31 Disember 2012. Sudah setahun aku bertudung. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada-Mu kerana telah membuka pintu hatiku untuk berubah.
Jadi, untuk entry kali ini, aku nak kembalikan nostalgia-nostalgia lama. (ecewah macam lama sangat je). Kita mulakan dengan January.
Masa baru-baru pakai tudung. Memang selekeh habis. Bulan January macam biasa lah. Lemau sikit. Sebab baru start sekolah kan. Dahlah masuk form five. Senior. Homework menimbun. Tapi January berlangsung dengan baik sekali.
Bulan February bulan aku layan online drama dengan variety show. Mula-mula aku tengok cerita running man. Pastu aku tengok cerita My Girlfriend is a Gumiho. Best siut. Memang lifeless gila. Aku balik sekolah je ambik tab, terus tengok drama tu. Sebab syok sangat tengok kot. Hahahaha. Pastu bulan ni jugak yang aku emo sikit. Jap, bukan sikit tapi banyak. Gila aaaaaa. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Emo sangat. Hormon tak menentu mungkin.
March is a bit hard for me. Aku rasa down sangat bulan ni. Down sebab intra one teruk. Memang down gila. Sampai aku rasa macam nak give up. Tapi, aku kuatkan semangat aku untuk teruskan perjalanan hidup aku. And I did it. Okay. March aku pergi jejalan kat Pahang. Pergi Tasik Chini. Best jugaaaaaaa.
Time ni aku masih frust sikit ah. Boleh rujuk entry aku yang ni.
Hihihi. Tapi lama lama feeling aku dah okay. Takde emo sangat. Aku emo pun sebab result aku teruk. Dapat sikit je A. Plus addmaths aku fail. Jadi aku mengamuk aaaaaaaaaaaaaaaa. Marah dekat diri sendiri sebab malas.
Sekali lagi, gua mengalami mental breakdown. Mid Year Exam dah lepas. Aku rasa sangat tak yakin. Aku marah dekat diri aku yang suka bertangguh. Aku marah dekat diri aku yang malas. Aku bnci diri aku yang itu. Dan bulan tu jugak bulan birthday ayah aku.
Juneeeeeeeeeee is coming! Dan gaya tudung aku semakin tidak selekeh. Kalau dulu, selekeh gila kalau pakai selendang kini tidak lagi! Aku dah semakin tahu how to gayakan selendang. Takde aaa bergaya sangat tapi much better than January la. June not much lah yang berlaku rasanya.
Hello July. Hehehehe. July banyak event dekat sekolah. Ada Senamrobik satu Murid satu Sukan. Best sangat. Aku enjoy gila bersama kawan kawan aku yang otak tak berapa nak center sangat tu. Pastu ada Hari sukan which is aku kurang enjoy aaaa. Boring sangat -.-. Bulan ni juga aku semakin sedar diri nak SPM. Hehehe. Oh dan bulan puasa! Yezza puasa bebeh...
Rayaaaaaaaaaaaaaaa! Yeay. Bulan yang paling gemuk aaa. Raya kat Pahang memang keje asyik makan je. Pergi sana sini orang masak nasi dagang je. Berapa kali tah aku makan nasi dagang. Sodap! Hihihihi. Dan bulan ni juga Merdekaaaaaaaaa! Dan aku makin nerves nak Trial Spm. Dan Kak Long bertunang.
September. Tak banyak gambar. Tak banyak activity. Aku busy dengan trial. Busy gilaa. Tak keluar pergi memana pun during the trial tu. Hua Hua Huaaaaaaaaaaaaaa.
October!!!! My birthday!! Huhuhu. Dan graduation day!!! Okay I will miss that moment. Our moment, friends. Dan makin seteghess (stress) dengan SPM. Huhu nak nangis boleh?
Stresssssssssssssssssss cenggini. Huhuhhuu. SPM WEYH SPM!!!! Me is afraid. Hehehe. Tak banyak cite sebab aku busy dengan SPM je.
SMP IS OVER!! Bulan december memang bulan aku berjimba je lah. Tengok tv dari pagi sampai tengah malam. Main laptop dari pagi sampai tengah malam. Keluar shopping. Dan aku pon jadi PA mak aku. Mana mak aku pergi, aku ikut. Bodyguard. Huhu. Tapi memang syok gila habis spm.
Penat gila buat kronologi tahun ni. Hahaha nasib bek bulan ada 12 je. Kalau tidak, memang penat gila aku nak tulis. Hahahaha. Ni pun dah penat gila. Eh apa aku merepek ni? Inilah akibatnya kalau otak tengah penat.
Jadi kesimpulannya, tahun ni is okay.
End of the year. End of my school life.
Suka duka tahun 2012 ni semua aku simpan ketat-ketat dalam hati. Pahit manis kenangan aku akan simpan rapat-dapat dalam hati aku. Dan aku akan rindu tahun ni. Aku akan rindu sebab tahun ni tahun akhir aku di sekolah. Aku akan rindu life aku. Dan mungkin juga satu hari nanti aku nak kembali ke tahun ini. Cuma bukan sekarang masanya.
Sekarang ni, aku tak nak kembali lagi kepada 2012. Aku cuma nak move on.
Okay sampai di sini je aku tulis. Azam baru? Esok kalau rajin aku tulis k. Okay semua! Babai!!! Muah sikit. Bye 2012!!