27 October 2012

Graduation Day

Hai. SPM lagi berapa hari je. makin menghampiri diriku ini. Perasaan takut mula menyelubungi diriku. Tau takut tapi malas nak study lagi, apa kes?! Haha. Disebabkan SPM makin hampir, hampir semua sekolah telahpun menganjurkan(cewah ayat kau kelas Mira) Graduation Day. Sekolah aku dah buat lama dah. 12 Oktober haritu. K jom tengok gambar!!


Ramai puji kasut aku lawa. Memanglah lawa. Kalau tak lawa, aku tak beli. (ada unsur riak di situ) Hehe. Apapun, kasut ni bukannya kasut berjenama pun. Beli dekat salah satu kedai dekat Terminal. Tak ingat kedai apa. Harga pun takdelah beratus pun. Murah je.


Nampak tak ke'bossy'an aku pada gambar ni? Amboi, orang lain berdiri ambik gambar, kau duduk pulak eh Mira. Hahahahaha. Me with Za and Nadirah.




Diperkenalkan keluarga 69 aku! Oppah Nadiah. Kakak Izzani. Adik Mira. Dan mama Za! Yeay kami keluarga 69 yang sangat sangat celaru. Sangat-sangat havoc. Sangat-sangat pelik. HAHAHAHA. Lap chu family.  



Dua pendek dua tinggi. Seimbang. Izzani and me geng P.I.C (Pendek Itu Comel). Manakala, Fadwah dan Liyana geng T.I.M.K (Tinggi Itu Menawan Kononnya). Hahahaha


Lai Kok Jack. Eh betul ke eja? Hahahaha. Ini pun dua pendek Versus Dua tinggi. Tsk Tsk. Kita tetap dalam kategori pendek tak kira dengan siapapun kita bergambar! Sedihnya.


5 Arif 1 2012. Tengok betapa sedikitnya Malay girls in our class. Tapi takpe, we are awesome in that way! Kah Kah Kah. Tekan lif naik sendiri nampak gayanya...


James Bond. Serba hitam.


Intan. Wawa. Izzani. Mira. Zana. Arif. 


Spy terhebat masa kini. Hahahahaha. Ada tak gaya spy? Please kata ada. Kata ada. 


Ammar. kenapa dengan muka kau doh? Hahahahaha


Again. Our class. Aku yang dalam bulatan tu. Jap, kenapa aku tak pandang camera? Hahahaha. Siapa yang aku pandang tu? Sepuluh untuk 10 A dalam SPM! Yeah.


Oh here we are again. Asyik bergambar je ehh.


My son and me. Kenapa anak lagi tinggi pada mak ni? Sebab, mak berkorban kasi anak makan calcium setiap hari sampai mak tak cukup calcium nak meninggi. Hehehehe.



Oh, waktu graduation ada tarian Oppa Gangnam Style. Havoc habis dewan! Hahaha and this is one of the dancer. Budak class kitorang jugak. Tu yang poyo macam artis pakai spek hitam tu. hahaha


Tak habis habis nak jadi gangster kau ni. Hahahahaha. Bajet macho. 

Okay itu je lah. Gambar-gambar ni gambar yang terpilih. Malas nak letak semua. Lama nak tunggu. Yang mana aku suka je aku letak. Sebenarnya lebih kepada, mana gambar aku yang okay je aku letak. Hahahahaha. Duli apa aku gambar orang lain kan. Inikan blog aku, seharusnya penuh dengan gambar aku. Keh Keh Keh.

You are so pentingkan diri. 

Okaylah, nak breakfast ni! Babai. 



18 October 2012

LOVE

Hye. Many people said love is important. The most important things in this world. Cannot be buy. Cannot be sell. Yep. I know that and I'm agree with that. But... Yeah, there is a but here.

How many people are still seeking for true love? Almost every single ladies and single gentleman are searching for it, right? Don't you know guys that you have already found your true love. Long long ago. Since you are a zygote.

Who? ALLAH.

