29 January 2013

First Time

Hola Holi Holu...

Intro je dah tak pape. Inikan lagi isinya. Lek lu. Don't judge too early. Wokay guys.

Sebenarnya nak update entry ni dah lama. Tapi kemalasan yang menimbun dalam diri aku walaupun aku takde benda nak buat sangat dekat rumah. Well, obviously it's me. 



First time naik ktm.. Actually bukanlah first time sangat sebab dulu pun aku ada naik ktm dari Labu pergi Seremban. Tapi kiranya ni first time aku naik ktm pergi KL lah. Oh dan juga first time pergi KL dengan kawan without ibu bapa.

Agak nerves ah sebenarnya sebab aku ni mana pernah pergi jejauh without pengawasan orang tua. Pastu nak naik kenderaan awam lak tu. Gegirl nerves. Hoho. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Gambar atas tu gambar dekat ktm Seremban menuju ke KL Sentral. Tak boleh duduk woi!! Orang penuh! Sedih siut. Sakit kaki gua. Setiap kali berhenti kat stesen, aku harap sangat ada orang turun tapi harapan je lah. Makin ramai naik ada lah. Huhu sedih.

Pastu turun kat KL Sentral, tukar naik komuter. Oh kali ni beli token guna mesin automatik!! Baru ah feeling Korea sikit. Haha. Aku yang tukang belikan tiket untuk semua orang. Murah je, dari KL Sentral pergi stesen Universiti baru RM 1.60. Oh naik komuter aku dapat duduk jap. Huhu legaaaaaaaa.

Dah sampai stesen Universiti, naik bas awam. Oh first time naik bas awam gak. Murah je. RM 1 terus dia hantar kat padang UM. Dalam bas pun dapat duduk. Seat dia bapak tinggi woi. Best je feeling tinggi.

Then sampai UM pergi lah karnival Jom Masuk U. Panas gila dalam tu sebab aircond rosak. Like seriously. Kenapa time aku pergi gak aa rosak? Dah macam telur goreng dah kitorang. Jap, ada gambar. 



Terpaksa edit sikit disebabkan muka kitorang yang berminyak nak mampus. Terutamanya aku. Serious time tu comot gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Lepas balik UM tu, kitorang naik bas pergi Mid Valley. Pergi makan. Hoho. Dapat makan makanan Koreaaaaaa. Yeay! Yeay! Yeay!

Oh, first time makan makanan Korea dekat luar jugak!



Ini set yang aku makan. Bibimbap. Harga dia takdelah mahal sangat. Kira mampu ah untuk orang menganggur macam aku ni. Sedap. Cuma kimchi dia kureng sikit. Aku buat lagi sedap kot kimchi dia. Haha.



Ini set yang aku order bersama Niena. Kek beras pedas. Yummyyyyyyy!! 


Dan ini niena punya. Jajangmyeon. Ahhhhh entah macammana eja pun aku tak tau. Malas ah nak google. Line sedang slow gilaaaaa. 

Oh kitorang makan dekat foodcourt Mid Valley. Harga takde aa mahal sangat. Standard jer. Tiga-tiga hidangan tu baru RM 30 lebih. Murah ah gak sebab selalunya makanan negara lain ni harga satu set je dah 20+ kan. 


Lepas perut dah kenyang, hati pun gembira. La La La....


Lepas makan, jejalan kejap. Ah jangan ditanya mengapa selendangku begitu.Aku pun tak tau asal dia meleret ke lengan camtu. Huhu sodih.

Guna handphone Beela amik gambar. Oh lelaki baju merah yang pakai beg warna langsung tak matching(gambar bawah) tu memang poyo cenggitu bila amik gambar.Agaknya kalau bagi penampar, baru dia tahu apa tu erti penyesalan. 

Inilah semua yang terlibat pada hari itu. Budak-budak 3B tahun 2010. Oh how I miss them. 

Dan pastu time balik! Time balik memang semua dah penat gilaaaaaaaaa. Sampai stesen Bangi, dapat duduk. Finally. Huh lega kaki den. Pastu dah dapat duduk, mula lah camwhore kejap. Nah, tengoklah gambar kami bertiga yang comel. *tangan atas bahu*




Guna camera 360 ni. Tulah lawa semacam. Suci semacam muka aku. Kalau tak hehhhhhhh. Camera trick semua ni. Hashtag INI SEMUA POYO. Haha'

Aku kira-kira semua kan. Agak murah aaaaa. Kiranya aku belanja tak sampai RM 50 pun. How jimat am I??!! Hahahaha.

