03 December 2011

Pembongkaran Rahsia Mira. Jeng Jeng Jeng.

Saspen tak tajuk? Hihi.


Seperti yang dikatakan dalam entry yang lepas lepas, aku ada satu rahsia yang hanya akan dibongkarkan pada bulan 12 A.K.A December yakni bulan  ini. Eceh power jugak aku guna kata hubung. Okay berbalik kepada rahsia itu, aku rasa ramai yang dah tahu tentang rahsia tu. Korang ni memang tak sabar. Belum bulan 12 dah sibuk nak bongkar rahsia aku. Benci tau. 


Okay, apakah rahsia itu? Mari saya tunjukkan clue.



Dapat teka? 

Apa? Tak Dapat? Awat hang ni lambat pick up sangat. Okay Clue kedua aku bagi. 


Dah dapat teka belum? Tak dapat lagi? Hadoi. Kay cuba tengok baju. 

Masih tak dapat? Ni clue yang ketiga. 


Tengok bekas minuman yang Wanie pegang tu. 

Masih tak jelas clue aku? Okay ni Clue yang terakhirrr. Sedia? Okay Jeng Jeng Jeng.


Dah jelas? Yay, awak pandai. Hihi.

Aku start kerja pada 1.11.2011. Tarikh sedap? Memang pun. Kenapa aku nak kerja? Good question. Aku kerja sebenarnya bukanlah serius sangat. Aku cuma nak cari pengalaman. Nak belajar sesuatu yang baru. Di samping ingin menambah duit poket. 

Itu jee. Okay, siapa yang pernah nampak aku dekat sana? Terima kasihlah sebab tegur aku. Senyum dekat aku. Tapi maaflah, aku sebenarnya tak suka heboh heboh. Bukan sebab aku malu atau apa. Buat apa nak malu kan? Kerja halal kot. Tapi sebab aku benci asyik dengar ayat yang sama je. Ayat apa? Aku rasa hang pun boleh fikir kot. Ayat yang macamni.

"Nanti aku datang, boleh lah bagi diskaun."

"Nanti aku datang, kau bagi ayam free ek."

"Gaji nanti, belanja aku tau!"

Ayat yang sama jee. Benci pulak aku nak dengar. Hihi. Tapi sekarang ni aku bagitahu dekat semua. Supaya tak ada yang kecil hati nanti. Memandangkan rakan-rakan aku pun banyak yang duduk asrama sehingga kadang-kadang aku tak contact, jadi aku tulis entry ni. Supaya diorang tahu. Nanti tak adalah bila diorang tahu dari mulut orang lain, diorang marah marah aku sebab tak bagitahu diorang. Sebab sekarang ni aku bagitahu kau orang. Ingat tu budak asrama. 

Okay, apa peranan aku dekat tempat kerja aku? Waktu aku mula-mula masuk, aku jadi CSC. Customer Service ..... Entah aku pun tak tahu apa maksud C yang lagi satu tu. Kerja senang je. Kemas meja, basuh pinggan, menyapu, mop. Itu je. Tak ada lah letih bebenor. Cuma bila hari minggu tuu, sedikit tension sebab pelanggan ada yang kadang-kadang tak sabar. Ye lah, CSC tiga empat orang jee, manalah boleh kemas semua sekali dalam masa yang sama. Pelanggan tu pulak tak reti bahasa. Sabar je lah dulu kan? Fikir kita ni robot ke hape?

Lepastu beberapa hari kemudian, aku jadi ass cashier pulak. Tolong buat order tu. Yang ni pun tak berapa ahh penat dia. Sebab just tolong-tolong jee. 

Kemudian, aku jadi cashier. Haaaaaaaaa ni paling ponat. Bila duit short, aku kena ganti. Rasanya aku dah short kan lebih RM 20 kot. Sakit hati. Tapi tak apalah, pengalaman lagi penting kan. Tapi waktu duit tu short memang aku rasa sakit hati kot. Siapa tak sakit hati kan? Hihi. 

Waktu jadi cashier ni macam-macam orang aku dah jumpa. Macam-macam ragam aku dah tengok. Yang baik, okay. Aku suka. Yang tak ada adab tu, meluat pulak aku tengok. Nak dengar cerita kisah benar pelanggan aku? Okay. Ni aku kongsi sikit orang tak ada adab punya style.

