30 August 2011

First Syawal

Alhamdulillah. Bulan Ramadhan dah berlalu. Dan kini tiba bulan Syawal pula. Setelah berpuasa selama 29 hari, kini saatnya kita meraikan kejayaan kita. Jadi sudah semestinya orang yang tidak puasa tak boleh celebrate raya kan. No fasting no raya! Gettit? 


Dan of course lah aku puasa tak cukupkan. Tak perlulah nak diberitahu kenapa sebab aku rasa semua orang sedia maklum kot kenapa.


Pagi tadi celebrate raya. Dan it's kindda fun kayh.



Tengok, dia buat muka sexy. Boleh jadi model ni adik kau Wanie.


Hey saya tak nak jadi model lah. Saya nak jadi actor! Yeah, actor. Muahaha.


Muka Jepun. Meet the sombong girl, Syasha. (tak tahu spell nama dia).


Muncunggg tuuuu -.- Mahal.


Okay that's all. Semua gambar tu diambil dekat kampung. Anyway, terima kasih kepada semua yang wish selamat hari raya dekat saya. Tak kiralah sms ke, facebook ke, live ke mahupun blog. Terima kasih. Dan selamat hari raya to you too. Maaf zahir dan batin. Dan harap kita dapat bertemu lagi pada 1 Syawal tahun hadapan!

Challos.

Gambar-gambar aku semuanya aku delete atas sebab-sebab tertentu. Harap maklum.



28 August 2011

Mood Merdeya

Mesti korang tertanya-tanya apa tu merdeya kan? Merdeya di sini bermaksud. 


Merdeka + Raya = Merdeya.


Ada faham? Hihi. Kita pernah celebrate Deeparaya. Tahun ni kita sambut Merdeya pulak. Yeeeh. Tak sabar rasanya.


Aku tahu aku post ni awal sebab esok masih puasa kan? Tapi takut esok busy jee. Jadi aku post lah harini. Ini Quick & Simple update jee kayh. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin. Nanti jemputlah datang rumah ek. Kawtim?


Dan Selamat menyambut bulan Kemerdekaan. Ingatlah pejuang-pejuang kita yang telah merdekakan Malaysia. Ingat pengorbanan mereka dan jaga lah negara kita. Wookay guys? Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.






Lagu raya terbaruu. Syiok ohh. Dengar Dengar.



Lagu Merdeka. O yeah.

Selamat mendengar. Okay Challos.

26 August 2011

SAYA CINTA MALAYSIA

Aku dilahirkan di negara yang iklimnya panas dan lembab sepanjang tahun. Negara yang terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah wilayah. Negara yang mempunyai 3 kaum utama yang hidup bersatu padu. Negara yang sentiasa mementingkan kedamaian. 


YES! NEGARA MALAYSIA.


Aku cintakan Malaysia. Sangat-sangat cintakan. Di sinilah tempat aku dilahirkan dan dibesarkan. Pengalaman manis & pengalaman pahit semuanya terjadi di sini, di Malaysia. Malaysia tanah airku.


Anda pula bagaimana? Cintakah anda terhadap negara anda?


Sempena bulan kemerdekaan ni, jom kita tengok video SAYA SUKA MAlAYSIA yang dibuat oleh warganegara Malaysia. Tengok macammana diorang express feeling diorang. Dan jangan lupa vote diorang sekali. 


Macammana? Mula-mula korang mesti ada acc facebook. Yeh, facebook account. 


http://www.churpchurp.com/supermiera/share/SayaSukaMalaysia

Kemudian click link dekat atas ni. Dan like page tersebut. And then feel free to vote any videos that you like. Tengoklah sementara menunggu waktu berbuka puasa kan? Okay selamat mengundi.


Challos.

22 August 2011

Tolong Review Blog Saya


Ada orang tag aku untuk segment ni jadi aku pun buatlah. Segment apa ni? Segment Tolong Review Blog Saya. Siapa yang buat? Diana Rashid yang buat. 

Untuk melengkapkan segment ini, aku haruslah link kan dua blog. Jadi aku nak link kan dekat. Hmm. Kita tengok siapa orang bertuah tuuu.

