09 May 2015

Kenapa pilih matrikulasi?

Hai. Assalamualaikum.

So, I noticed that sekarang bebudak lepasan spm tengah pening nak pilih matrikulasi ke diploma ke asasi. But before that, tahniah diucapkan kepada yang dapat matrik, yang dapat asasi, yang dapat diploma, yang dapat matrik & diploma dan yang dapat matrik & asasi. Yang tak dapat, mohon bertabah dah buat rayuan. 

Sebenarnya, aku prasan ramai orang takut masuk matrik. Katanya, matrik susah. Katanya, matrik susah dapat degree. Katanya, matrik takde life. Uh huh, dik, tak cuba tak tahu. Meh akak 'senior' nak bagi memperbetulkan prespektif korang semua. 


"Adik tak nak masuk matrik sebab nanti failed tengah jalan, rugi."

Dik, kalau kau masuk diploma, failed tengah jalan pun rugi. Kau kena belajar la dik. Jangan buat kerja separuh-separuh. 

"Tapi, matrik susah. Diploma tak susah."

Siapa cakap diploma tak susah? Dan siapa cakap matrik susah? Dik, kalau kau tak belajar, memang la semuanya susah. Cuba belajar rajin-rajin. Mesti kau rasa senang je matrik tu. Instead, lagi senang pada SPM dan diploma kalau kau belajar betul-betul. Dia macam kau nak buat cake. Kalau kau tak study how to bake a cake sebelum kau nak buat cake tu, memang kau akan rasa susah kan? Pastu cake kau buat tu tak jadi. Luar masak tapi dalam tak masak. Tapi kalau kau study dulu cara-cara nak buat kek before kau buat kek, mesti kau akan rasa senang. Mesti kek kau menjadi. Ahha, sama je la macam belajar ni dik. Kalau tak belajar, semuanya susah.

"Macammana kalau result adik tak bagus, lepastu tak dapat sambung degree? At least diploma dah ada kelulusan. Matrik takde. Kang penat-penat adik belajar, tak dapat degree lepastu kelulusan adik takat SPM je. Macammana?"

Memang matrik tak ada sijil. Matrik adalah shortcut untuk sambung degree. Tak dapat sambung degree, memang kelulusan kau takat SPM je. Yes, that is true. Tapi dik, matrik ni setahun je. Cuba kau bayangkan, cuba lah yer. Kalau belum apa-apa pun kau dah bayangkan result matrik kau yang hanya setahun tu teruk, cuba kau bayangkan result diploma yang kau akan hadap untuk tiga tahun tu? Cuba lah. 

Belajar lah dik supaya result kau tak teruk. Belajar bersungguh-sungguh for that one year. Tak lama pun dik, setahun jer. 

"Tapi kat matrik kan takde life? Adik kan suka outing, shopping. Ni kat matrik, macam kat asrama pulak. Takleh keluar everyday. Ada curfew. Adik kan dah besar!"

Siapa kata kat matrik takde life? Eh dik, akak dulu masuk matrik, outing jer. Shopping jer. Memanglah tak boleh keluar everyday sebab ada class. Tapi you can still go out on weekend right? Akak dulu siap pergi Street Art lagi kat Penang. Memang ada curfew sikit outing ni. But it's for your own good, dik. Terjaga sikit kau punya pelajaran. Kalau bebas sangat, nanti kau lupa diri. Dari elok-elok pakai baju longgar, tetiba jadi baju ketat kalau bebas sangat.

And you know what? Dekat matrik ni lah, ramai yang berubah jadi manusia yang lebih baik. Like seriously. Ramai yang dari tak pakai tudung, masuk matrik pakai tudung. Ada yang pakai tudung singkat, masuk matrik pakai tudung labuh. Ada yang pakai baju ketat, masuk matrik pakai baju longgar. Kenapa? Masuklah matrik kalau nak tahu.

"Tapi matrik susah nak dapat degree kan? Asasi at least dah secured tempat."

Degree ni, bukan budak matrik je yang mohon. Ada budak diploma, ada budak STPM, ada budak asasi, ada budak matrik. Semua nak sambung degree. Jadi untuk dapatkan course yang kau nak pada universiti yang kau nak, kau kenalah ada result yang bagus. Asasi yes, diorang dah secure tempat dekat u yang diorang belajar sebab diorang tak payah go through UPU lagi sekali.

Tips untuk budak matrik dapat sambung degree is simple. Belajar and get a good result. Oh huh do you all know? Peluang budak matrik nak sambung degree adalah lebih cerah dari budak diploma or STPM. Kenapa? Woi kerajaan dah kasi elaun RM3000 kat korang, mestilah dia nak korang dapat masuk degree. Nak korang berjaya.

Kalau tak dapat IPTA, mintak IPTS. Mahal? Ptptn kan hadooo. Siapa suruh kat matrik tak nak belajar rajin-rajin?

"Matrik dapat elaun?" 

Yer. RM 250 sebulan. Kalau setahun, dah RM 3000. Banyak ke tidak?

"Matrik memang setahun je ke? Tapi kalau diploma, sambung deree dapat pendekkan ke dua tahun. Jadi bukan sama je ke nanti?"

Matrik ada yang setahun dan dua tahun. Tapi yang aku tekankan sekarang ni untuk setahun punya. 

Matrik = 1 year
Degree = 3 or 4 years
Total = 4 or 5 years.

By the time umur kau 22 or 23, kau dah ada degree. 

But.

Diploma = 3 years
Degree = 2 years or 3 years or 4 years.