KISAH 1

Ada sorang makcik ni. Dia taklah tua sangat dan taklah muda sangat. Mungkin akhir 20-an kot atau awal 30-an. Perghh, bapak bajet weii. Dia kata nak check point guna kredit kad. Okay, fine. Aku ni dahlah budak baru, lagi kau nak cakap banyak. Manalah aku tahu hal kad kredit semua. Lepastu dia cakap dekat anak dia macamni.

"Dahlah dik, jom balik. Akak ni bukannya reti nak buat pun."

Dengan suara dia yang sinis siap nak jeling jeling aku lagi. Memang tak lah, mak cik. Sumpah berlagak gilaa. Bukannya mahal sangat pon makan KFC, itu pun nak guna kad kredit ke? Tak faham aku.

KISAH 2

Ada couple ni. Kay mula-mula dia order tu aku fikir dia ni okay lah. Sekali tu, aku silap buat. Dia nak bungkus, aku pergi buat makan sini. Lepastu si perempuan tu dengan gediknya nak marah-marah aku. Nak buat muka segala bagai. Macamlah lawa sangat. Meluat aku. BF dia okay je. Tak kisah pun, dia pulak yang nak lebih-lebih. Bukan dia pun yang bayar. Boyfriend dia yang bayar. Lepastu nak menggedik lebih lebih. Serious, menyampah gila tengok muka perempuan tu. Make up dahlah tebal. Lagi nak menggelabah? Rasa macam nak maki pun ada. Tapi sabar, customer is always right. Haktuii.

KISAH 3

Ni kes waktu last day aku. Last day kot. Ada satu keluarga ni, datang makan dekat KFC. Dahlah datang lewat malam. Kitorang nak closing kot. Ayam pun dah tak masak dah sebab nak habiskan apa yang ada jee. Lepastu lagi dia order belambak ayam. Jadi kitorang pun masak lah. 

Bapak menggelabah wei suami dia tu. Dahlah botak. Ehh? Maaf orang-orang botak sekalian. Tak ada wei, kita dahlah nak closing, lepastu boleh pulak bila dah sampai ayam, diorang nak memekak. Cakap nak dada dengan kaki je. Kaki? Kau memang nak kena kaki lah! Orang tak panggil bahagian tu kaki. Orang panggil peha. Ini kaki? Bodoh punya orang. 

Dia dah pegang-pegang ayam tu dengan tangan dia yang kotor tu, lepastu mintak tukar. Kurang ajar ke tak tu? Benci aku tengok. Last last dia mintak duit balik. Apa lancau sangat perangai dia pun aku tak tahu. Sumpah meluat nak mampos aku tengok. Benci gilaa kot.

Okay cukup story pasal customer. Kalau nak cerita lagi, banyak lagi. Macam-macam ragam aku jumpa. Macam-macam perangai. Bak kata sorang budak ni, dekat sini kita boleh tengok macam-macam ragam. 

Tolonglah, kalau kau pergi tak payah nak banyak songeh. Aku paling pantang bila aku dah letak ayam dalam pinggan atau bekas, baru orang tu cakap dia nak bahagian yang lain. Dan aku paling benci orang yang kuat request drumstick ni. Tak adalah, kalau ada budak-budak aku faham. Ye lah, budak-budak memang suka makan drumstick. Tapi kalau orang besar tu apa kes? Nak berlagak comel makan drumstick? Tolonglah. Meluat aku.

Okay Okay. Aku dah berhenti dah kerja. Sebulan je aku kerja. Sekarang ni tengah tunggu duit gaji den masuk. Maybe lima haribulan nanti kot. Cepatlah masuk wahai duit. Tak sabar aku nak guna duit hasil titik peluh aku tu. Wow, berlagak gila. Nanti dapat duit, aku nak beli tu aku nak beli ni. Ceh, entah berapa gaji aku pun aku tak tahu. Ye lah, dia kira ikut hours. Jadi mana aku tahu kan. So tunggu. Jeng Jeng Jeng...

Okaylah, banyak betul kau menulis ni. Sakit pulak jari aku dok asyik menekan-nekan huruf-huruf dekat keyboard ni. Jadi aku rasa aku nak stop dekat sini dulu kot. Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen. Aku pasti akan jawab. Tapi aku rasa aku dah bongkarkan rahsia aku dengan cukup jelas. Rahsia yang tak berapa nak rahsia. Haha. 

Kay Challos.






2 comments:

Anonymous said...

Yg botak tu mmg mlmpau. Len kli bg pnmpar je org cmtuh.

Unknown said...

Betul Betul Betul