27 January 2012

Dramas.

Banyak sangat Drama dalam hidup kita kan. Dulu waktu aku kecik-kecik, aku tengok tv. Aku ingat semua tu cuma rekaan. Cuma imaginasi manusia. Benda yang tak logik dan impossible nak berlaku. Tapi bila aku dah besar ni haa, aku baru tahu benda tu actually berlaku. Walaupun nampak macam tipu but sebenarnya ianya terjadi. Huh? Apa aku merepek meraban ni?


Hidup ni pun macam drama dalam tv ah. Kena siksa, kena khianat, kena kahwin paksa, kena dera, kena buli, kena buang, kena jual. Eh kenapa semuanya negative side je? Oh ada juga positive side kay. Such as, finally they live happily ever after. Eh boleh pakai ke?


Ohh tujuan tulis entry ni sebenarnya nak bagitahu drama apa yang aku layan sekarang ni. Yang aku tunggu setiap hari atau setiap minggu untuk tengok cerita tu. Kita mula. Eceh.


1. Vanilla Coklat




Tak ke diorang tu comel gila? Muehehe. Seriously aku layan kot cerita ni. Aku tak tengok dekat tv tapi aku tengok dekat tonton.com. Memang best. Camne aku boleh terjebak tengok cerita ni? Sebab adalah satu hari tu aku tengah bosan tahap gaban. Jadi aku pergi dekat tonton.com. Aku cari drama best dan aku jumpa cerita ni. Tengok. Best pulak! Tu ah yang layan. Cerita ni macam funny funny sikit. Macam kena ah dengan jiwa aku. Har-Har. 


2. Swallow The Sun



At first, bila aku tengok iklan cerita ni, aku fikir cerita ni membosankan sebab dia berperang sana berperang sini. Then bila aku tengok, Ehhhhhhh best lah pulak. Terus aku layan. Dah lah Ji Sung berlakonnn. Handsome kot. Har-Har. Dulu dia berlakon dalam Protect The Boss, dia jadi macam lembik. Then dalam cerita ni dia jadi kuat, gagah perkasa pulak. Mula-mula macam pelik je tengok sebab dah biasa tengok dia jadi lembik. Har-Har. Lama-lama, Oh Myyyyy! Cair kot. Har-Har.

3. Running Man



Variety Show kegemaran aku. Har-Har. Cerita ni memang layan habis ahhhh. Lagi-lagi ada Jong Kook. Memangggggggggggg layan doe. Try tengok. 

4. Salaryman Cho Han Ji


Drama ni baru start hari rabu haritu. Memang syiok. Funny. Watak utama dia tak handsome sangat. Tapi watak lelaki yang no dua tu handsome. Yang nak balas dendam tu. Haa yang tu handsome. Cerita ni pon aku layannnzzz.

5. Raja Lawak 6


Aku layan jugak aaa raja lawak ni. Sebab apa? Sebab ada Jozan. Kay. Itu je. Har-Har. Peserta pulak aku sokong Shiro. Kot? Yang tu je yang aku kenal. Selalunya aku tengok setengah je lepastu aku dah selamat ke alam mimpi aku. Har-Har.


Kay itu je yang aku tengok kot. Har-Har. Aku tak banyak sangat layan tv sekarang ni disebabkan aku mula sedar diri aku nak SPM. Banyak cerita Korea je aku layan kan? Sebab apa? Sebab entahlah. Oh aku jarang layan cerita omputeh kalau ada episodes. Sebab malas aaaaaa. Aku layan movies je kalau cerita omputeh. 

Okay sebelum penutup, mari kita lihat gambar aku pakai selendang! Yeay! Selendang. Okay jangan gelak.



Ahhhh shattap you. Kay Challos :)






26 January 2012

Karate Doeeeeee


Maaf sebab baru harini sempat nak buat proper update sekali dengan gambar semua. Haisyh. Bukan apa, cuti ni aku langsung tak keluar pergi mana-mana. Jadi bila tak keluar, gambar pun Haremmm lah ada kan. Kenapa aku tak keluar? Good question bro. Mak aku sakit ahh. Baru elok hari rabu haritu. Baru hari Rabu lah aku keluar kan. 

Ohhh sekolah aku cuti seminggu. Yeay! Homework baru satu sentuh. Yeay lagi! Dan bab form four semua satu pun belum start lagi. Yeay lagi! Heh. Kenapalah dikau malas sangat wahai Mira? Sedar diri sikit boleh tak? Tahun ni nak SPM. This is SPM. This is your future kay. 

Tapi harini budak sekolah rendah sekolah. Gelak sikit dekat diorang. Har-Har. Kesian.

Petang tu aku pergi tengok budak darjah satu Karate-do. Haha. Sangat comel. Layan gambar sekejap. Tapi sorrylah kualiti tak elok bro. Aku zoom dari jauh jee. Guna phone lagi tu. Maap ya dong. Har-Har.


Semangat. 


Masih bersemangat.


Penat. Dahaga. Mengantuk. Zzz nak tidur.



Lepas geram sebab tak ada air. Menangis tak dapat air. Har-Har.


Dapat air. 


Logo tekak den. Barulah boleh semangat kembali! Hiyak.

Har-Har. Sebenarnya waktu tu dia dah menangis dah sebab lupa bawak air. Dahaga bonar. Kesian. Oh siapa budak dekat atas tu? Dia kazen aku. Nama dia Haiqal. Panggil Ah-Tai. Kenapa Ah-Tai? Jangan tanya aku sebab aku sendiri pun tak tahu. Har-Har.

Ohhh dia stay dekat rumah aku lepas balik sekolah sementara tunggu ayah dia jemput memandangkan rumah aku dekat gile dengan sekolah kan. Kiranya tambah sorang adik ah aku kan. Ready make lagi. Har-Har. 

Ohh sekolah rendah aku tuu dah lawa bebenor sekarang ni! Siap ada Wi-fi zone lagi. Untung ahh kan. Dulu time aku, tak ada apa sangat dekat sekolah tu. Iyalah sekolah baru kan. Waktu aku masuk standard two, sekolah tu baru bukak. Kiranya aku ni pelajar terawal sekolah laa. Har-Har. Sekarang ni, Fuyooooo lawa siut. Nak masuk sekolah rendah balik, boleh? Har-Har.


Muka minta penyepak? Har-Har. Okay. Cukuplah update untuk harini. Semoga anda terhibur. Aku akan buat next entry dalam masa yang terdekat. Esok atau lusa atau tulat. Iya. Aku tak tipu. Aku dah plan dalam kepala otak aku dah apa nak tulis untuk next entry. Ingat nak tulis lepas entry ni tapiiiiii nak tengok drama ah. Har-Har.

Kay Challos.

P/S : Ehh kepada adik Ah-Tai, Haziq. Selamat harilahir yang ke berapa ek? Har-Har. Semoga cepat tinggi dan gemuk. Dan semoga sihat selalu. Lots of love from me. Baiii.



22 January 2012

Yay. Belog saya dah transform!

Do you see it? Nampak tak wei? Kalau tak nampak, dasar kau orang semua buta. Ehhhhhhhh perubahan besar ni sedang berlaku. 


Yess! That's correct bebeh. 


Background belog aku dah tukarrr. Dan aku punya post ni telah ditukar ke belah kanan. Kanan kalau kau menghadap komputer lah. Kalau kau membelakangkan komputer, jadinya kiri. Har-Har-Har. Comel tak? To be honest, mula-mula aku nampak macam pelik jee blog aku. Tapi tak apalah, kadang-kadang kita tukar angin lah kan. 


Mana boleh aku je yang tukar penampilan. Belog pun nak jugak tukar penampilan. Har-Har.


Kay itu je pon nak update harini. Maaf tak ada gambar sebab aku tak keluar pergi mana-mana. Ohh my lidah sangat sakit. Susah aku nak makan. My God. 


Okayy Challos pepssssss :)

17 January 2012

Ini sebuah cerita

Cerita apa? Cerita cinta sampai meleleh air mata kee? Atau cerita komedi sampai pecah perut ketawa? Ataupunn cerita pengajaran yang buat kita insaf? 


Hmm. It's up to you lah nak kategorikan cerita aku ni sebagai cerita apa. I don't mind at all. Mungkin kau orang boleh kategorikan sebagai the worst story ever or the boring story ever. Label kan lah. I don't care. 



Cerita pertama. Teng Teng Teng.

First day datang bulan, biasalah aku haruslah kena period pain. Jadi waktu aku nak siap-siap pergi sekolah, it's a bit hurt. Sakit pinggang. Jadi aku pun tak siap properly. Mana yang aku ingat, aku capai. Mana yang aku sampai, aku ambil. Dan here I go. Pergi sekolah.

As you all know, aku pergi sekolah jalan kaki. Jadi aku jalan ahh dengan Nadiah. Then, dah sampai depan sekolah. Baru ingat, aku lupa bawa blazer. My God. Nasib baik ingat woo. Kalau tidak, memang parah aaa. Jadi aku dengan Nadiah pun berlari balik rumah ambil blazer yang tertinggal. Dengan sakit-sakit tu, berlari jugak. Budak-budak lelaki yang suka melepak sebelum masuk sekolah pun perli-perli aku, tapi peduli apa kan? 

Hehe. Sangat kelakar bila diingat kembali. Dah lah waktu tu memang dah lambat tau. Lagi bertambah lambat aa. Sampai sekolah cikgu dah berucap. Pengawas apakah ini? Achoii. Maaf, aku bukan sengaja memberii contoh yang tak baik. Cuma aku terlupa bawa blazer. Dan terpaksa patah balik. Everybody make mistakes right? And Nadiah, sorry sebab tak pasal-pasal Nadiah pun kena jogging pagi-pagi buta tuu. Haha. 



Cerita kedua. Jeng Jeng Jeng.

As you all know, aku ni baru mula bertudung kan? Jadi hal biasalah kepada sesiapa yang baru bertudung kan. Tudung tak betullah. Tudung tak nak ikut cakap lah. Tudung lembik sangat lah. Tudung itu lah. Tudung ini lah. Banyak sangat kerenahnya.

Aku pun tak terkecuali. Aku ni memang jarang ahh pakai tudung bawal kalau keluar. Serious. Aku cuma pakai tudung bawal kalau pergi sekolah jee. Sebab apa? Sebab tudung bawal ni sometimes kalau kita salah seterika, dia tak boleh bentukkan? Jadi haritu aku mula belajar pakai tudung bawal. Okay agak susah ahh. Hehe. 

Comot gila kot aku pakai first try. Memang sememeh je muka. Tapi bila dua tiga kali pakai bila keluar, aku rasa I'm okay with it. Dah rasa secocok. Tudung bawal tu dah bagi kerjasama dekat aku. Har-Har. Berlagak? Tak ado lah. Cuma bagitahu je. 


Cerita ketiga. Tra ta ta tangg tangg.

Hari Isnin memang hari memenatkan sedunia bagi aku ah. Serious aku cakap. Aku dah lah balik pukul 3.00. Actually pukul 3.20 petang tapi disebabkan ada program 1 M 1 S, kelas tambahan terpaksa dipendekkan 20 minit. Har-Har. Jadi balik pukul 3.00 lepastu terus pergi 1M 1S pukul 3.00. Nasib cikgu kasi budak form five lewat setengah jam. Jadi setengah jam tu kitorang solat. Tak sempat nak makan, pergi situ pulak. 

Pukul lima balik. Buat kerja sekolah. Hari Isnin selalunya banyak kerja sekolah kan? Jadi Kayyyy ambik kau buat hingga malam. Pukul 10 macamtu dah siap, tidur. My God. Monday is the lifeless day. Haha. 

Macam Isnin, eh maksud aku semalam. Lupa harini hari selasa. Haha. Macam semalam aku ada meeting pengawas, aku ada perjumpaan 1 M 1 S lagi. Bertindih masa tu. Tapi aku pergi meeting ah. Lagi penting kot? Memang semalam penat gilaaaa. Tu ah qada tidur petang tadi. Nasib tak banyak homework harini. Kalau tidak, pengsan edennnnn! 


Dah. Sampai tiga je lah cerita aku untuk harini. Aku pun dah tak ada idea nak tulis apa lagi. Mungkin lepasni aku tak update hingga cuti raya Cina nanti kay. Oh sekolah aku cuti seminggu! Happy nya aku. Boleh tidur lambat, bangun lambat, mandi lambat, dan apa-apa lah. Har-Har. Tak sabar nak cuti. Padahal baru masuk minggu ketiga sekolah kan. Nampak benar aku ni pemalas kan? Har-Har. Kay aku sedar tu. 

Okay aku nak buat kerja sikit nii. Goodbye peps. Kay Challos. 



14 January 2012

Per-Ha-Ti-An

Apa benda banyak sangat simbol (-) ni? Hehe. Sengaja jee. Tak moh marah aku. Tak moh menyampah dekat aku. Tak moh benci aku. Eceh.





Okay. Memandangkan aku dah berimej baru, aku dah pun delete semua gambar-gambar aku berimej lama dalam blog ini. Eceh ayat poyo semacam je. Kekwat semacam je ayat hang. Tapi aku memang dah delete dah semua gambar-gambar aku yang menampakkan aurat aku. Completely. Tapi kalau lah ada tertinggal satu dua, inform ah dekat aku. Mungkin aku terlepas pandang kan. 

Jadi kalaulah korang belek-belek entry entry lama aku, don't get angry. Sebab mungkin entry aku yang lepas-lepas telah menjadi bosan. Yang mana yang bosan telah menjadi super bosan. Sebab tak ada gambar. Tapi tak semua aku delete. Aku cuma delete gambar aku yang nampak aurat. Ada je gambar aku yang dekat sekolah dalam entry entry lepas tuu. 

Okay guys? Eh satu lagi, maaflah kalau aku jarang update entry ke hape ke sekarang ni. Bukan apa, aku tak sempat ahh. Aku sekarang sekolah selalu balik pukul 3.20 petang. Balik rehat sekejap, buat homework. Dah malam, tidur. Tak sempat ah nak tulis entry. Aku cuma sempat nak online facebook jee. Tu pun aku on dari galaxy tab je. Al-maklumlah orang nak SPM lah kata kan.
SPM? Oh Mannnnnnnnnnnnnnnn. Takut ahhh. K challos.

07 January 2012

Happy New Me ♥


Yayyy! Finally ada jugak gambar untuk suprise yang ingin diberitahu ituuu. Gembira dak? Gembirala kan? Hehe.

Apa yang membuatkan gambar dekat atas ni lain dari yang lain? Anyone know? Ala, takkan tak tau kot. Jawapan dia jelas sangat doe. Kalau tak tahu, memang buta aaaaa.

Yes! Gambar di atas menunjukkan aku sedang berhijab. Wearing tudung. Tutup rambut. Pandai pon.


Kay aku dah mula bertudung. Bila tu? Waktu first day of 2012. 1.1.12. 

Kenapa aku bertudung? 

Eh bukan dalam Islam memang wajib ke pakai tudung? Kan? Aku pun rasa dah sampai masa untuk aku berubah. Tak perlu lagi nak show off rambut dekat orang ramai. Bak kata orang, dah sampai seru. Muahahaha. 

Tak. Aku tak terus pakai selendang waktu first day pakai tudung ni. Aku pakai tudung indon tu dulu. Sebab senangkan? Sarung je. Sekarang ni baru aku belajar-belajar pakai selendang. Tapi ikut tempat aaaa. Kan? Nak tengok gambar aku pakai tudung indon? Kay here you are.



Tak payah aaaa gelak. Benci. Hehe.

Jadi peps, aku minta jasa baik kau orang semua kalau ada letak gambar aku tak pakai tudung tuu dekat facebook ke apa ke, tolong aa delete. Aku pun tengah dalam proses nak mendelete semua gambar-gambar yang tak pakai tudung niiii. Kita buat slow slow okay. Memang tak sempat aaa kalau nak delete sekali semua dalam sehari kn? 

Doakan aku supaya aku kekal berhijab hingga aku mati. Doakan aku kay? And aku akan doakan korang jugak supaya Allah buka pintu hati kau orang untuk mula berhijab. Terima kasih kepada semua yang menyokong aku. 

May Allah bless of all you.

Kay challos.