Tapi perlu diberi perhatian dekat sini, bukan senang nak pendekkan degree jadi 2 tahun. Result diploma kau kena bombastic kalau kau nak pendekkan degree jadi 2 tahun. And ada U yang tak kasi kau pendekkan tempoh tu. Kau ingat kalau result dip kau cukup-cukup makan, kau boleh ambik degree dua tahun je? In your dream la dik. 

"Oh sekarang baru adik jelas. Adik nak masuk matrik lah!"

Haha.

But masuk matrik ni ada cons dia jugak. Macam....

Matrik ni sebenarnya ada dua jenis. Ada PST (setahun) dan PDT (dua tahun). Yang aku cot cet cot cet ni pasal setahun.

Aku tak syorkan sangat korang masuk dua tahun punya. Sebab apa? Sebab risiko ambik dua tahun matrik ni tinggi. Aku rasa korang boleh faham sendiri kan? Nasihat aku kepada yang dapat dua tahun punya, better pilih diploma kalau dapat.

Tapi kalau memang matrik je lah harapan terakhir korang, just go for it. Tanam dalam hati kau, kau nak belajar bersungguh-sungguh. Ramai je budak PDT yang satu course dengan aku sekarang ni. 

Dan masuk matrik ni perlu keazaman yang kuat. Kau kena betul-betul tanam dalam hati kau, kau masuk matrik nak belajar. Bukan nak cari pakwe/makwe. Bukan nak main-main. Bukan nak buang masa. Bukan nak enjoy duit elaun beli iphone

Kalau kau ada azam yang kuat, even kau kat sekolah SPM result tak bagus, Insya-Allah dekat matrik kau boleh score.

Aku cakap berdasarkan pengalaman. Result SPM aku sangat-sangat tidak membanggakan. Aku rasa malu sangat dengan resut SPM aku. Tapi aku dah berazam yang aku nak ubah diri aku dekat matrik. Aku tak nak main-main lagi macam kat sekolah. Aku nak belajar. Aku nak score. Aku nak banggakan mak bapak aku. Aku nak buktikan kat kawan-kawan aku yang aku boleh berjaya. And yes, I did it. 

Ini bukan nak riak atau apa. Anggap je lah ini sebagai pembakar semangat korang ye. 

SPM dulu aku dapat 4A jer. Tapi sebab aku dah berazam nak ubah diri aku. Aku belajar betul-betul. Dan CGPA matrik aku 3.88. Cukup untuk aku sambung degree dalam kos yang aku nak dan cukup untuk aku dapat scholarship. 

Aku yang dapat 4A pun boleh berjaya, inikan korang yang dapat banyak A tu?

Apa yang penting is that kau yakin dengan diri kau. Kau ada sifat nak belajar. Kau ada semangat yang tinggi untuk ubah hidup kau. 

Apa orang lain nak cakap, matrik ni tempat buangan ke apa ke, kau ketepikan. Bila kau dah dapat course degree yang kau nak, kau ludah balik kat muka orang-orang yang cakap matrik tu tempat buangan dengan result kau. Pedulikan mulut orang. 

Okay adik-adik? Akak doakan korang dapat buat keputusan yang betul. Dapat pilih hala tuju hidup korang dengan baik. Dan sekaligus berjaya dalam hidup.

Assalamualaikum. Bye.






13 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum akak, saya tak dapat matriks tapi saya nk sangat2 masuk matrik. Sbb dekat ngan rumah and cepat. Saya dah buat rayuan result rayuan 18/6/16 ni. Baca blog akak, akak tk suggest sy go for PDT. Saya yg buat rayuan ni confirm la dpt pdt kan? Kenapa akk tk suggest ambik pdt? Apa risikonya? Mohon pencerahan. Sape2 yg baca komen ni kalau nk bg pendapat bg lah..i need to know

Unknown said...

post yang sempoi tapi bermakna.. baguslah akak ni :)

Unknown said...

Memang pemberi semangat!!Tq kakak :)

Unknown said...

Terima kasih ๐Ÿ˜Œ

Syazwina Azizal said...

Akak, saya dapat matrik 1 tahun. Tapi saya takut sgt tak dapat catch up. Lagi lagi subjek chemist. Kalau masuk belajar balik ni, saya rasa saya zero chemist. Takpe ke, masuk matrik and I start from zero? Do u really think i can catch up?

Unknown said...

You can catch it up. Dulu zaman sekolah chemist akak tak pernah A. Dapat B untuk SPM je. Tapi sekarang, akak pelajar chemistry. :)

Hidayah said...

Sy dapat asasi dan matrik , hahaha tapi baca akak punya blog macam nak pegi matrik je,

Unknown said...

Salam..kalau result spm 3A shj..ada peluang dapat matrik tak?

Wowo said...

KAKKKKKKKKKKKKKKKK, Klau saya 4A subject maths, english, moral & chemi.. ada harapan tak? Subject lain dpt B+, B

Sya said...

Is there anyone got 4 flat in matriculation?

Sya said...

Kalau adik bumiputera in sya Allah Adik akan dapat bcoz 90% is for bumiputera

Unknown said...

Tq kak..after baca dia bagi semangat dekat aq sbb aq buat first choice dekat upu upnm tpi tak dpt,dpt matrik,sedih gak lh,tpi after baca ni alhamdulillah semangat aq ada balik๐Ÿ˜Š

Rahayu M said...

Anak saya dpt tawaran matrik sains 2 thn dan juga diploma kat utm.. Agak2.. Mana yg berbaloi