09 March 2013

JPJ Test

Hai. Seperti yang dijanjikan kepada a few people, entry harini berkaitan dengan JPJ Test yang aku dah lalui hari Khamis haritu (7/3/2013).


Seperti budak lepasan SPM lain, aku pun ambik juga lesen kereta memandangkan gap antara last paper SPM dengan result SPM sangat lama. Takde benda nak buat dekat rumah, jadi mari kita pergi Inmaju dan daftar untuk ambik lesen. Oh ye, aku ambik lesen dekat Inmaju sebab paling dekat dengan rumah aku dan paling murah. I guess. 

Bermula dengan Kursus KPP selama 5 jam, kemudian aku ambil ujian komputer selang 3 hari selepas kursus KPP tu. Alhamdulillah aku lulus dengan markah 43/50. Takde lah bagus sangat markah aku tapi siapa kisah? Janji lulus, sudah. Lepas dah lulus tu, selang beberapa hari kemudian, aku ambil kursus Pra-L yang tiga jam. Kan? 3 jam? Hek Hek aku dah lupa. 

Lepas dah habis kursus Pra-L tu, aku melepak dekat rumah tunggu instructor aku call. Aku tak request pun mana-mana instructors sebab well, mari kita berserah pada takdir. Dan tak lama lepas tu (tak sampai 2 minggu pun), instructor aku call. Alhamdulillah lagi, aku dapat instructor perempuan. Yeay! Jadi aku pun mulakan class 10 jam aku (Sebenarnya 8 jam tapi aku tambah 10 jam memandangkan aku tak pernah drive pun selama ni). Agak lama jugak aaa 10 jam aku tu sebab aku selalu keluar kan. Berapa banyak class entah aku terpaksa cancel atas faktor tertentu. 

Habis class ketiga, instructor aku cakap camni, "esok kamu boleh datang tak? Esok kamu QTI okay." Haaaaaaaaaaaa?! Tergamam aku. Cepatnya dah QTI. Tapi aku angguk jer. Dalam hati nerves tak terkiraaaaaaaaaaa! 

Esok tu aku datang. Aku buat QTI. Alhamdulillah lulus. (Aku rasa semua QTI lulus kot. Entah tak pernah dengar pulak ada orang fail QTI. Ada ke orang fail QTI? Jadi don't worry everybody! Anda pasti lulus! Ecewah). Pastu aku ada baki 3 jam class lagi. JPJ test aku dah book 7/3. Lama lagi. Ada dalam dua minggu lebih. Jadi aku pun bersenang lenang di rumah.

Minggu nak JPJ tu, perghhhhhhhhh perasaan aku? Aku rasa nerves. Aku rasa macam, WOI APSAL AKU AMBIK LESEN AH? Macam ARGHHHHHH. Aku pergi kenduri Sabtu sebelum JPJ tu, aku rasa kosong. Nak seronok-seronok teringat JPJ test. Pastu hari Isnin tu pergi Big Bad Wolf dengan Niena Izzani Nadiah Arif, pun aku rasa nerves pasal JPJ Test. Tengok muka aku tenang tapi sebenarnya dalam hati asyik ingat JPJ TEST JPJ TEST jer. Hari Rabu lah paling teruk! Perut aku sakit-sakit. Sakit nerves. Lepastu dah pergi last class, aku rasa kurang sikit nerves sebab bukit aku dah okay. 

Malam sebelum JPJ tu aku tidur awal. Aku terjaga dalam dua tiga kali gak ah. Sebab tidur awal kan? Aku mana biasa tidur awal. Ecewah. Pagi JPJ tu, perut aku buat hal lagi. Sakit nerves. Sampai Inmaju, aku terus ambik nombor. Eleh boleh pulak nombor aku nombor 6? Nak awal jer kan? Haha. Pastu aku terus pergi litar. Duduk situ. 