Orang-orang bertuah :-


Tak payah tulis panjang-panjang. K Challos

21 August 2011

Quick Update

Kebelakangan ni agak busy dengan homeworks dan persiapan raya. Ye lah raya tinggal seminggu lebih je lagii kan. Lepastu cikgu pula asal boleh nak suruh hantar buku sebelum cuti raya. Jadi tahu-tahu lah macam mana busy nya aku.


Biology aku baru 20% siap hoiii. Mampu ke aku siapkan lagi 80% sebelum rabu ni? Insya-Allah. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Betul tak? 


Actually nak buat entry tentang satu segment ni tapi disebabkan aku nak cepat. So next time lah yee? Okay Challos.

19 August 2011

Siapa dekat sini pengguna Hotlink tolong angkat kaki :)

Okay put your leg down now. Because I've got something interesting to tell. Just for Hotlink users. Hooray!


Siapa dekat sini memang hobinya sms? Ataupun call? Yeaaa! Ada berita gembira untuk anda semua. Tak perlu lagi nak risau kredit habis bila tengah syok sms ataupun call. Tak perlu lagi ambil calculator kira kredit boleh guna untuk berapa kali sms dan berapa minit call lagi. 


Yee tak perlu! 


Sekarang ni kita dah ada Hot Tickets! Dan sempena bulan Ramdhan yang mulia ini, kita ada Ramadan Hot Ticket. Yeahh. 


Kita juga boleh dapat KFC. Siapa suka makan KFC dekat sini? Mesti suka kan. Jadi cepat-cepat beli Hot Ticket. Sms/Call dapat, makan pun dapat. Berbaloikan?


Okay sekarang click link dekat bawah ni. Click jangan tak click okay dear =) Challos.



http://www.churpchurp.com/supermiera/share/MaxisHotTiket

15 August 2011

Promote Blog

Atas permintaan seseorang, saya kini ingin mem'promote' blog beliau. Siapakah beliau? Dia adalah ayah saya. Yea, ayah saya ada blog. Clap your hands everybody.


Disebabkan followers beliau hanya empat orang setakat ini, pada pukul 3.25 petang tarikh 15 Ogos 2011, saya pun dengan baik hatinya ingin menambahkan followers blog beliau yang hanya mengandungi dua entry sahaja setakat ini. 


Okay tak mahu cakap banyak. Kalau awak berminat, click link dekat bawah ni dan follow belog beliau. 


http://khairuddinbalok.blogspot.com

Kenapa korang kena follow blog beliau? 


Korang follow lah dulu baru korang tahu kenapa korang kena follow blog beliau. Tapi mesti tak menyesal lah follow blog beliau. Orait bebeh?


Okay Challos.

14 August 2011

It's awesome man

Nampak tak tajuk yang agak-agak brutal tu? Puas aku cari tajuk apa yang sesuai untuk entry ni. At last, tajuk itu juga yang jadi pilihan hati merah aku. Hihihi. 

Kenapa awesome? Okaylah aku tak nak cerita banyak. Kita tengok gambar je kay?



This is my food for Buka puasa. Sedap siut. Tapi ada orang tu kan pergi makan mash potatoes banyak sangat dan kemudian perut masuk angin. Kesian dia :(


What do you think?


Besar gilerrrr punya Murtabak. 


This is not my food. 


Dan sahur aku order sandwiches tapi benda atas ni yang dia kasiii. Oh My God. Banyak gila. Memang tak ah nak habis kan.


Okay. Begitulah ceritanya. Challos

10 August 2011

10 Things To Do Before I Finish My School

Fuhh. Tajuk je dah panjang kan. Tapi Nampak gempak tak tajuk tu? Derr, jangan nak menipu. Cakap je lah gempak. Jangan nak menafikannya lagi. Benci tau.


Kenapa muka aku macamtu? HIHI. Aku sendiri tak tahu. Sengaja masukkan gambar ni menandakan aku budak sekolah lagi ky.


Okay ni aku tulis saje-saje. For fun. Sementara nak menunggu pukul 3.50, nak tengok cerita Korea kan aku tulis lah benda ni. Sambil dengar lagu Kim Jong Kook okay. Dahlah Mira, jangan nak membebel lagi.

  1. Aku nak belajar betul-betul. Serious! Aku nak score straight A plus dalam SPM aku. Insya-Allah. Doakan aku ye semua. Aku nak banggakan ibu aku, aku nak buktikan dekat ayah aku, aku nak jadi contoh kepada adik aku dan saudara-saudara aku.

  2. Aku nak turunkan berat badan. Walawey, ini pun masuk dalam list ke Mira hoi? Kenapa ada dalam list ni? Sebabnya, metabolism kita tinggi bila kita dalam alam remaja kan? Sebab kita kan berjalan je kerja, kalau boleh satu sekolah nak round kan. Betul tak? Nak turunkan berapa berat badan? Hmm… Nak berat badan 45 kilogram, boleh?

  3. Aku nak pakai tudung. Betul aku cakap. Aku nak pakai tudung sebelum aku habis sekolah. Lepastu aku nak belajar cara pakai selendang yang sekarang ni tengah meletopz you allz. Ehh jangan salah sangka, aku nak pakai tudung sebab Allah yang utamanya. Fesyen jatuh kepada sebab kedua untuk pakai tudung, okay?

  4. Aku nak belajar masak. Wohhhh, ini perkara penting ohh untuk perempuan. Perempuan kalau tak reti masak, susah wohh. Nanti macammana nak bagi anak-anak makan? Nak bagi suami makan? Kan? Jadi aku nak belajar memasak. Nanti bila hidup bujang, takdelah asyik makan dekat luar je kan. Tapi aku lebih suka masak benda western western ni macam pasta, cakes. Aku kureng sikit masak makanan kampung macam nasi lemak semua tu. Tapi takpe, aku nak belajar jugak!

  5. I-pad 2 boleh tak masuk dalam list ni? HEHE.

  6. Aku nak dapat check Churp Churp yang akuu baru daftar tuu. Kalau boleh aku nak check RM200, boleh? Hehe. Kalau nak, kenalah rajin promote kan churp churp kan? Guys, ini korang totally kena tolong aku. Kalau ada aku suruh click, just click okay? Cantekk!

  7. Aku kalau boleh nak lesen motor. Lesen motor je lah kan. Lesen kereta memang tunggu habis sekolah dulu baru boleh ambik lah kan sebab birthday aku kan bulan 10. Jadi takkan aku nak ambil bulan 10 kan? Memang tak lah, dahlah waktu tu nak dekat SPM, mesti mak aku suruh focus untuk SPM. Tapi kannnn, lesen motor ni pun, bukannya ayah aku kasi pon. Semuanya disebabkan abang aku? Kenapa sebab dia? Panjang ceritanya. Godek-godek lah older entry aku kayh.

  8. Aku nak belajar pakai high heels boleh? Okay jangan gelak bila baca statement aku tadi. Tapi yes, aku memang nak belajar pakai heels. Sekarang pun aku ada kasut heels satu. Tapi baru dua kali pakai lah. Which is sekali aku pakai keesokannya selepas beli dan satu lagi aku pakai untuk ambil anugerah PMR 2010 dekat sekolah sebab aku pakai baju kurung kan, takkan nak pakai sneakers kot. Tak senonoh. Kenapa pulak aku nak belajar pakai high heels? Sebab nanti bila aku dah kerja, takkan aku nak terus pakai sneakers? Kononlah aku kerja jadi lawyer, so takkan pakai sneakers? Tak senonoh tau.

  9. Nak tinggi boleh tak? HEHE. Betullah aku nak tinggi. Bersungguh-sungguh aku cuba untuk tambah ketinggian aku. Sekarang ni ketinggian aku 150 cm which is sangat pendek sebab classmates aku semua 155 cm ke atas. Aku sorang je yang 150 cm. Agak down lah sebenarnya bila diorang asyik mempertikaikan ketinggian aku tu. Aku beli calcium dan makan setiap hari untuk tinggi. Nampak tak kebersungguhannya itu? Paling kurang pun biarlah ketinggian aku naik 5 cm sebelum aku habis sekolah ni haa. Tapi lebih baik kalau naik 10 cm kan. HAHA.

  10. Semua di atas.

Okay aku memang tak ada idea nak tulis nombor sepuluh tuu. Betul, aku tak tipu. Aku memang tak ada idea. Tapi disebabkan nak cukup 10, tulis jugaklah. Hihihi.

