26 September 2011

First impression?





Percaya atau tidak, first impression sangat penting. Orang boleh cakap, "Ahh aku pilih dia kerja dengan aku sebab dia rajin bukan sebab dia berpenampilan." Tapi cuba kalau orang tu selekeh, adakah dia masih nak ambil orang tu kerja? Tanda soal di situ.


Yee. Manusia memang akan menilai orang dengan first impression. Dan atas sebab itulah, first impression sangat sangat penting. 


No, bukan aku cakap pasal rupa. Tapi aku cakap pasal penampilan. Rupa dan penampilan adalah sesuatu yang sangat berbeza. Please take notes there people.


Dengan penampilan kita, orang boleh menilai kita. Even sometimes apa yang orang fikirkan tentang kita itu salah. Tapi bukan salah diorang sebab penampilan kita yang buat dia fikir kita begitu. 


Dan apa first impression orang terhadap aku? Yeah sebelum aku buat entry ni, aku dah pergi soal siasat dekat a few people tentang their first impression towards me. And here we go.






"First time aku tengok kau, aku fikir kau Cina."


Ramai sangat yang cakap aku macam Cina. Betul. Mungkin sebab mata aku kot. Yer, aku memang ada Chinese blood. Nenek aku Cina. But aku memang tak pandai cakap bahasa Cina, tak pandai tulis Bahasa Cina. Satu benda pun aku tak tahu. Tapi Alhamdulillah, selama aku hidup ni tak ada pulak orang Cina yang datang dekat aku sambil cakap bahasa Cina. Alhamdulillah lah. Kalau tidak, aku pun tak tahu nak bereaksi macammana. Hihi. Mungkin aku akan blah jee tanpa cakap apa-apa. Mungkin?


"Aku fikir kau sombong woo."


Sombong? Aku sombong ke? Aku tak rasa aku sombong. Okay guys. Di sini aku nak mengaku, aku memang susah sikit nak rapat dengan someone yang aku langsung tak kenal. Aku bukan macam certain people yang jumpa orang yang dia langsung tak kenal pun dah siap boleh tepuk tampar. Tak. Aku tak macamtu. Tapi aku pun tak sombong. Cuma kau orang add aku dekat facebook, aku approve. Cuba kau orang tegur aku dekat facebook, aku balas. Cuba kau orang tegur aku in real life, aku balas. Cuba kau orang call aku, aku jawab. Cuba kau orang text aku, aku reply. So tang mana yang aku sombong tu? 


"Budak ni tak penat ke bercakap, talkative gila!"


Iya terima kasih. Jadi kalau aku talkative, macammana aku boleh masuk kategori sombong? Tu lah orang cakap, lain orang lain cara penilaiannya. Yer, aku mengaku. Memang aku jenis yang talkative. Sangat sangat suka bercakap. Lagi-lagi bila ada people yang satu kepala dengan aku. Memang bising lah kan. Tapi ikut time lah bro. Takkan waktu orang menangis tersedu-sedan aku cakap banyak pulak kan? Atau waktu orang tengah mengamuk sakan. Tu memang cari nahas lah.


"Dulu aku fikir kau ni tomboy. Rock semacam aku tengok."


Statement tu memang buat aku nak tergelak terguling-guling dekat atas katil sambil tekan perut. Kelakar sangat. Aku tomboy? Ye ke? Mungkin lah. Sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang penuh dengan lelaki. Macam banyak sangat je kan. Padahal aku ada sorang abang dan sorang adik laki je. Tapi mungkin sebab tu orang cakap aku tomboy. Sebab persekitaran aku. Tapi kan. Nak tahu satu kisah?


Dulu waktu aku form one. Ada orang panggil aku Tomboy. Betul. Entah sebab apa tah. Tapi sekarang ni aku dah tak berkawan dengan budak tu lagi. Tak, bukan bergaduh atau apa. Tapi friendship tu tiba-tiba hilang macamtu jee. Sebab lain kelas kot dan salah sorang dari kitorang tak ambil apa-apa langkah untuk kekalkan friendship tu. Jadi ia semakin pudar sehinggalah sekarang. Langsung tak bertegur sapa. Bunyi macam bergaduh tetapi sebenarnya tidak. Biasalah things change time by time. Begitu jugak dengan friendship.


Berbalik kepada topik asal, aku tak tomboy kayh. Aku perempuan biasa-biasa jee. Yang bila gembira asyik tersenyum. Yang bila sedih asyik berdiam diri. Yang bila marah akan luahkan. Adee faham? 


"Dulu before aku kenal kau, aku fikir kau ni gedik."


Gedik? Maksud gedik begitu meluas. Betul, banyak makna. Dan aku rasa aku tahu tang mana yang orang kata aku gedik. Mungkin sebab aku ni terlalu hyperactive. Sometimes. Dan mungkin kerana tu, orang cakap aku gedik. Sometimes aku akan buat apa sahaja tanpa berfikir. Dan kadang-kadang benda apa sahaja tu menyakitkan hati orang dan seterusnya membuatkan orang berfikiran yang aku seorang yang gedik. Yer. Aku faham. By the way, semua perempuan ada kegedikan masing-masing. Eh even tomboy pun gedik tau. Cuma bergantung pada orang untuk lihat sisi gedik itu. And by the way, gedik is not too bad. Depends.


"Eh aku fikir kau tak makan dekat kedai-kedai mamak macamni."


Hel-lo? Siapa yang tak pernah makan dekat kedai mamak memang rugi woh. Kedai mamak adalah port yang paling best untuk lepak-lepak sambil menikmati roti canai dengan milo ais bersama suasana yang bising. Betul. Aku tak tipu. Aku bukan jenis orang yang sangat sangat mengada sehinggakan makan dekat kedai mamak pun tak nak. Eh sometimes makan dekat hotel pun takde lah sedap mana. Kena jaga penampilan lagi. Tapi kalau makan dekat kedai mamak, pakai kain pelekat dengan Singlet Pagoda pun orang tak heran. Lelaki lah. Kalau perempuan yerr memang orang pandang lain. 




Tu je yang aku tahu buat masa sekarang. Ada lagi yang nak tambah tentang first impression korang dekat aku? Okay tinggalkan komen. Challos ♥