Pada 7/10/1995 bertempat di Klinik Rekha, Seremban, Negeri Sembilan, seorang wanita telah melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Wanita itu ditemani ibunya. Suaminya tidak sempat melihat saat-saat bayi comel itu keluar kerana suaminya masih mencari tempat untuk meletakkan keretanya. Hal ini kerana, Klinik Rekha bertempat di pusat bandar dan keadaannya sangat sibuk. Bayi comel itu kemudian menangis sebaik sahaja dikeluarkan oleh doktor wanita yang bertugas. Suaminya yang sudahpun selesai memarkir kereta bersyukur kerana isterinya dan anaknya selamat.
Beberapa hari kemudian, suami dan isteri sudahpun berbincang tentang nama bayi perempuan itu. Mereka sudahpun mendapat kata putus. Nama bayi itu telah didaftar. Nur Amirah Binti Mohamed Khairuddin. Ya, itulah nama bayi comel itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meraikan hari lahirku. Tujuh belas tahun sudah umurku. Satu perjalanan yang jauh. Pelbagai dugaan yang datang aku berjaya tempuhi. Segala ujian yang diberikan aku mampu hadapi. Buktinya, aku masih berdiri di sini. Walaupun kadang-kadang goyah, tapi aku masih berdiri. Alhamdulillah.
Fasa bayi. Fasa kanak-kanak. Aku dah lalui. Dan kini, aku berada di fasa remaja. Di mana orang cakap, dugaan bertimpa-timpa datang. Jika hati kita kuat, kita mampu laluinya. Jika tidak, kita pun akan tergolong dalam golongan yang sudah jauh berlari dari landasan agama. Alhamdulillah sekali lagi kerana aku masih punya agama.
Aku dikira bertuah. Kerana dalam banyak-banyak sperm, aku ialah sperm yang pemenang! Yang berjaya disenyawakan bersama ovum. Betapa bertuahnya aku.
Mungkin aku ego. Mungkin aku bukan anak yang baik. Tapi ibu, Ira sayang ibu sangat-sangat. Terima kasih sebab sanggup memutuskan urat-urat untuk melahirkan Ira. I love you. Dan ayah juga. Penat lelah kalian semua menjaga Ira selama 17 tahun ini sangat dihargai. I promise I will make you all proud of me someday.
Last but not least, happy birthday to myself. Semoga I will turn to somebody that will change the world one day.
7/10/2012
Published with Blogger-droid v2.0.8
No comments:
Post a Comment