Next.PARENTS.

Manusia dah terlalu taksub mencari cinta boyfriend/girlfriend sampaikan cinta mereka kepada Allah dan ibu bapa semakin dilupakan. How can it be??!

Without Allah, you will never exist in this world.

Without your parents, who are you? What will happen to you?

But without your boy/girlfriend, you still can live right? You still exist in this world. So tell me, do you really need a boyfriend or a girlfriend instead of Allah and parents?

Muka masam. Kata gaduh dengan couple. Menangis. Kata baru lepas putus cinta. Diet. Kata sebab couple suruh.

Padahal, muka masam sebab tengah tahan sakit perut. Menangis sebab tak tahan sakit perut. Diet sebab perut dah besar.

Haih. People.

Kalau kata takde boyfriend/girlfriend. Langsung tak nak percaya. Cakap kita membongak lah apa lah. Pastu cakap kita forever alone lah.

Hey, who need others love when you have Allah and parents love? Nothing is more important than that.

And yes, I am single. For now, I just need Allah love's and my parents love's. That's all I need and I can survive this hard life. Insya-Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.8

09 October 2012

Sweet sour seventeen




Pada 7/10/1995 bertempat di Klinik Rekha, Seremban, Negeri Sembilan, seorang wanita telah melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Wanita itu ditemani ibunya. Suaminya tidak sempat melihat saat-saat bayi comel itu keluar kerana suaminya masih mencari tempat untuk meletakkan keretanya. Hal ini kerana, Klinik Rekha bertempat di pusat bandar dan keadaannya sangat sibuk. Bayi comel itu kemudian menangis sebaik sahaja dikeluarkan oleh doktor wanita yang bertugas. Suaminya yang sudahpun selesai memarkir kereta bersyukur kerana isterinya dan anaknya selamat.

Beberapa hari kemudian, suami dan isteri sudahpun berbincang tentang nama bayi perempuan itu. Mereka sudahpun mendapat kata putus. Nama bayi itu telah didaftar. Nur Amirah Binti Mohamed Khairuddin. Ya, itulah nama bayi comel itu.





                                 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hai. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meraikan hari lahirku. Tujuh belas tahun sudah umurku. Satu perjalanan yang jauh. Pelbagai dugaan yang datang aku berjaya tempuhi. Segala ujian yang diberikan aku mampu hadapi. Buktinya, aku masih berdiri di sini. Walaupun kadang-kadang goyah, tapi aku masih berdiri. Alhamdulillah.



Fasa bayi. Fasa kanak-kanak. Aku dah lalui. Dan kini, aku berada di fasa remaja. Di mana orang cakap, dugaan bertimpa-timpa datang. Jika hati kita kuat, kita mampu laluinya. Jika tidak, kita pun akan tergolong dalam golongan yang sudah jauh berlari dari landasan agama. Alhamdulillah sekali lagi kerana aku masih punya agama.



Aku dikira bertuah. Kerana dalam banyak-banyak sperm, aku ialah sperm yang pemenang! Yang berjaya disenyawakan bersama ovum. Betapa bertuahnya aku.



Mungkin aku ego. Mungkin aku bukan anak yang baik. Tapi ibu, Ira sayang ibu sangat-sangat. Terima kasih sebab sanggup memutuskan urat-urat untuk melahirkan Ira. I love you. Dan ayah juga. Penat lelah kalian semua menjaga Ira selama 17 tahun ini sangat dihargai. I promise I will make you all proud of me someday.

Last but not least, happy birthday to myself. Semoga I will turn to somebody that will change the world one day.

7/10/2012
Published with Blogger-droid v2.0.8

02 October 2012

Sementara

Makan Mekdi harga RM20, perut kenyang untuk sementara.

Minum Skyjuice harga dua puluh sen hilang dahaga untuk sementara.

Beli baju harga 1K pakai sampai lusuh. Pun sementara jugak.

Pakai spenda harga beratus-ratus, dua tiga bulan pastu nak kena buang. Sementara jugak.

