26 December 2011

Kawan Kapal

Tertanya-tanya apakah itu kawan kapal? Hihi. Kawan kapal tu friendship. Friendship tu apa? Friendship tu kawan kapal. Haha. 



Aku ni jenis yang tak mudah mesra dengan orang. Aku tak boleh aaa main tegur jee orang. Aku bukan jenis orang macamtu. Aku ambil masa untuk rapat dengan orang tu. If aku boleh rapat dengan orang tu dalam masa yang singkat, it's mean aku satu kepala dengan orang tu. If tidak, aku akan ambil masa yang agak lama ahh. 

Tak, bukan aku sombong. Cuma that's the way I act. Jadi aku cuma ada sikit je kawan. Kawan yang betul-betul boleh ngam dengan aku. Siapa diorang? Biarlah aku jee tahu. Sebab aku tak nak lah kalau aku bagitahu siapa orang tu, orang lain yang tak disebut sakit hati dengan aku. Aku tak nak.

Jadi bila masuk tahun ni kawan aku makin berkurang. Sebab ramai dah pindah asrama semua kan. Jadi yang tinggal dekat sekolah hanya beberapa kerat je ah. Okay sekarang sebenarnya aku nak cakap pasal kawan aku yang pindah asrama ni laa. Hehe. Itu main point entry aku ni sebenarnya. 


Serious aku rindu masa-masa dulu kita. Waktu kita study sama-sama. Gelak sama-sama. Makan sama-sama. Nangis sama-sama. *Aku tak kan? Hehe* Mainpointnya, kita selalu sama-sama ahh. Rindu kot. 

Mula-mula dulu, aku rasa macam korang tak patut buat aku macamni tau. Pergi ramai-ramai duduk dekat asrama dan tinggalkan aku dekat sini. Rasa macam lonely gilaa. Ye lah, dengan siapa lagi aku nak rehat sama-sama? Balik jalan sama-sama? Cuba habak kat cek. Lepastu korang sedapkan hati aku dengan janji nak call aku selalu kan. Okay hati aku dah jadi delicious lah sikit. Mula-mula korang memang rajin call aku. Lepastu lama-lama korang langsung tak call aku. Serious aku terasa. Tapi nasib birthday aku korang wish. Kalau tidak, memang tiada maaf bagimu lagi. Merajuk setahun!

Dan masa pun berlalu. Ceewah ayat aku. Masa pun berjalan hingga aku terfikir, aku tak patut terasa. Sebab aku memang tahu. Bila kau dekat sana dan aku dekat sini, kita masing-masing dah busy dengan life kita. Kita masing-masih dah ada life baru kita. Dah ada kawan baru kita. Mungkin aku tak sebab aku still dekat sekolah yang lama. Kau lah. Dan percaya atau tidak kita akan berubah seiring dengan waktu. Walaupun dulu kau janji kau takkan berubah tapi percayalah kau akan berubah juga. Kau takkan mampu jadi kau yang dulu. Sebab kau dah biasa dengan life kau.

Lepastu aku dah okay. Hinggalah cuti sekolah. Eventhough dah cuti sekolah, korang langsung tak contact aku. Lagi satu benda buat aku terasa. Waktu tu aku tunggu je phone aku berbunyi. Tunggu je mesej korang. Tapi hampeh. Tak ada. Aku pujuk hati aku dengan buat busy dengan kerja aku. Waktu tu Wanie tahu perasaan aku. Semua benda aku cerita dekat dia. 

Then aku dah berhenti kerja, aku ajak jumpa. Kay korang tak nak jumpa dengan aku. Ada jee hal korang. Sikit ah aku terasa. Sebab korang kata korang rindu aku tapi korang tak nak jumpa aku. Aku rasa sakit hati sangat. Macam aku sorang je yang terhegeh-hegeh nak keluar dengan korang tapi korang tak. Sakit hati wei. 

Cuti ni aku sempat jumpa dengan Syed je. Kan Syed kan? Hehe. Thanks sebab teman aku waktu tu. Serious waktu tu aku tak ada orang gila nak teman aku.

Ye, lepastu ada lah orang ajak aku keluar tapi semua aku deny je. Sebab apa? Sebab memang semangat aku nak jumpa korang dah hilang. Macam malas gila nak jumpa korang. I don't know why. Then ada satu malam tu aku terfikir-fikir about us. Macammana friendship kita semua kan..

Then I found the solution. Aku tak nak jumpa korang lagi. Serious aku cakap, aku tak nak jumpa korang lagi. Bukan aku merajuk ke apa tapi aku rasa ini solution terbaik. Buat masa sekarang lebih baik kita tak berjumpa. Nanti lepas SPM baru kita jumpa. Lepas masing-masing dah lega jawab SPM, baru kita lepak sama-sama. 

Jadi biarlah tempoh setahun kita tak berjumpa ni, kita buat hidup masing-masing. Aku dengan cara hidup aku dan korang dengan cara hidup korang. Jadi lepasni tak payah korang sibuk-sibuk nak ingatkan aku ke apa. Tak apa, kalau kau nak lupakan aku terus pun tak apa. Aku boleh buat apa kan?

Jujur aku cakap, aku buat keputusan ni bukan sebab aku marah dekat kau atau apa. Tak, aku tak marah. Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku buat keputusan ni. Jangan tanya aku kenapa. Adalah sebabnya kenapa. 

Apapun thanks sebab jadi kawan aku. Thanks sangat-sangat. Aku hargai waktu waktu dengan korang. Kita jumpa bulan pertengah bulan Disember 2012. Lebih kurang setahun dari sekarang.  Tak perlu rindu-rindu aku. Jaga diri korang dan buat yang terbaik untuk SPM. Make you friend proud. :)

Sorry kalau korang terasa dengan entry ni ke apa. Bukan aku tak nak cakap terus dekat korang pasal ni tapi nak contact korang pun susah tahu tak? Jadi aku rasa lebih baik aku tulis dekat sini. Maaf kalau ada yang kecil hati dengan entry ini. Maaf beribu maaf.


No comments: