29 May 2012

Purpelish


Apa hal dengan minah purple dekat atas ni? Dengan tudung cacat. Dengan jari tembam. 

Oh hello semua. Yeay! Cuti. Walaupun cuti aku ada class tambahan. Tiga hari. Tapi yang aku mampu hadir sehari je. Yang lain tu kenapa tak mampu hadir? Good question. Bila aku update entry baru nanti, kau orang akan tahu kenapa aku tak mampu hadir. Bukan sebab aku malas k.




Cuti ni kau orang semua plan nak pergi mana? Say what? London? Perghhhh. Untung ler. Gua tak mampu nak pergi London tu. Lagipun passport gua dah mati. Haha. 

Lu orang tahu tak? Gua sekarang dah gian main game X-Box. Ayok tak tayok! Sapa nak tanggung? 

Setiap hari mesti gua nak main je game tu. Macam kau addict dekat twitter, macamtu la. Lepastu main bukannya sekejap. Berjam-jam. Sampai orang marah sebab tak boleh tengok tv. Haha gua demand. Gua main X-Box guna TV depan sebab TV tu besar. Gua tak main ah tv dekat bilik game ni. Haha demand woi. 


Haha. Rasa pelik dan kelakar pulak guna 'gua' 'lu'. Aku acah je guna. Ganas tak? Haaa aku memang ganas. Nama pun SuperMiera. Kerja selamatkan orang tu memang aku nombor satu. Tapi hidup sendiri tak selamat. Acano tu?

Haha okay dah. Sebelum aku merapu meraban. Lebih baik aku chow dulu. Kaghang ada orang tekan butang unfollow aku puleks. Hehe. Babai everibody! 


26 May 2012

Kosong...

\

Korang tahu apa perasaan aku sekarang? Apa aku rasa lepas exam? Aku rasa kosong. Aku rasa blank. Totally blank. Rasa macam aku ni blur tahap gaban. Sebab... Sebab.. SPM dah nak dekat woi. Thinking of it, make me shivering. Haih. Tapi in the same time aku rasa sangat tak sabar nak jawab paper SPM walau diri ini belum lagi bersedia. 

Three weeks of exam really make me lifeless. Lifeless gila. Lagi-lagi time sehari before exam Chem, sehari sebelum exam Bio, sehari sebelum exam Addmaths. Oh sehari sebelum Physics aku boleh tertidur dengan buku atas kepala dan badan atas lantai. Perghh menyesal gila sebab tertidur tu. 


Tapii yang berlalu biarkan berlalu. Yang sekarang kita kena usaha. Seriously aku ni memang jenis last minute punya orang. Semua benda aku buat last minute. Aku bukan macam perempuan lain. Kalau perempuan lain, sehari sebelum nak keluar jalan-jalan dah siapkan baju apa nak pakai esoknya. Tapi aku... Time nak keluar, time tu lah baru nak gosok baju, baru nak gosok tudung, baru nak cari kasut... Eh, apa kena mengena? 

Pointnya, aku ni memang suka buat last minute. Esok nak exam, harini baru study. Esok nak sekolah, harini baru buat homework. 



Tapi aku, walaupun pendek orangnya punya cita-cita yang tinggi. Sangat tinggi. Sehingga kadang-kala tak masuk akal. Aku bercita-cita nak score SPM. Nak dapat biasiswa penuh. Nak study oversea. Tapi... kalau aku teruskan sikap aku yang last minute, apa aku mampu untuk gapai cita-cita aku tu? Ya, disiplin ialah perkara penting untuk berjaya. 

Yes. I need to change....

19 May 2012

Kenangan Lama

Aku godek godek gambar lama dalam pendrive aku. Dan tetiba aku TERtulis entry ni. Faham tak TER tu? Hehe. 

Aku jadi rindu dekat semua benda ni haaaaa. What should I do? K tengok gambar.

ZAMAN FORM ONE


Time birthday aku. Ahhhhhhhhh rindunya dekat semua orang. Dulu ke mana-mana, kitorang selalu bersama. Tapi sekarang? Sorang ke hulu sorang ke hilir. Takpe, aku faham. Masa mengubah kita.