Semua benda sementara sifatnya termasuk hidup kita di dunia ni.

Yang kekal hanyalah amal ibadat kita. Hanyalah pahala dan dosa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita yang sementara ni.

Kita selalu alpa. Selalu ingat kita ni hidup selama-lamanya. Selalu ingat kita takkan mati. Kononnya kita masih terlalu muda untuk mati, jadi kita pun masih hidup dalam dosa. Masih bergelumang dalam dosa.

Berapa ramai di antara kita yang hidup seperti esok mereka akan mati? Yang sentiasa berhati-hati dalam perlakuannya sebab takut esok mereka akan pergi. Yang sentiasa berjasa kepada orang ramai supaya mereka akan ingat kita on the positive side andaikata esok kita akan mati.

Berapa ramai?

Manusia. Hmm manusia. Memang sifatnya selalu lupa diri. Sampaikan ada yang lupa kepada pencipta-Nya. Siapa yang ciptakan manusia ni? Siapa yang ciptakan bumi ni? Siapa yang berikan nikmat yang kita ada sekarang ni? Ya. ALLAH.

Wahai manusia. Tidak takutkah kalian semua dengan api neraka? Tidak gentarkah anda? Jika anda takut, mengapa anda masih melakukan dosa yang terang-terangan anda dah tahu ia berdosa. Mengapa?

Tak bersedia? Belum tiba seru? Bukankah dalam Al-Quran, Allah dah menyeru kita semua untuk melakukan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya? Tiada istilah tak bersedia. Paksa? Harus jika kita dah baligh. Anak berumur 7 tahun jika masih tidak mahu mendirikan solat, sudah dibolehkan bapanya merotan anaknya. Inikan budak berbelas tahun?

Tak tutup aurat. Tinggalkan solat. Bergaul melebihi batas pergaulan. Berapa banyak lagi dosa yang awak nak tanggung? Cuba bayangkan kalau awak tak sempat bertaubat dan mati mengejut? Straight to the point masuk neraka. Kena seksa. Awak nak?

Aku bukanlah orang yang baik sangat. Aku pun remaja. Aku pun pernah tak solat. Pernah buka aurat. Bila orang tegur suruh pakai tudung, aku memberontak. Aku buat tak peduli. Aku bagi alasan. Dan aku terus hidup dalam dosa. Dosa tak menutup aurat.

Aku tahu tak pakai tudung tu dosa. Tapi kenapa aku masih tak nak pakai tudung? Kenapa aku masih freehair sedangkan aku tahu akibatnya. Kenapa? Mungkin waktu tu syaitan dah melonjak gembira sebab aku berpihak padanya. Sebab aku langgar perintah Allah.

Tapi Alhamdulillah, satu hari tu bila mak aku suruh aku pakai tudung, hati aku tiba-tiba terbuka untuk pakai tudung. Jadi aku janji dengan mak aku, tepat 1 Januari 2012 aku akan pakai tudung. Dan ya, beginilah aku. Dan aku rasa lebih tenang selepas pakai tudung. Rasa lebih bahagia. Sebab aku tak lagi berpihak pada syaitan.

Ya Allah, betapa beruntungnya aku sebab masih diberi waktu untuk berubah. Masih diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan aku. Untungnya aku. Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah.

Manusia. Berubahlah selagi ada masa. Hidup ni tak lama. Kita tak tahu bila kita akan mati. Mungkin esok, mungkin sejam lagi atau mungkin seminit lagi. Kita tak tahu. Jadi bertaubatlah. Jangan jadikan belum ready lagi alasan kita untuk masuk ke neraka. Jangan biarkan dosa kita di dunia yang sementara ni buatkan hidup kita yang selamanya di akhirat nanti sengsara.

P/S : Al-Fatihah buat pak cik ayah yang meninggal dunia semalam (1/10/12) semoga roh beliau dicucuri rahmat dan kelak ditempatkan bersama orang-orang beriman...

Published with Blogger-droid v2.0.8