. Lihatlah air laut yang surut. Lihatlah langit yang biru. Lihatlah awan yang putih seperti asap. Lihatlah hotel di belakang yang mahal. Lihatlah dunia!!!

Sebenarnya sekali sekala dapat spend masa macamni dengan family best. Kalau selalu pun lagi best. Having quality time. Dapat mengeratkan family bonding. 

Well. Now I really looking forward to 15 March. Harap plan jadi. Harap sangat...

Okay bye everyoneeeeeeeeee! :)