Makan Mekdi harga RM20, perut kenyang untuk sementara.
Minum Skyjuice harga dua puluh sen hilang dahaga untuk sementara.
Beli baju harga 1K pakai sampai lusuh. Pun sementara jugak.
Pakai spenda harga beratus-ratus, dua tiga bulan pastu nak kena buang. Sementara jugak.
Semua benda sementara sifatnya termasuk hidup kita di dunia ni.
Yang kekal hanyalah amal ibadat kita. Hanyalah pahala dan dosa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita yang sementara ni.
Kita selalu alpa. Selalu ingat kita ni hidup selama-lamanya. Selalu ingat kita takkan mati. Kononnya kita masih terlalu muda untuk mati, jadi kita pun masih hidup dalam dosa. Masih bergelumang dalam dosa.
Berapa ramai di antara kita yang hidup seperti esok mereka akan mati? Yang sentiasa berhati-hati dalam perlakuannya sebab takut esok mereka akan pergi. Yang sentiasa berjasa kepada orang ramai supaya mereka akan ingat kita on the positive side andaikata esok kita akan mati.
Berapa ramai?
Manusia. Hmm manusia. Memang sifatnya selalu lupa diri. Sampaikan ada yang lupa kepada pencipta-Nya. Siapa yang ciptakan manusia ni? Siapa yang ciptakan bumi ni? Siapa yang berikan nikmat yang kita ada sekarang ni? Ya. ALLAH.
Wahai manusia. Tidak takutkah kalian semua dengan api neraka? Tidak gentarkah anda? Jika anda takut, mengapa anda masih melakukan dosa yang terang-terangan anda dah tahu ia berdosa. Mengapa?
Tak bersedia? Belum tiba seru? Bukankah dalam Al-Quran, Allah dah menyeru kita semua untuk melakukan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya? Tiada istilah tak bersedia. Paksa? Harus jika kita dah baligh. Anak berumur 7 tahun jika masih tidak mahu mendirikan solat, sudah dibolehkan bapanya merotan anaknya. Inikan budak berbelas tahun?
Tak tutup aurat. Tinggalkan solat. Bergaul melebihi batas pergaulan. Berapa banyak lagi dosa yang awak nak tanggung? Cuba bayangkan kalau awak tak sempat bertaubat dan mati mengejut? Straight to the point masuk neraka. Kena seksa. Awak nak?
Aku bukanlah orang yang baik sangat. Aku pun remaja. Aku pun pernah tak solat. Pernah buka aurat. Bila orang tegur suruh pakai tudung, aku memberontak. Aku buat tak peduli. Aku bagi alasan. Dan aku terus hidup dalam dosa. Dosa tak menutup aurat.
Aku tahu tak pakai tudung tu dosa. Tapi kenapa aku masih tak nak pakai tudung? Kenapa aku masih freehair sedangkan aku tahu akibatnya. Kenapa? Mungkin waktu tu syaitan dah melonjak gembira sebab aku berpihak padanya. Sebab aku langgar perintah Allah.
Tapi Alhamdulillah, satu hari tu bila mak aku suruh aku pakai tudung, hati aku tiba-tiba terbuka untuk pakai tudung. Jadi aku janji dengan mak aku, tepat 1 Januari 2012 aku akan pakai tudung. Dan ya, beginilah aku. Dan aku rasa lebih tenang selepas pakai tudung. Rasa lebih bahagia. Sebab aku tak lagi berpihak pada syaitan.
Ya Allah, betapa beruntungnya aku sebab masih diberi waktu untuk berubah. Masih diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan aku. Untungnya aku. Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah.
Manusia. Berubahlah selagi ada masa. Hidup ni tak lama. Kita tak tahu bila kita akan mati. Mungkin esok, mungkin sejam lagi atau mungkin seminit lagi. Kita tak tahu. Jadi bertaubatlah. Jangan jadikan belum ready lagi alasan kita untuk masuk ke neraka. Jangan biarkan dosa kita di dunia yang sementara ni buatkan hidup kita yang selamanya di akhirat nanti sengsara.
P/S : Al-Fatihah buat pak cik ayah yang meninggal dunia semalam (1/10/12) semoga roh beliau dicucuri rahmat dan kelak ditempatkan bersama orang-orang beriman...
No comments:
Post a Comment