Budak dalam gambar ni dah standard one dah tahun ni. Dulu dia memang suka bergambar. Sekarang pun. Haha.


Kau HeNgAt KaU ChAnTeK? Hahahahahahahahaha.


FORM TWO


Rindu jugak time ni. Time bukak puasa. Plan ramai tapi yang dapek datang empat oghang je. Ingat lagi time ni aku jemput Beela dekat rumah dia dalam hujan lebat. Kwang Kwang Kwang....


ARGHH tengok dulu aku kurus. Mengapakah sekarang sudah berisi? 


K no comment/


Kenal dia since aku standard one. Rindu kau, doh. Rindu sesangat.

FORM THREE


Time ni aku sauk tudung mak aku dekat kereta semata-mata nak ambik gambar. Ya, time ni aku masih freehair. 


Time lepas jawab PMR. Semua muka asal boleh nak happy. ARGHH rindu.


Time ni nak hantar adik aku pergi Sekolah Pondok for a month. Dan sejujurnya aku langsung tak ada basic nak pakai selendang time ni. Aku main belit-belit je. Sebab tu jadi macamtu.

FORM FOUR


Time ni baru masuk sekolah. Budak budak yang masuk SBP intake satu baru nak blah. That's why aku muka boring baring cam gitu.


Ni time amik hadiah sebab dapat Straight A's for PMR. Hadiah dari UMNO. Rindunya. Boleh tak SPM nanti pun dapat lagi hadiah dari UMNO?


Pelajar A lurus untuk PMR batch 95.


Four A One gals. I miss you all. Seriously.

FORM FIVE


Yeay! Saya jadi pengawas. Sebenarnya form four lagi tapi maaf, tak jumpa gambar form four pakai blazer.


Time ni baru-baru memakai tudung. Baru belajar pakai selendang ikut youtube. Haaaaa kuno kan ikut youtube. Puih. Peduli apa. 


Kita couplee. Eh silap. Haha. Ni adik aku. Bukan couple aku. Aku bukan SUMBANG MAHRAM lah woi.


Latest picture. Yeaaaaaaaa. Muka saya dah bertambah tembam. Cuba tengok gambar time form one dengan ni. Jauh beza. Tapi waktu form one, aku banyak jerawat. Sekarang dah kurang. Ada sikit je kecik-kecik. Alhamdulillah.

K dah. Itu jeeee yang aku jumpa. Memang kurang kan gambar. Sebabnya, dulu aku freehair. Jadi mana ada gambar yang aku pakai tudung sangat. Yang ada pon time dekat sekolah. Betul dak? 

Okay peps. Selamat mengenang kisah lama anda pula! Babai.






17 May 2012

Sekolah rendah Versus Sekolah menengah

Waktu aku sekolah rendah dulu, seminggu sebelum 16 Mei, aku dah ajak mak aku pergi kedai. Tujuan, nak beli hadiah. Walaupun just pergi kedai Dua Ringgit sebab biasalah, budak sekolah rendah mana de pandai beli barang-barang mahal. Dulu lah. Sekarang ni budak sekolah rendah pakai beg harga dua tiga ratus pon dah tak heran.


Lepas dah pergi kodai dua Ringgit tu, heboh suruh mak balutkan. Selalunya aku suka beli barang hiasan. Macam, jam pasir yang warna-warni tu. Lepastu tempat letak pen. Benda-benda macamtu ah. Ataupun botol yang ada cili hiasan tu. Dulu famous sangat hiasan tu. Pergi rumah orang, selalu nampak. Padahal dua ringgit je harga hiasan tu. 


Then bila tiba 16 Mei, bawa hadiah pergi sekolah. Simpan dalam beg elok-elok. Lepas dah habis persembahan semua, pergi dekat cikgu then bagi hadiah. Hadiah tu bukannya satu. Semua cikgu yang ajar aku dapat satu. Ala, sekolah rendah ada berapa subjek je? Katakanlah ada 8 subjek termasuk PJ, Muzik, Seni. 8 kali 2 baru 16 ringgit. 16 Ringgit jika nak dibandingkan dengan titik peluh cikgu ajar kita, berapalah sangat. Tak dapat dibandingkan.