Oh berbalik kepada tajuk (Oh kau dah meleret panjang-panjang, baru sekarang nak berbalik kepada tajuk) , apa yang first time?

(1) First Time naik KTM pergi KL Sentral 
(2) First Time pergi KL without pengawasan orang tua
(3) First Time naik bas awam yang bagi tiket
(4) First Time makan makanan Korea dekat kedai
(5) First Time naik Komuter pergi Stesen Universiti
(6) First Time pergi Universiti Malaya

Ohhh banyaknya first Time aku pada hari itu. Pecah rekod.

I am happy on that day. I am proud of myself sebab berjaya naik transport awam :)

Okaylah, sampai sini je. Oh aku ada satu plan lagi dengan kengkawan aku. Minggu depan aku cerita. Okayyyyyy. Babai.

XoXo Mira. Publish. (tetibe feeling Istanbul Aku Datang)

10 January 2013

Pada akhirnya...


Aku boleh makan durian sampai berpuluh-puluh ulas tapi aku tak boleh makan walaupun sebiji buah oren.

Aku boleh makan semangkuk besar tom yam tapi aku tak boleh makan walaupun sesudu masak lemak cili api.

Aku boleh makan dua keping roti canai cicah sambal dengan kari tapi aku tak boleh makan walaupun secubit roti canai cicah kuah dhal.

Aku boleh makan nutella sebanyak mana pun yang aku nak tapi aku tak boleh makan peanut butter walaupun sedikit.

Apa ni perbandingan makanan semua? Apa yang dimaksudkan? Apa maksud tersirat di sebalik semua perbandingan tu?

Aku walaupun cuba menjadi setabah mungkin, pada akhirnya aku akan menangis juga bila hati aku dah sampai limitnya.

Aku walaupun cuba menjadi se'cool' mana, pada akhirnya aku pasti akan menggelabah pada saat-saat tertentu.

Dan aku walaupun sekasar mana, pada akhirnya aku masih seorang perempuan...

31 December 2012

2012 Memories...

Sedar atau tidak, kita semua sudah semakin menghampiri penghujung tahun 2012. Tahun yang banyak mencetuskan kontroversi. Kononnya tahun ni akan kiamat. Tapi ternyata tidak. Dunia masih belum kiamat lagi. Kita masih ada masa untuk betulkan segala kesalahan yang telah kita lakukan. Kita masih punya waktu untuk bertaubat. Allah masih memberi kita masa.

31 Disember 2012. Sudah setahun aku bertudung. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada-Mu kerana telah membuka pintu hatiku untuk berubah. 

Jadi, untuk entry kali ini, aku nak kembalikan nostalgia-nostalgia lama. (ecewah macam lama sangat je). Kita mulakan dengan January. 



Masa baru-baru pakai tudung. Memang selekeh habis. Bulan January macam biasa lah. Lemau sikit. Sebab baru start sekolah kan. Dahlah masuk form five. Senior. Homework menimbun. Tapi January berlangsung dengan baik sekali. 


Bulan February bulan aku layan online drama dengan variety show. Mula-mula aku tengok cerita running man. Pastu aku tengok cerita My Girlfriend is a Gumiho. Best siut. Memang lifeless gila. Aku balik sekolah je ambik tab, terus tengok drama tu. Sebab syok sangat tengok kot. Hahahaha. Pastu bulan ni jugak yang aku emo sikit. Jap, bukan sikit tapi banyak. Gila aaaaaa. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Emo sangat. Hormon tak menentu mungkin. 




March is a bit hard for me. Aku rasa down sangat bulan ni. Down sebab intra one teruk. Memang down gila. Sampai aku rasa macam nak give up. Tapi, aku kuatkan semangat aku untuk teruskan perjalanan hidup aku. And I did it. Okay. March aku pergi jejalan kat Pahang. Pergi Tasik Chini. Best jugaaaaaaa.


Time ni aku masih frust sikit ah. Boleh rujuk entry aku yang ni.


Hihihi. Tapi lama lama feeling aku dah okay. Takde emo sangat. Aku emo pun sebab result aku teruk. Dapat sikit je A. Plus addmaths aku fail. Jadi aku mengamuk aaaaaaaaaaaaaaaa. Marah dekat diri sendiri sebab malas. 


Sekali lagi, gua mengalami mental breakdown. Mid Year Exam dah lepas. Aku rasa sangat tak yakin. Aku marah dekat diri aku yang suka bertangguh. Aku marah dekat diri aku yang malas. Aku bnci diri aku yang itu. Dan bulan tu jugak bulan birthday ayah aku. 