Okaylah, mungkin ada lagi benda yang aku nak buat before habis sekolah, tapi aku malu nak habaq kat you allz. Jadi biarlah hanya aku sahaja yang tahu kayh? Okay sambut salam sayang dari aku. Cepat sambut! HAHA.

Okay Challos.  

09 August 2011

Okay aku tahu aku annoying





Entry ni untuk sesiapa yang ada dalam list friends facebook aku tu haa. Kenapa? Sebab aku selalu hantar link link. Link macammana?


http://www.churpchurp.com/supermiera/share/samsung-gs2

Link macam tu lah. Ehh click sat link tuu. HEHE.


Kenapa aku hantar link tu? Sebabnyaa itu untuk meraih pendapatan aku. *Cewah* Jadi tolonglah aku dengan menekan link tu, ya kawan-kawan?


Ye lah apa guna kau add aku kalau tak nak tolong aku kan? Atau apa guna kau approve aku kalau tak nak bantu aku? 


Kita hidup Satu Malaysia kena tolong-menolong. Barulah masyarakat bersatu padu. Bila masyarakat dah bersatu padu, negara pun maju. Betul tak?


Ehh apa aku melalut ni? Mentang-mentang tadi BM buat karangan pasal Konsep Satu Malaysia kan. 


Okaylah, itu je nak type. Okay Challos






08 August 2011

Aku dapat saudara baru

Saudara baru? Sepupu baru lah. Yess. Aku dapat sepupu baru. Mesti terkejut kan? Ala, aku kan cucu keempat dalam family mak aku. Jadi yang bawah-bawahnya mesti yang kecik kecik. Ketot ketot semua.


Comel takkkk? Ni adik beradik. Sorang rambut lurus macam teknik rebonding, sorang rambut kerinting macam Carletto. 





Baby ni kuat menangis. Untuk membuktikan hal tu, sengaja aku letakkan gambar ni haa. 

Okay tu jee nak tulis. Tak banyak idea nak tulis sebenarnya. K Challos.

03 August 2011

Time to Chill lah

Kenapa muka masam jee semua orang ni? Hey sekarang bulan puasaa, tak baik buat muka ketat macamtu jee. Cuba ahh chill sikit. 


Kenapa perlu tension tension?


Sebab sekarang ni exam? Sebab lagi berapa hari je Trial PMR? Dan berapa hari je lagi Trial SPM? 


Ehh, walau apa pun alasan, tak perlu lah buat muka ketat sampai macamtu, sehinggakan orang lain tengok pon rasa nak pukul hang jee. 


Apa kata korang chill and express yourself with Nescafe! Eh bukan aku suruh kau bukak puasa. Minum lah lepas bukak puasa. Jangan nak jadi lurus sangat lah kan.


Nak RM 10 000? Betul ke tak nak nii? Tak menyesal?


Betul ni? Muktamad?


Haa, tau pun nak! Tapi bukan kau cakap nak terus dapat RM 10 000 yek. RM 10000 tu wey! SIapa nak kasi free free kan? Mesti lah kau kena buat sesuatu.


Apa yang kau perlu buat?


Haa kalau nak tahu, click link ni. Aku malas nak type panjang-panjang. Hiihi. CLick okay!


http://www.churpchurp.com/supermiera/share/nescafe-chilllah

Challos

01 August 2011

Tingkatkan kesabaran, maksimumkan amalan


Betul. Aku masih ingat lagi dulu, waktu aku baru-baru nak belajar puasa. Kesabaran memang diperlukan. Kalau tidak, batal puasa. Iyalah, waktu tu aku masih kecil. Nak pakai baju pun ibu siapkan.

Tapi kalau sekarang masih tidak sabar, tak tahulah. Sekarang ni aku dah cukup besar, dah cukup matang. Iya cukup matang, sesuai dengan usia aku yang lagi dua bulan 6 hari lagi akan mencecah enam belas tahun. 

Dengan kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan terutama kepada Wanie, Izzani, Beela, Nadiah, Niena, Wawa, Za, Zie dan semualah pembaca belog ini. Semoga korang semua dapat berjuta kebaikan dari bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan.