Kerana kekangan waktu, harini baru aku ada masa untuk menaip entry ini. Menaip kisah empat hari yang lepas.
Tarikh tu ada apa? Actually, tarikh tu ialah tarikh harijadi abang sulungku. Ceh, ayat bajet macam aku ada banyak abang je kan? Padahal sorang je abang aku. Sedar sikit diri tu Mira, kau tu anak kedua. Anak kedua? Eii. Tua nya kau. Haha.
Disebabkan pada pagi hari sehingga petang, ayah aku kerja. Jadi kita celebrate belah malam. Malam okay? Celebrate dekat mana? Okay ni yang den nak cerita ni. Kelakar pun ada jugak. Kesian pun ada jugak. Pecah rekod pun ada jugak. Hadoyai.
Kitorang pergi UPM. Besar wehh. Kenapa kitorang pergi sana? Ayah den tu nak jumpa kawan dia sat. So pergi lah. Sementara ayah aku pergi jumpa kawan dia, kitorang lepak lepak lah dekat luar tu.
Okay lepastu dah habis jumpa kawan, ingat nak pergi KL. Pergi KL malam-malam buto. Hadoi. Last-Last, kereta ayah aku buat hal. Dia tak nak start. Hadoi. Kena buat jump start. Buat Jump Start semua, baru boleh gerak. Tapi tak jadi lah pergi KL tu. Terus balik sebab takut kereta ni buat hal lagi. Dahlah, dah pukul 11 lebih waktu tu.
Last-last dekat mana kitorang celebrate birthday abang aku? Cuba teka.
Dekat dalam kereta. Muahahaha. Kitorang beli Mc'D dekat highway tu. Lepastu makan dalam kereta. Kesian pulak aku tengok abang aku. Tapi best pulak ai. Kalau Mc'D aku ni gila fries. Habis aku makan dua large fries. Sos je dah berapa bungkus aku guna. Empat ke lima kot. Haha. Tu lah. Dah bulan ni nak diet. Nak turunkan beberapa kg. Penat dah asyik dengar orang membebel kata aku dah gemok. Aku makin gemuk. Semualah. Sakit hati tau.
Kay lah, kita chow dulu. Eh sebelum tu, lepasni Insya-Allah aku akan menjadi blogger aktif kembali. Kay don worry. Kay Challos.
No comments:
Post a Comment