06 January 2012

Senior year.


Abaikan jee la muka aku yang pelik tu kay? Memang pelik sebab waktu ni still gelap lagi dan aku guna flash. Tambah pula mata aku something wrong. Nak demam lah bro! Tu yang kecik semacam jee. Tak payah ah kutuk-kutuk. Kay sebelah aku tu Nadiah.

First day aku pergi sekolah, aku still macam tak percaya aku dah jadi senior. Senior? Senior lah sangat. Kay tak payah aaaaaa kutuk aku. Dalam kelas aku macam blurr. Mengantok oh. Dahlah kelas luas semacam je. Tempat pun sunyi sepi. Kipas laju. Pergh, memang nak tertidur aa aku ni. 

Oh ye aku satu kelas dengan Liyana, Fadzleen, Izzani, Nadiah & lain-lain lagi. Takkan nak sebut semua nama kot? 38 orang kot. Main point kelas form four kitorang dah pecah. Yang mana ambil 10 subjek diorang sumbat dalam class A1 dan yang ambil 9 subjek diorang sumbat dalam class A2. Actually tak ada beza pun A1 ke A2. Yang beza cuma bilangan subjek jee.

Overall, semua okay lah. Not bad. Cuma mengantuk je sikit. Normal lah kan? Tapi kann hari niiiiiiiiiiiiii aku demam. Bukan demam. Macam nak demam. Terbersin sana terbersin sini. Mata aku memang serious tak boleh nak bukak. Hidung pedih. Nasib baik balik pukul 12 harini. Kalau tak, tak dapek den nak nolongnya. 

Oh yeeee adik aku dah form oneee. Form one dah? Dah besar dah dia. Tak sangka. Haha. Nak tengok macammana ghupanya dia? Ada sekeping je gambar dia. Sat, aku cari.


Muehehehehe. Dari belakang je ada. Pakai baju Melayu dengan samping sekolah agama lagi tuu. Sekolah kitorang mane dee pakai samping colour ni tapi sebab dia tak reti nak belit belit samping, dia pakai ahh samping nii. Form one macammana? Okaylah first day dah kena sound dengan cikgu sebab rambut dia tak sempat gunting. Haha, padan muka kau.

Kay lah. Tu je kot. Tak de idea nak tulis lagi. Ohhh lagi satu, aku pernah cakap aku ada suprise nak bagitahu kan? Tu nanti aku tulis. Esok ke lusa ke. Aku takde gambar ahh untuk entry tu. Nanti bila ada gambar, aku tulis. Orait peps? 

Okay challos. 

02 January 2012

Goodbye 2011.


Sorry for the late wish. Happy new year peps. Hihi. Dah dua hari dah kita dekat tahun 2012 kan kannn? So far so good huh? Kay tu kita tengok nanti kay. Sekarang ni aku nak tulis pasal tahun 2011. Nak imbas kembali kejappp. kejap jee tak lama. 

Aku tulis entry ni sambil makan buah tembikai dan dengar lagu Ombak rindu. Hafiz feat Adira. Sedih siut lagu tu. Feeling sat. 



Tahun 2011 ni memanglah bukan tahun yang terbaik untuk aku. Macam-macam benda jadi tahun lepas. Cewahh. Tapi apapun tahun 2011 akan sentiasa di ingatan aku. Serious aku cakap tahun lepas adalah tahun yang banyak mematangkan aku. Banyak membuatkan aku tersedar. Banyak meninggalkan kesan dalam hati. Okay let's rewind.