Oh nasib baik budak yang repeat buat dulu. Jadi lama gak aa baru start. Sampai masa aku, aku duduk tunggu. Borak dengan budak sebelah aku. (Budak sekolah aku gak tapi tak ingat nama dia. Hehe) Pastu sampai turn aku. Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Aku masuk kereta Kancil untuk buat bahagian bukit parking tiga penjuru. Boleh pulak time aku tu, orang JPJ tu hilang. Haiyaaaaa. Lama aku tunggu dalam kereta tahu tak?! Dahlah nerves. Pastu orang JPJ tu dah datang balik, aku nak jalan ni.. Boleh pulak aku tak larat turunkan handbrake?! Hahahahahahaha ni lawak. Aku punya cuak. Apsal aku tak leh turunkan handbrake ni? Lembik sangat ke aku ni? Woi down tahu tak! Pastu orang Inmaju datang kat aku, tolong turunkan handbrake aku. Dia kata, orang yang guna kereta ni tadi tarik handbrake tinggi sangat. 

Then, aku pun jalan sampai bukit. Oh ada masalah lagi! Aku tak nampak tayar depan kereta aku!!!!!! Pun aku rasa down gila. Aku ni pendek sangat ke? 

Sudahnya aku tak tengok pun tayar tu. Aku main agak jer. Agak-agak aku rasa macam tayar aku dah masuk line, aku brake. Pastu aku pandang orang JPJ yg muka garang tu, dia angguk. Aku pun free gear, tarik handbrake dua kali. Pastu kereta aku cam mengundur sikit. Cepat-cepat aku tarik lagi sekali handbrake. Hihi. Pastu aku angkat tangan. Dia suruh turun bukit. Haaaaa part ni aku tekan minyak macam nak drift. Lantak kau lah. Hehe. Alhamdulillah, kereta aku menurun dengan baik sekali. 

Aku kat dalam kereta tu, gembira. Bersyukur sangat. Pastu aku letak kereta dekat tepi. Aku pergi kat orang JPJ tu, ambik borang. Oh lulus. Yeay! Then aku pergi hantar borang tu dekat orang parking dengan 3 penjuru. Pastu aku masuk dalam kereta tadi balik. 

Aku buat parking. Dah siap parking tu, aku baru prasan yang aku tak pakai seatbelt!!! Haiyaaaaaaaaa. Cepat-cepat aku pakai seatbelt. Dan aku teruskan pergi Tiga penjuru. Dah siap tiga penjuru, aku terus bawa kereta kat bukit tu. Then aku jalan lah pergi ambik borang dekat orang JPJ tuh. Dalam hati aku dug dap dug dap.. Aku ingat aku fail sebab aku tak pakai seatbelt kan... Bila sampai sana, aku tengok borang aku. Alhamdulillah lagi, aku lulus! 

Orang JPJ tu pun baik. Dia berborak sikit dengan aku. 

Pastu aku pergi balik kat tempat menunggu tu. Hantar borang tu untuk buat on the road pulak. Then aku duduk. Bila diorang panggil no aku, aku tak dengar. Semua orang pandang aku. Aku pun macam, Eh diorang panggil nombor aku ke? Pastu aku tanya kat sorang mamat yang aku rasa sebaya dengan aku, diorang panggil aku ke. Dia angguk. Aku pun pergilah. 

Dan mari kita buat on the road!!

Oh JPJ tester aku tu baik. Dia kengkadang siap bagi aku arahan bila aku blur. Aku ni kan lemah bab nak tukar gear ni. Jadi dia ajar sikit. Pastu sepanjang jalan, dia kesejukan aku rasa. Senyap jee perjalanan. Rasa janggal jugak lah. Dahlah sejuk. Hiks Hiks. Aku bawa laju tau. Kengkadang bila dah lebih 50km/j aku cepat-cepat perlahankan balik. Kang melebihi had laju terus fail on the spot. Tak nak aku..

Pastu kan, bila nak belok yang jadi pemisah antara jalan pergi Seremban dengan jalan pergi Labu tu, aku dengar macam dia bukak seatbelt tau. Aku pun sedar yang time tu aku bawa laju. Aku jadi paranoid. WOI AKU NAK FAIL KE NI HAA??!!

Rupa-rupanya tak. Hahahaha aku memandu sampai balik Inmaju. Maknanya, aku lulus! Yippeeeee! 

Time dah sampai. Dah free gear tarik handbrake. Boleh pulak enjin mati? Hahahaha aku nerves. Alamak, dia nak kasi aku fail ke? Janganlah aku dah penat drive ni. Pastu aku start kan tak boleh hidup lak kereta ni. Then orang tu tegur, start lah kereta. Kenapa takut sangat? Hahahahaha aku rasa macam bangang jer. Aku pun start kan dan dia kasi borang. 

