21 October 2014

Life di UPM



Assalamualaikum semua... Pejam celik pejam celik dah nak masuk 2 bulan aku belajar dekat UPM. Terasa cepat je masa berlalu. Sekarang ni aku tengah cuti midsem. Halfway dah. Memang cepat gila....

Harini aku nak cerita pasal life aku dekat UPM.


For those yang tertanya, aku stay dekat Kolej Kelima atau nama glamournya K Five. Dan aku ambil kos BSK Major Kimia. 

Kolej aku tak jauh sangat dari fakulti, dekat dengan bus stop & food court. Kiranya K5 one of tempat yang strategik. Kalau nak jalan kaki pergi fakulti pun boleh, nak naik bas pun boleh. Tapi berpeluh gak la ketiak kalau jalan kaki pergi fakulti. Haha.


Dan aku semestinya menggunakan facility bus dengan sebaik mungkin. So far tak pernah lagi jalan kaki pergi class. Balik pernah lah sekali. Tu pun sebab fed up tunggu bas lambat gila.Haha pemalas? Yep I am.


Gambar kat atas ni, dia rumet aku. Memula masa daftar, aku dapat bilik sementara memandangkan bilik original aku berdekatan dengan tandas yang sedang dalam renovation. Aku tinggal sensorang je sobs sobs. Pastu dalam minggu orintasi tu jugak, aku diberitahu kena pindah bilik memandangkan ramai yang pindah KOSAS. Jadi malam tu jugak aku kena pindah. Aku pun pindah lah. Yeay ada rumet. Hehe. Oh kat sini satu bilik 2 orang jer.


Class aku pack sem ni. Seriously. Sebab course aku ni kira tough gak la walaupun tak se tough medic. Lab je sem ni aku ada 3. Satu lab 3 jam. Seminggu dah berapa jam? Do your maths peps. Tak masuk lagi kuliah. Sem ni aku ambil subjek ni:-

(1) Physical & Inorganic Chemistry
(2) Organic Chemistry
(3) Physics
(4) Calculus
(5) Tiitas
(6) Cel
(7) Lax


Yer, aku kena ambil physics. That is sooooooooooooooooooooooo menyusahkan. Rugi aku tak ambik modul 1 dulu. Bagi yang tertanya apa itu cel? Apa itu lax? Meh sini aku terangkan. Cel & Lax ni subjek wajib ambil kat UPM. Ni subjek U. Diorang ni takde kredit pun tapi wajib ambil. Ada lagi satu, BBI. Tapi BBI ni ada kredit. Semua ni English subject. Agak menyusahkan bagi aku tapi dah diorang suruh ambil, kita ambil je lah kan. Nak komplen banyak-banyak pun takde guna. Sem ni aku ambil Cel speaking and listening. Lax pula aku ambil Comic Strip. 

Haa Lax ni special sikit. Dia special sebab dia takde class. Dia special sebab dia extra menyusahkan orang. Lax ni dia akan bagi dalam kumpulan. 6 orang satu kumpulan. Lepastu kau kena arrange perjumpaan sendiri. Setiap kali perjumpaan, kena record video sebagai bukti. Macam sem ni, aku kena hasilkan 3 comic strip dalam 6 kali perjumpaan. So far aku baru 2 kali perjumpaan dan baru hasilkan satu comic strip. Susah kut nak jumpa sebab nak cari masa yang semua orang free. Sebab semua lain-lain course, lain-lain kolej kan. Memang susah la nak cari masa tu.


Okaylah. Aku pun sebenarnya takde idea sangat nak menulis ni. Aku rasa makin lama skill menulis aku semakin hilang. Kalau dulu banyak gila idea nak menulis. Sekarang ni macam hmmm sikit. Haha.

Jadi jika ada sebarang pertanyaan tentang UPM, bolehlah komen. InsyaAllah aku reply. Okay byeeeee

1 comment:

Kuchiki EnnaMoon said...

hohoho, kita skodeng blog awk, hahaha