  1. Kebanyakan my bestfriends pindah sekolah. Sedih siut. But I'm happy for them too. Sebab diorang berjaya melayakkan diri ke asrama. Siapa tak gembira kawan sendiri berjaya? Tapi siapa tak sedih jugakkan bila kawan baik pindah? 
  2. Aku dapat jadi pengawassss. Hihi. Pengawas ke mawas? Hihi. You know me better so you decide it. 
  3. Dapat Galaxy Tab. Haha. Remember I-pad yang kukata hadiah for getting straight A's in PMR tu? Oh, aku dah tukar. Aku mintak galaxy tab pulak. Actually aku nak I-pad sebenarnya tapi ayah aku yang suruh beli galaxy tab tu. So daripada tak dapat apa-apa, lebih baik ambik je Galaxy Tab tuu. Not bad jugak kan?
  4. Wanie, kenal that girl? Tak kenal? Sah hang ni bukan pembaca tega belog aku. Sedih. Sobs Sobs. Hihi. Dia tu kezen akuuu ler. Kay tahun ni aku banyak habiskan masa dengan dia. Serious. Dia je yang aku percaya buat masa sekarang. Banyak benda aku bagitahu dia. Semua yang aku rasa semua aku cerita dekat dia. And same goes to her. Sebab aku percayakan dia. Lagipun dia tak boleh lari dari aku. Mak dia dengan mak aku kan adik beradik. Hehe. Jadii aku akan sentiasa stick dengan dia. That's why aku sayang diaa. Wanie, aku sayang kau doh. Kita best cousin forever kay? Muah.
  5. Aku dapat pengalaman kerja. Whoaaa? Aku kerja? Memey arr. Banyak doh benda aku belajar dari situ. Aku semakin matang sebab kerja dekat situ. Aku dapat kenal macam-macam orang dari situ. Aku lebih bersyukur dengan hidup aku sebab aku kerja dekat situ. Banyak aku dapat manfaat dari kerja dekat situ. Thanks KFC coz give me such a good time there. Love ya!
  6. Aku dah gemuk? ZzzzZzzz. Serious like shit. Berat aku naik doh beberapa kilogram waktu cuti haritu. Sakit hati. Aku tahu sebab apa. Sebab waktu aku kerja haritu, aku balik lewat malam. Lepastu aku dinner lewat malam. Sebab tu lah berat aku naik. Nak turunkan punyalah susah kau tahu? Semua orang dah tegur dah. Lepasni pergi sekolah mesti semua orang tegur lagiiii. Tak nak pergi sekolah ahhhhhh!
  7. Aku dah makin matang. Hihi. Serious. Tahun 2011 ni dah banyak mematangkan aku. Dah banyak sedarkan aku dengan duniawi ni. Ececeh. Tak percaya? Tengoklah sendiri nanti. You'll see.
  8. Aku malas doh tahun 2011 nii. Aku langsung tak sentuh buku time cuti haritu. Like tak sedar diri yang aku ni nak SPM tahun ni. Dan bajet macam pandai dan boleh ingat lagi jee semua benda tu. Haaaaaa menyesal ahh tak study waktu cuti harituuuuu. 
  9. Hubungan aku dengan certain peps dah makin rengang. Eh macammana eja rengang? Rengang ke regang? Mana mana je lah kan. Janji korang faham maksud dia right? Aku pun macam agak rindu ahh dengan that certain peps tu. Tapi aku faham, times flow. And people change. Friendship also change. Samaada makin kuat friendship tu atau makin lemah friendship tu. Dan sekarang ni aku rasa friendship aku with those peps makin lemah. I'm sorry guys. But like I said in previous entry, we meet after SPM kay? Jumpa korang semua nantiiiii. Don't miss me too much. And I won't miss you too much. 

Aku nak tulis sampai sepuluh actually but my mind is blank right now. So that's it. Sembilan je kay. Hihi. Nampak tak? Ada benda baik dan ada benda buruk. But walau apapun, life must go on. Tak perlu kita nak kenangkan masa lampau sangat. Sebab dah sah sah masa lampau tu benda dah terjadi. Tapi benda yang akan datang belum lagi terjadi and lebih baik kita tumpukan kepada tu. 

Dengan ini, aku nak susun sepuluh jari mintak maaf dekat semua orang yang aku pernah buat salah. Yang aku pernah sakitkan hati dengan sengaja atau tidak sengaja. Kepada yang meluat dengan aku nak benci dengan aku. Kepada yang aku janji tapi aku tak tunaikan. Aku manusia biasa yang selalu buat salah tanpa aku sedar. Jadi maafkan aku yer?  

So Goodbyeeee 2011. Don't ever ever come back to me. Cos I'm done with you. Hei 2011, give a chance for 2012 lah. Hihi. 2012, welcome to my lifee. Be good to me kayh? Kay Challos.