Juneeeeeeeeeee is coming! Dan gaya tudung aku semakin tidak selekeh. Kalau dulu, selekeh gila kalau pakai selendang kini tidak lagi! Aku dah semakin tahu how to gayakan selendang. Takde aaa bergaya sangat tapi much better than January la. June not much lah yang berlaku rasanya. 



Hello July. Hehehehe. July banyak event dekat sekolah. Ada Senamrobik satu Murid satu Sukan. Best sangat. Aku enjoy gila bersama kawan kawan aku yang otak tak berapa nak center sangat tu. Pastu ada Hari sukan which is aku kurang enjoy aaaa. Boring sangat -.-. Bulan ni juga aku semakin sedar diri nak SPM. Hehehe. Oh dan bulan puasa! Yezza puasa bebeh...


Rayaaaaaaaaaaaaaaa! Yeay. Bulan yang paling gemuk aaa. Raya kat Pahang memang keje asyik makan je. Pergi sana sini orang masak nasi dagang je. Berapa kali tah aku makan nasi dagang. Sodap! Hihihihi. Dan bulan ni juga Merdekaaaaaaaaa! Dan aku makin nerves nak Trial Spm. Dan Kak Long bertunang.


September. Tak banyak gambar. Tak banyak activity. Aku busy dengan trial. Busy gilaa. Tak keluar pergi memana pun during the trial tu. Hua Hua Huaaaaaaaaaaaaaa.


October!!!! My birthday!! Huhuhu. Dan graduation day!!! Okay I will miss that moment. Our moment, friends. Dan makin seteghess (stress) dengan SPM. Huhu nak nangis boleh?


Stresssssssssssssssssss cenggini. Huhuhhuu. SPM WEYH SPM!!!! Me is afraid. Hehehe. Tak banyak cite sebab aku busy dengan SPM je. 


SMP IS OVER!! Bulan december memang bulan aku berjimba je lah. Tengok tv dari pagi sampai tengah malam. Main laptop dari pagi sampai tengah malam. Keluar shopping. Dan aku pon jadi PA mak aku. Mana mak aku pergi, aku ikut. Bodyguard. Huhu. Tapi memang syok gila habis spm. 

Penat gila buat kronologi tahun ni. Hahaha nasib bek bulan ada 12 je. Kalau tidak, memang penat gila aku nak tulis. Hahahaha. Ni pun dah penat gila. Eh apa aku merepek ni? Inilah akibatnya kalau otak tengah penat.

Jadi kesimpulannya, tahun ni is okay.

End of the year. End of my school life. 

Suka duka tahun 2012 ni semua aku simpan ketat-ketat dalam hati. Pahit manis kenangan aku akan simpan rapat-dapat dalam hati aku. Dan aku akan rindu tahun ni. Aku akan rindu sebab tahun ni tahun akhir aku di sekolah. Aku akan rindu life aku. Dan mungkin juga satu hari nanti aku nak kembali ke tahun ini. Cuma bukan sekarang masanya.

Sekarang ni, aku tak nak kembali lagi kepada 2012. Aku cuma nak move on. 

Okay sampai di sini je aku tulis. Azam baru? Esok kalau rajin aku tulis k. Okay semua! Babai!!! Muah sikit. Bye 2012!!


27 December 2012

Tandas

Awat tajuk hang ni macam menggelikan je, Mira? Lepasni cek malas nak tengok blog hang lagi Mira. Lantak kau lah, Mira..

Eh kenapa nak emosi sangat ni? 

Lek lu. (rempit sangat) Jangan terburu-buru menilai post berdasarkan tajuk ni. Okay?

Tandas ni dekat semua rumah ada. Kenapa nak geli? Tandas ni semua orang pergi. Semua orang masuk. Semua orang guna. 

Orang kata nak tahu orang tu pembersih ke pengotor ke, tengok tandas dia. Kalau bersih tu, pembersih lah orangnya. Tapi tak tentu jugak kan, orang sekarang pakai bibik. Orang sekarang mana ada nak cuci tandas kan? Jadi takleh pakai aaaaaa cakap orang ni kan.

Orang macam aku ni, sangat memilih pasal tandas. Pergi mana-mana, aku mesti tengok tandas. Kalau pergi hotel, aku mesti tengok tandas dulu. Kalau hotel, memang aaa tandas dia bersih kan. Lawa. Aku tak risau sangat. Tapi kalau pergi shopping mall, perghhhhhhhhh gua sangsi ah nak masuk tandas.

Ada satu shopping mall ni, aku tak ingat aaa dekat mana tapi perghhhhhh kotor gila. Tisu bersepah-sepah. Bau tak payah cakap. Hancing sangat. Aku memang stress gila tengok tandas macamtu. Shopping mall gah tapi tandas hancurrrrrr! Kalau sekali, aku dah pergi kotor, memang pastu aku lebih sanggup tahan dari pergi tandas. 

Lagi satu, dekat tempat rehat. Selalunya R & R bersih tandas dia. Yang kotor, selalunya dekat stesyen minyak. Perghhhhh aku benci betul. Selalunya, aku prefer pergi tandas dekat R & R dari stesyen minyak. Sebab R&R tandas diaaa dah lah banyak, pastu bersih gila. Aku suka. 

Public toilet dekat pantai. Aku salute dekat Morib. Tau tak Morib tu kat mana? Morib tu pantai area Sepang camtu la. Haritu aku pergi situ, masuk tandas yang sekali dengan bilik air tu kan. Bayar standard ah mahal lah kan tempat camtu. Tapi puas hati aaa. Tandas dia bersih gila. Sangat-sangat bersih. Masuk pun kena pakai selipar tandas dia. Sebab tu aa tandas dia bersih kot. Takde sand dekat lantai. Namun(ecewah BM kau Mira), dekat satu pantai ni tak macamtu. tandas dia kotor gilaaaaaaaaaaaaaaa. Pampers budak ada dalam tandas. Pasir banyak gila atas lantai. Kotor nak mampus.

Tapi..

Semua ni salah siapa? Bukan salah kita sendiri ke? Salah pengguna yang tak reti jaga kebersihan? Pengguna yang pentingkan diri sendiri. Pengguna yang mindset nya, "takpe. Kita bayar. Biar orang cuci."

Look at you people. Sampai bila nak macamni? Sampai bila nak set minda macamtu? Sampai bila?

Change. You all should change your mindset. Pikul tanggungjawab jaga kebersihan tu sesama. Baru lah kita senang guna kemudahan tandas. Barulah kita selesa. 


Bersih kotor soal pertama. Soal kedua, keselesaan.

Aku tak faham kenapa perlu tiru negara barat? Kenapa kenapa kenapa? 

Pernah tak korng pergi tandas yang tak ada paip? 

Weyhhhhhhhhhhhhhh macammana nak cebok? Aku tak faham betul. Tak faham. Tak faham. Tak faham. Apa sebenarnya yang difikirkan oleh orang yang mereka tandas tu dekat Malaysia ni?

Like seriously, come on guys! Kita orang Melayu, guna air untuk cebok. Air dari paip! 

Haritu aku pergi satu shopping complex yang namanya gah jugaklah, tapi tandas dia. Huwaa nak menangis aku tengok. Takda paip langsung! Langsung tak ada! 

Pastu, yang lagi satu pulak paip dia yang jenis pancut dari dinding tu. Huwaaaaa! Sedih aku tengok. Susah nak cebok. 

Aku syak orang yang buat tandas ni, tak fikir pasal penduduk Malaysia. Diorang cuma fikir nak nampak mewah TANPA memikirkan perasaan orang Malaysia. 

Hmmm tak boleh diterima dek akal aku langsung!

Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus.


Calm down.

Sekarang, aku nak tunjuk gambar beberapa tandas yang aku rasa cantik. Dan selesa. Hehe. 


Aku tak suka tandas yang besar sangat. Nanti nak cuci pun besarrrrrr masa kena guna. Tandas kecik pun okay what. Yang kureng cuma takde paip dekat sebelah jamban tu. Kalau ada, dah perfect.


Nampak tenang gila tandas ni. Kecik tapi nice. Yang aku tak berkenan lantai dia. Kenapa lantai kayu? Nanti kembang aaaaaaa. Jadi aku prefer lantai biasa. Yang selalu kita guna tu la. Dan paip dekat jamban tu. Okay.

Sekarang.. Aku nak tunjuk tandas pelik!! Jom check it out.


Apa ke benda tandas dalam bilik. Ke bilik dalam tandas? Ahhh mana-mana je la. Hahahahahaha lawak. Tak ke badah lantai bilik nanti? Lawak lak aih. 


Ini apaaaa? Macam jamban gergasi. Hahahahahahahaha.

Design tandas awam pulak. 


INI APAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA? HAHAHAHAHAHAHAHA


INI PUN AMENDA WEYHHHHHHHHHHH?

HAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA lucah betul lah omputeh punya design ni. Kalau Malaysia punya design macamni, tak tau aku nak cakap apa. Hahahahahaha.

Okay panjang dah aku tulis. Sampai sini je lah. Babai.