23 November 2014
Masa
Begitu cepat masa berlalu....
Tanpa aku sendiri sedar.
Dah 2 minggu aku tak balik rumah.
Dah sebulan aku tak update blog.
Dah 3 bulan aku bergelar pelajar UPM.
Dah 6 bulan aku tinggalkan kehidupan aku di matrikulasi.
Dah hampir 2 tahun aku tinggalkan alam persekolahan.
Kadang-kadang aku sendiri masih tergapai-gapai untuk mengejar masa. Berapa banyak kali aku laung supaya masa tunggu aku tapi tak dihiraukan. Sebab apa?
Sebab itulah kehidupan. Kita yang kejar masa. Masa takkan sesekali menunggu kita.
21 October 2014
Life di UPM
Assalamualaikum semua... Pejam celik pejam celik dah nak masuk 2 bulan aku belajar dekat UPM. Terasa cepat je masa berlalu. Sekarang ni aku tengah cuti midsem. Halfway dah. Memang cepat gila....
Harini aku nak cerita pasal life aku dekat UPM.
For those yang tertanya, aku stay dekat Kolej Kelima atau nama glamournya K Five. Dan aku ambil kos BSK Major Kimia.
Kolej aku tak jauh sangat dari fakulti, dekat dengan bus stop & food court. Kiranya K5 one of tempat yang strategik. Kalau nak jalan kaki pergi fakulti pun boleh, nak naik bas pun boleh. Tapi berpeluh gak la ketiak kalau jalan kaki pergi fakulti. Haha.
Dan aku semestinya menggunakan facility bus dengan sebaik mungkin. So far tak pernah lagi jalan kaki pergi class. Balik pernah lah sekali. Tu pun sebab fed up tunggu bas lambat gila.Haha pemalas? Yep I am.
Gambar kat atas ni, dia rumet aku. Memula masa daftar, aku dapat bilik sementara memandangkan bilik original aku berdekatan dengan tandas yang sedang dalam renovation. Aku tinggal sensorang je sobs sobs. Pastu dalam minggu orintasi tu jugak, aku diberitahu kena pindah bilik memandangkan ramai yang pindah KOSAS. Jadi malam tu jugak aku kena pindah. Aku pun pindah lah. Yeay ada rumet. Hehe. Oh kat sini satu bilik 2 orang jer.
Class aku pack sem ni. Seriously. Sebab course aku ni kira tough gak la walaupun tak se tough medic. Lab je sem ni aku ada 3. Satu lab 3 jam. Seminggu dah berapa jam? Do your maths peps. Tak masuk lagi kuliah. Sem ni aku ambil subjek ni:-
(1) Physical & Inorganic Chemistry
(2) Organic Chemistry
(3) Physics
(4) Calculus
(5) Tiitas
(6) Cel
(7) Lax
Jadi jika ada sebarang pertanyaan tentang UPM, bolehlah komen. InsyaAllah aku reply. Okay byeeeee
02 October 2014
Hai
Life kat sini busy sangat. Lagi busy dari kat matrik dulu. Sebab sini kena divide masa untuk aktiviti universiti, aktiviti kolej, aktiviti fakulti. So kindda busy. Pastu subjek yang aku amik sem ni agak berat lah.
Internet kat sini laju tapi susah nak connect like seriously. Kalau kau nasib baik je dapat connect kalau tidak, kirim salam je lah.
Laju dia kau tengok video kat youtube tanpa buffering. Laju kan.
Okaylah. Ni short entry jer. Esok dah nak balik dah yippeeeeeeeeeeee bye
28 August 2014
Buku kesukaan
Jadi aku memang takde smartphone dulu.
Jadi memang banyak gila masa terluang. Masa terluang tu selalu aku isikan dengan baca novel. Memang hobi aku dulu baca novel. Berlambak novel aku beli. Tak cukup dengan beli, pinjam pulak dengan kawan. Sekarang pun aku masih suka baca novel tapi jarang lah. Sebab takde masa kononnya. Hehe.
Okay jadi entry kali ni, aku nak share a few books yang aku suka baca. Start dari buku yang terbaru aku baca.
(1) Don't like that la bro
The first half comic book that I bought. Memula aku beli yang first book (kaler merah tu) sebab nak habiskan baucer buku jer. Lepastu terperap dalam box buku berbulan-bulan. Pastu tetiba hati macam tergerak pulak nak baca. Sekali best pulak buku ni. A few weeks later, aku dapat tahu, writter ni baru lancarkan buku kedua. Terus aku pergi beli. Haha. Writter ni actually buat webcomic dulu. Ce tengok blog dia. Aku dah jadi fans dia sekarang ni Hahaha.
Buku ni based on life dia dengan kengkawan dia. Kalau pompuan, kawan baik kita panggil bff kan. Lelaki tak macho aaa panggil bestfriend bff, jadi diorang panggil bros. Kelakar cerita dia. Yang back to school tu, Jamus comel gilaa plus innocent gila.
Rate aku untuk first book, 4.7/5.
Untuk second book, 5/5.
(2) Kuli Rumah Untuk Dia
Novel ni pun mengalami perkara yang sama seperti buku no 1 tu. Duk terperap dalam box. Just recently, baca. Dan best pulak. Pun sama beli dengan baucer buku. Pastu aku rasa cam malas nak baca sebab tajuk dia macam bosan.
Bila baca, eh best pula. So don't judge the book by its tittle gittuw.
Novel ni pasal Minn Alia, orang kaya yang spoil (jauh tersasar dari agama) jadi maid kepada Shak (lelaki yang alim). Minn Alia ni pandai sebenarnya tapi dia sengal malas nak kerja guna otak jadi dia jadi maid. Dia kan spoil brat jadi memang dia langsung tak tahu buat kerja rumah. Shak tu entah kenapa dia tetiba suka pula dekat maid dia yang tak macam maid (dari segi kerjanya). Ikan bawal pun jadi ikan dudu. Novel ni ada unsur Islamik sikit bila Minn Alia nak berubah. Bila Minn Alia rasa diri dia dah tersasar jauh dan cuba untuk menjadi lebih baik.
Rate aku untuk novel ni is 4.7/5.
(3) When I was a kid
Buku ni memang aku beli dua-dua sekaligus. Macam best jer aku tengok jadi aku pun beli lah. And YES I AM RIGHT. Memang best dan memang berbaloi. Cara dia buat buku ni macam comot-comot je but itulah yang jadikan buku ni moreeee interesting. Like doodles.
Buku ni dia ceritakan perkara-perkara yang writter buat waktu dia kecik-kecik dulu. Banyaklah juga benda yang dia buat tu aku pernah buat. It is so funny and mengimbau balik kenangan dulu-dulu. Lepas baca buku ni, I hope I am stil a kid. Hahaha.
Rate buku ni 4.8/5
(4) Gantung
Sekarang kan zaman buku fixi. Jadi aku pun beli. No, ini bukan buku fixi pertama yang aku beli. Sebelum ni, aku ada beli. Tapi aku cam tak berminat sangat. Jadi lepastu aku tak beli dah. Sampailah Wanie tunjuk buku ni. Dia kata macam best je. Aku baca sinopsis. Oh haah macam best sebab kisah budak sekolah. So I bought that book.
Buku ni kisah 4 lelaki yang berkawan rapat. Semua benda diorang share bersama termasuklah PEREMPUAN. Sampailah Gibbs ni suka dekat Fara. Tapi Deepa(roommate Fara) suka dekat Gibbs. Start dari situ lah konflik berlaku. Buku ni macam main dengan fikiran kita sikit. Memang tak sangka ending dia macamtu.
Tapi aku tak syor kan buku ni dekat dak-dak sekolah(terutama form 3 dan ke bawah) sebab tak sesuai kot. Sapa yang dah baca buku ni, dia akan faham kenapa aku cakap macamtu. Dik tunggu dah besar sikit baru baca ya?
Rate aku untuk buku ni 4.8/5.
(5) How To Fall In Love
Buku ni pun bestttttttttttttttt. Dah lama gila beli novel ni. Zaman sekolah lagi. Sekarang dah jadi drama dah kan. Cara penulis ni tulis memang sempoi habis. Aku suka cerita sempoi sempoi ni.
Buku ni kisah Aryana yang jadi setiausaha Ilham. Ilham ni kaki perempuan. Aryana selalu jadi mangsa ex ex Ilham. Tanpa Aryana sedar, dia dah jatuh cinta dengan boss dia. Tapi waktu tu boss dia tengah angau dengan sorang perempuan ni. Jadi Aryana pendam je la perasaan dia. Sampailah.... (Baca sendiri kalau nak tau)
Rate aku 4.9/5.
(9) 143
01 August 2014
Street Art Penang
Aku pergi Street Art ni zaman aku kat matrik dulu. Tujuannya, nak buat siapkan assignment science comp kena buat video. Pastu datang la idea, jom buat video kat Street Art, lawa sikit pemandangan sambil tu boleh buat kenangan. And then here we goooo... To the Street Art we goooooo
Aku pergi 4 orang. Dari matrik ke jeti, kitorang naik teksi. Dari jeti kitorang naik ferri pergi pulau. Aku tak ingat la berapa Ringgit sebab dah lama kan haha. Pastu dari pulau tu, kitorang naik bas sampai sesat. Sebenarnya plan kitorang nak pergi Bukit Bendera but time tu diorang renovate jadi kecewa sat kitorang kat stesen bas.
Pastu tukar plan nak pergi rumah P. Ramlee. Naik la bas dengan yakinnya. Pastu boleh pulak kitorang sesat!! Huhuhu sedih tak journey kitorang? Nak pergi Bukit Bendera, tutup. Nak pergi rumah P. Ramlee, sesat. Jadi solutionnya? Pergi je lah Street Art yer.