Tapi itu kisah dulu. Kisah waktu aku dekat sekolah rendah. Zaman suka bagi hadiah.


Sekarang ni dah masuk sekolah menengah, nak beli hadiah pon haram. Apa kes? Nak wish selamat hari guru pun, susah. Buat sambutan dekat sekolah, datang cuma nak tengok persembahan. Apa kes? 


Tak boleh aaa macamtu. Kita kena ah celebrate Hari Guru. Beri penghargaan kepada guru-guru. Tapi sekarang ni time hari Guru ah nak adakan exam. Mana ah pelajar nak ingat haritu hari guru sebab semua sibuk pasal exam. Kan?


So moral of the value, jadi lah cikgu sekolah rendah sebab nanti setiap kali 16 Mei, hadiah korang pasti bertimbun-timbun. Haha. Gurau.


Aku pon nak ambil kesempatan ni, nak wish selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di dunia ni! Terima kasih sebab sudi mengajar kitorang. Terima kasih sebab sabar dengan perangai kitorang. Terima kasih sebab tak pernah lelah menasihati kitorang. Terima kasih atas segala-galanya. 



11 May 2012

Bila aku sudah tiada



Di matamu, adakah aku berharga?
Adakah aku bernilai?
Siapa aku untukmu?
Adakah aku orang penting dalam hidup kau?
Ataupun aku hanya sekadar watak picisan yang hanya sekejap sahaja ada untuk kau?
Atau aku ini langsung tak memberi erti untuk kau?

Pernah engkau tanya soalan begitu dekat orang yang kau anggap dia kawan baik kau?
Pernah engkau tanya orang yang kau anggap dia bff kau sama ada dia pun anggap kau bff dia?
Pernah engkau tanya tak?
Atau engkau sekadar syok sendiri?

Tepuk dada, tanya hati. 
K bye.

05 May 2012

SuperAyah




Ayah. Bapa. Abi. Papa. Baba. Daddy. Dad. 


Semua tu membawa maksud yang sama. Membawa satu erti. Tapi saya prefer ayah. Sebab tu lah saya panggil ayah. 


Tanpa seorang ayah siapalah kita semua. Sebab tanpa ayah, kita semua takkan ada dekat bumi ni. Betul dak? 



Ya. Lelaki di atas itulah superhero aku. Kalau aku supermiera, dialah superayah. Dia lah yang memberi super dia kepada aku. Manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Betul dak? 

Ayah aku sumber inspirasi aku. Aku nak jadi macam ayah aku. Aku nak study luar negara macam ayah aku. Aku nak jadi engineer macam ayah aku. Aku nak jadi kuat macam ayah aku. 

Memang manusia tak perfect. Sama juga dengan ayah aku. Ya, ayah aku banyak kurangnya tapi bagi aku, ayah aku tetap hebat. Tetap super. Tetap terbaik. 

Ayah, happy birthday! Moga panjang umur. Murah rezeki. Banyak senyum. I love you. 



K tadi celebrate birthday ayah aku secara kecil-kecilan. Dengan family kembangan. Makan pizza ramai-ramai. 


Foodssssssssssssss! Banyak woi. Habis diet aku selama ni. Haih. Aku makan nugget banyak. Mentang-mentang sendiri yang goreng. Haha. Dan of course aku makan pizza. Dua keping wok. Nak rasa setiap perasa. Haha. Tembikai pon. Meehon je tak makan lagi. Malam kang kot. Hahahahahaaha gemoks.


Budak comel. Hahahaha. 


Macam gangsterz. Haha. Gangster buncit. 


Muka nampak baik. Dress up  nampak nerd. Tapi, nakal habisss. Hyper woi.

K tak banyak gambar sangat sebab aku kena pilih gambar yang proper jeeeee. Oh aku sengaja je edit gambar-gambar semua sebab bosan lah. Jadi aku edit ahhh. Depa semua tengok bola kat depan tu. Tu yang aku buang masa pergi edit gambar. (bukan reti nak study) 

Jap nak letak gambar last. Gambar bawah ni aku tujukan untuk Fadzleen. Fadzleen, thank you bebeh! Love you. 


K babai evaribodi!