24 April 2012

Bertudung atau freehair?



Pelik aku tengok manusia zaman sekarang. Bukan sekadar tidak melakukan perkara yang wajib itu dengan alasan belum sampai seru, malahan mengutuk pula orang yang melakukan perkara wajib itu.


Awak tahu tak? Awak dah lah berdosa sebab tunjukkan aurat awak dekat lelaki lain. Lepastu awak tambah pula dosa awak dengan mengutuk orang yang pakai tudung. Apa tak cukup ke dosa awak sampai awak perlu tambah dosa lagi?






Awak cakap, "dia pakai tudung sebab fesyen. Bukan ikhlas pon."


Awak, sebab fesyen ke apa ke, yang penting dia pakai tudung. Yang penting dia tutup aurat dia. Niat dia biar dia seorang je yang tahu. Tapi awak tahu tak, dia tetap tutup aurat dia dari pandangan orang lain. Dosa dia kurang. Ini awak, dah lah tak pakai tudung lepastu pakai dress yang nampak lurah dada, pendek sampai nampak paha awak. Sekarang, fesyen mana yang lagi bagus? Fesyen awak atau fesyen orang yang pakai tudung? Fikir sendiri. 



Awak pun cakap, "orang yang pakai tudung bukannya baik sangat. Harap je pakai tudung, tapi jahat. Kitorang yang freehair ni lagi baik."

Awak, jangan salahkan tudung. Tudung tu tak bersalah pon. Yang bersalah orangnya. Jangan pernah salahkan tudung itu. K cuba awak bandingkan dua situasi ni. Pertama, orang yang pakai tudung tapi mencuri.  Kedua, orang yang freehair mencuri. Mana satu yang lagi berdosa? Sudah semestinya yang freehair kan? Dahlah dia berdosa sebab tayang aurat, lepastu dia mencuri pula. Tak ke banyak dosanya? Yang pakai tudung tu, at least dia tak dapat dosa untuk tayang aurat. Betul tak?


Kenapa perlu awak salahkan orang yang memakai tudung? Awak dah lah memang sah sah buat dosa yang sememangnya semua orang Islam tahu, lepastu awak nak menghina pula? 

Bukan nak berlagak alim. Bukan nak berlagak bagus. Sejujurnya, aku pun baru berhijab tahun ini. Aku mula berlajar menutup aurat dan bukan membungkus aurat tahun ini. Awak mungkin ingat saya tak ada hak nak menasihati orang lain sebab saya baru tahun ini pakai hijab. Tapi awak. Selagi kita ni Islam, kita wajib berdakwah walaupun kita sendiri tak perfect. Manusia zaman sekarang tak ada yang perfect.

Aku bukanlah anti budak freehair. Aku ada ramai kawan yang freehair. Ramai. Tapi mereka tak pula mempersoalkan tentang tudung. Sebab awak, yang wajib tu tetap wajib tak kiralah awak nak berdolak-dalih macammana lagi. Wajib tetap wajib. Hukumnya takkan berubah. 

Saya nasihat sebab saya tak nak awak semua terus hanyut dengan dunia yang sementara ni. Awak tahu tak, dunia ni dah makin sampai ke penghujungnya. Akui atau tidak, dunia kita dah semakin uzur, makin tenat. Nyawa kita pon boleh ditarik bila-bila masa je. Mungkin seminit lepas ni. Mungkin esok. Atau mungkin sepuluh tahun lagi. Tapi takkan awak nak bertaubat bila dunia dah kucar-kacir? Bila nyawa awak sampai ke penghujungnya? 

Saya sebagai saudara sesama Islam dah melaksanakan tanggungjawab saya, kalau lepasni malaikat tanya kenapa awak tak tutup aurat, jangan salahkan saya. Saya dah cakap. Saya dah nasihat. Awak yang tak nak dengar. 

Istighfar banyak-banyak. 

Saya doakan awak semua terbuka hati untuk pakai tudung. Untuk tutup aurat awak yang selama ni awak dedahkan kepada orang ramai. Sekian.

15 April 2012

Siapa sebenarnya aku?


Kadang-kadang aku bertanya pada diri aku sendiri. Siapa aku? Apa yang aku nak dalam hidup? Bagaimana aku nak lakukan semua ini? Bila aku nak bertindak? Kenapa aku perlu buat begitu?

Aku supermiera.

Aku nak berjaya dalam hidup.

Aku kena berusaha kuat dan gigih.

Aku kena bertindak hari ni jugak! 

Sebab aku nak banggakan orang yang aku sayang.

Tapi kenapa semangat tu sering ada dan sering hilang? Kenapa? Sekejap aku rasa semangat gilaa nak belajar. Sekejap aku rasa malas gila nak sentuh buku. Why? Why? Why?

Adakah semua orang merasakan perkara yang sama seperti yang aku rasa? Ataupun adakah hanya aku seorang yang merasai perkara itu? Tanda soal di situ.

Huh. Ku langsung tidak faham dengan diriku.

Bukan senang tahu tak aku nak tahan diri aku dari on komputer dan buka belog. Bukan senang. Bukan senang juga aku nak tahan diri aku dari sentuh tab dan on twitter. Bukan senang. 

Tapi aku gagahkan diri. Aku kuatkan hati. Dan aku berjaya. Seminggu sekali baru aku on pc. Baru aku taip dekat belog ni. Hari Sabtu dan Ahad baru aku on twitter. Facebook? Jangan ditanya sebab dah lama aku tinggalkan dunia bermuka-muka itu. 

Mungkin satu hari nanti bila aku dapat result SPM yang membanggakan, aku akan bersyukur dengan apa yang aku korbankan sekarang ni. 

Satu hari nanti aku nak orang pandang aku tak terkelip dan cakap, "Mira, aku tak sangka kau boleh berjaya sampai macamni sekali."

Sungguh detik itu yang aku nantikan. 

Doakan aku ya kawan-kawan semua.

Doakan aku agar berjaya dalam hidup. Agar tidak lupa diri. Agar mampu membanggakan semua orang.

Sekian. 




07 April 2012

Busy month, I guess


Sesapa yang dah baca entry aku beberapa minit yang lepas, aku minta maaf. Aku tahu aku merapu dalam entry tu. Aku dah padam entry tu. Sebab aku rasa aku nak padam.

Mood aku tak menentu sekarang ni. Kadang-kadang aku okay dan kadang-kadang aku K.O. Macam tadi, aku rasa down sangat. Down sangat sehingga kau orang sendiri tak dapat bayangkan. 

K tutup topik tu. Tutup tutup. Jangan disebut lagi.

Bulan April ni bulan busy. Bulan sibuk.

Kalau ikut kalander, bulan ni langsung tak ada public holiday. Plus ada sehari sekolah ganti. Tapi apapun, rabu depan cuti. Sebab ada perlantikan raja. Kan? I guess so.

Aku dah semakin feel budak SPM. Aku dah semakin merasa yang aku ni dah form five. Sibuk sangat. Kerja menimbun-nimbun. Class sampai hari Sabtu. 

Penat? Penat sangat. Tapi aku kena berkorban. Tak sampai pon setahun lagi. So aku akan bertahan.

Okay. Aku akan kurangkan twitter tu. Jadi maaf, mungkin aku cuma akan sign in waktu holiday atau kalau gian sangat waktu weekends. 

Tapi facebook memang deactive sampai cuti bulan lima nanti. Lepastu habis cuti deactive balik sampai habis SPM. Oraite peps? 

Okay tu je nak cakap. Tu je nak tulis. Oh ye, by the way kenapa followers aku tak meningkat ni haaaa? Naiklah sampai 300 cepat. *buatmukacomel.

Haha. K Challos peps!

01 April 2012

Satu April = April Fool?


Orang kata Satu April bersamaan dengan April Fool. Hari untuk mengenakan orang ramai. Hari untuk buat prank. Hari untuk menipu. Hari untuk buat dajal. Hari kumpul dosa. Eh? Haha.

Bullshit semuanya itu. Jangan rayakan April Fool bagi yang beragama Islam kerana ianya dosa. 

Bagi aku Satu April ni birthday kawan aku. Siapa dia? Nama dia Liyana. Birthday satu april. Happy birthday Za! May your dream come true.

]


Aku memang suka letak gambar yang tak ada kaitan dengan entry. Harap maklum. Oh siapa mereka? Ce tekaaaa. Haha.


K sebenarnya nak cerita pasal kem haritu. Oh hari rabu dgn khamis haritu aku ada kem dekat Pahang. Best. 


Apa yang aku dapat dari kem tu?



  • I never know that I'm such a baby. Haha. Seriously, aku tak sangka weh aku takut dengan serangga hijau yang ku tidak tahu namanya itu. Yelah, sapa tak takut bila nak tidur, ada serangga yang ada sengat tersekat dalam kipas? Dahlah aku tidur dekat katil tingkat atas. 
  • Aku berani buat wall climbing, merentas jambatan yang tinggi nak mampus dan flying fox! Yipeeeee! Wall climbing tu first time buat. Memang gabra gila. Tiga kali try baru boleh naik. First try jatuh second try jatuh. Third try tu boleh le sampai setengah kan. Haha. Yang merentas jambatan tu sumpah scary gila doh. Dahlah orang belakang aku sengaja goyang-goyangkan jambatan tu. Siut. Flying fox the best! Cuma part yang tersekat dekat tengah-tengah tu macam apa entah. Haha.
  • Aku tak ada stamina. Haha. Serious balik dari kem tu aku tidur awal gila. Mak sedara aku datang rumah aku, aku tidur dekat atas sofa. Haha, baik bonar budi bahasa anak dara ni. Penat gilaaaaaaaaaa. 
  • Aku fikir aku mandi lama, rupa-rupanya diorang lebih lama mandi dari aku. Seriously. Sakit hati wei. Dekat kem, mandi ala kadar je lah. Ni tak, lembap nak mampos. 
 
Kesimpulannya, kem tu best. The last camp for secondary school. :(

K bye.