Sampai kat situ, apa lagi, Kita fotogedik la apa lagi!!! Hahahahaha siap bawak prop you olls nak bergambar.
Oh, aku pergi dengan Ros yang berbaju merah hitam kotak-kotak kecik tu, Amimza yang pakai spek dengan tudung cekelat dia tu, Syazatul yang beg sama colour dengan baju tu. Oh aku yang pakai kemeja ada riben riben bajet comel tu.
Random pictures.
Gambar acah-acah candid. Aku kata, jom berlakon nak. Macam aku ngan Amimza berborak sakan, pastu kau Syazatul jadi lonely kat situ. Hahaha.
Gambar tepi tingkap pon jadi laaaaaaaaa ye dok
The last picture, perjalanan nak balik ke Jeti kembali.
Oh aku rasa journey aku ni, aku guna duit tak sampai RM 100 pun kot. Siap boleh beli jeruk dengan T-shirt lagi. Siap makan nasi beriyani ayam lagi kat Jalan India (kot tak ingat).
Ohhoi kengkawan ku, bila kita nak jumpa lagi ek? Meh le datang sini kita pergi Sunway Lagoon ke. Main theme park pulak. Hehehehehe. I miss this moment and I miss you guys!
Okaylah sampai di sini sahaja entry kali ini. Bye bye.
18 July 2014
MH17
#PrayForMH17
Al-Fatihah untuk semua yang terkorban.
Ahli keluarga, saudara mara, dan sesiapa yang rapat dengan mangsa, harap sersabar. Semua yang terjadi ada hikmahnya.
Yep kami semua mungkin tak rasa apa yang korang rasa sebab kami tak melaluinya.
Mungkin kesedihan yang kami semua rasa cuma lah 10% daripada kesedihan yang korang alami.
Tapi kami semua takkan berhenti berdoa supaya Allah menempatkan mangsa-mangsa di tempat orang yang baik-baik. In Shaa Allah everything happen for a reason.
Believe in Allah. Don't ever salahkan takdir. Percayalah Allah takkan menguji hamba-Nya dengan perkara yang hamba-Nya tidak mampu.
And for those yang buat rumours, buat joke bodoh about this thing, stop it. Ini bukan perkara main-main. Ini melibatkan nyawa orang.
And please please please please jangan salahkan PM, jangan salahkan MAS, jangan salahkan government, jangan salahkan krew MAS, jangan salahkan sesiapa.
Keadilan akan datang juga nanti. Allah itu Maha Adil.
For this time being, marilah kita semua bersatu dan keep praying for MH17.
15 July 2014
Double Standard
12 July 2014
Puasa
03 July 2014
Siblings
19 June 2014
English Drama Yang Aku Suka
Duk rumah ni macam biasalah, banyak benda aku buat. Banyak benda aku belajar. Dan yang pastinya banyak cerita aku tengok. Hehehe. Sekarang ni aku tak tengok sangat cerita Korea sebab hmm storyline dia kebanyakannya sama je, bosan pulak. Sekarang ni aku layan drama omputeh.
Jom tengok drama apa aku layan....
1) CSI NY
Dalam banyak-banyak drama CSI, aku paling suka series yang ni. Maybe sebab leader dia yang paling hensem kot berbanding CSI yang lain (Hahaha perempuan sangat u olls). Time aku tengok ni, ada la sikit terlintas kat hati aku nak jadi CSI jugak. Hahaha pengaruh kuat okay.
2) How I Met Your Mother
Sape yang layan drama omputeh, mesti layan drama ni. Best kot cerita ni. Walaupun aku taklah tengok pada season 1. Aku cuma tengok season 6, 7 and 8. Season 9 tak tengok lagi sebab time dia main kat tv, aku kat matrik. So sekarang ni aku tengah tunggu ulangan cite ni. Malas nak tengok online hehe. Tapi apa-apa pun drama ni memang best!
3) New Girl
Drama ni pun best jugak. Jess ni macam typical woman yang suka menggelabah. Kelakar cerita ni.
4) CSI Las Vegas
CSI ni pun best gak. Banyak sangat series. Sekarang kat tv tengah main Series 14. Baru episod 3 kot.
5) Dads
Funny!!!! Memula aku tengok sebab abang aku tengok. Pastu eh best pulak. Terus aku follow drama ni. Lawak dan Eli comel!!! Hahahaha.
6) Mixology
Cerita ni basically berlaku dalam satu malam je sebenarnya. (I guess so) Aku baru je start tengok drama ni sebab terjumpa siaran ni time tengah cari cerita apa yang best. So far so good la drama ni
7) Don't Trust The B in Apt 23
10) CSI Miami
Hehehehe best!!! Aku memang minat CSI so what??
Okay itu je yang dapat aku fikir. Banyak lagi sebenarnya tapi Ahh pening kepala. Hahaha. So far, the best show is CSI. Second best show How i met your mother. Third hmm dads kot.
So see you later readers!
Byeeeeeeeeeeeeeeeee