Aku tengok. Alhamdulillah. Aku lulus. Markah aku 17/20. Yippe... 

Akhirnya nerves aku yang telah buat semua keseronokan aku hilang tu berbaloi jugak. Sekarang lesen P dah pun selamat berada di tangan aku. Yeay. Seronok tu bukan kepalang. Aku bersyukur sangat. Lulus dalam sekali percubaan. 

Semua ni sebab doa-doa orang yang nak aku lulus. Orang yang doakan kejayaan aku. Terima kasih kepada yang mendoakan aku lulus. 

Jadi, ada beberapa nasihat yang aku nak kasi kepada orang yang bakal menduduki JPJ test. Berdasarkan pengalaman aku...

Jangan sesekali bawa kereta Auto sebelum kau test JPJ. Aku perhatikan ramai yang fail semua yang dah reti bawa kereta sebenarnya. Tapi diorang bawa Auto. Aku ni mana pernah bawa kereta. Langsung takde basic time first class aku. Aku drive pun time class aku jer. Tak pernah aku berlatih sendiri. Dan Alhamdulillah, aku lulus. Jadi jangan bawa kereta Auto dulu. No. No. No.

Berlatih sehari sebelum JPJ test. Maksud aku, mintak cikgu adakan class sehari sebelum JPJ Test. Pecutan terakhir sebelum test. Mahirkan mana yang tak mahir. Macam aku, aku mahirkan on the road masa tu. Dua kali aku buat on the road dalam masa sejam setengah tu. Aku ingat jalan. Aku ingat mana nak tukar gear. Dan Alhamdulillah, aku ingat semua tu time aku test.

Tidur awal malam sebelum JPJ tu. Harus K. Tak mengantuk pun, paksa diri tidur awal juga. Aku tidur pukul 10 malam tu. Tak mengantuk pun tapi paksa juga diri untuk tidur. Jadi aku senang bangun pagi tu. Dan lebih energized. 

Solat Hajat bagi yang Islam. Minta dipermudahkan urusan untuk JPJ Test nanti. Minta hilangkan nervous. Minta lulus. Minta pada Allah. 

Pagi JPJ test tu, minta restu ibu bapa. Penting ye restu mak bapak ni. 

Jangan nerves sangat macam aku. Aku ni nerves cam haremmmmmmmm. Hahahaha. Kau buatlah benda yang boleh hilangkan nerves kau tu. 

Tawakal. Kau dah usaha. Kau dah berdoa. Sekarang kau tawakal. Kalau kau lulus, Alhamdulillah. Jangan lupa diri. Kalau kau gagal, mesti ada hikmah di sebaliknya. Fikir yang positif. Mungkin Allah buat kau gagal sebab kau akan lupa diri lepas dah lulus. Mungkin sebab kau akan drive ke tempat-tempat yang tak elok. Think positive. Jangan cepat rasa down.

Okaylah. Itu je pengalaman yang tak seberapa yang mampu ku kongsikan kepada kalian. Ecewah. Nasihat tu semua klishe jer. Kalau kau tanya orang lain, diorang akan kasi kau nasihat yang sama jer. 

Jadi kepada kawan-kawan, akak-akak, abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik, nenek-nenek, atuk-atuk, SELAMAT MENGHADAPI UJIAN JPJ!! SELAMAT MAJU JAYA. Yakin pada diri sendiri (Tp jangan terlalu yakin pula). 

Okay babai....

9 comments:

Anonymous said...

Rabu ni 17/4/13 nak amik test JPJ kihkihkih... Tgh preg 8bln plak ni. Berserahlah tgk rezeki mcmana. Rasanya ok kot. Klu ada masalah hrp encik JPJ tu luluskan :D

Unknown said...

Insya-Allah...

WaKTaU AuTheNTiCs said...

Aku dah lulus dah JPJ.

Unknown said...

tahniah la

alan said...

Assalamualaikum ada ke test jpj hari rbu?

Unknown said...

Ade.Dia ikut tempat rasanya.

Shaaaaaaffffff said...

3/7/2014 jpj test dekat inmaju...scary nya.....

jalan JPJ pun tak mahir lagi...haiyoyoyo...huhu

Anonymous said...

salam,awak nk tnye no org yg awak amek lesen tu..

Unknown said...

Alamak, saya takde nombor dia. Awak google je INMAJU