28 December 2011

Suprisee!

Apa suprise suprise nii? Hihi. Nama pun suprise, so suprise lah! Haiyoo, pening betul ayat hang Mira. Kay apapun tunggu tahun depan! Nanti aku bagitahu suprise tuu kay. TTahun depan? Lagi empat hari je doh. Tunggu kayyyy. Kay Challos

26 December 2011

Kawan Kapal

Tertanya-tanya apakah itu kawan kapal? Hihi. Kawan kapal tu friendship. Friendship tu apa? Friendship tu kawan kapal. Haha. 



Aku ni jenis yang tak mudah mesra dengan orang. Aku tak boleh aaa main tegur jee orang. Aku bukan jenis orang macamtu. Aku ambil masa untuk rapat dengan orang tu. If aku boleh rapat dengan orang tu dalam masa yang singkat, it's mean aku satu kepala dengan orang tu. If tidak, aku akan ambil masa yang agak lama ahh. 

Tak, bukan aku sombong. Cuma that's the way I act. Jadi aku cuma ada sikit je kawan. Kawan yang betul-betul boleh ngam dengan aku. Siapa diorang? Biarlah aku jee tahu. Sebab aku tak nak lah kalau aku bagitahu siapa orang tu, orang lain yang tak disebut sakit hati dengan aku. Aku tak nak.

Jadi bila masuk tahun ni kawan aku makin berkurang. Sebab ramai dah pindah asrama semua kan. Jadi yang tinggal dekat sekolah hanya beberapa kerat je ah. Okay sekarang sebenarnya aku nak cakap pasal kawan aku yang pindah asrama ni laa. Hehe. Itu main point entry aku ni sebenarnya. 


Serious aku rindu masa-masa dulu kita. Waktu kita study sama-sama. Gelak sama-sama. Makan sama-sama. Nangis sama-sama. *Aku tak kan? Hehe* Mainpointnya, kita selalu sama-sama ahh. Rindu kot. 

Mula-mula dulu, aku rasa macam korang tak patut buat aku macamni tau. Pergi ramai-ramai duduk dekat asrama dan tinggalkan aku dekat sini. Rasa macam lonely gilaa. Ye lah, dengan siapa lagi aku nak rehat sama-sama? Balik jalan sama-sama? Cuba habak kat cek. Lepastu korang sedapkan hati aku dengan janji nak call aku selalu kan. Okay hati aku dah jadi delicious lah sikit. Mula-mula korang memang rajin call aku. Lepastu lama-lama korang langsung tak call aku. Serious aku terasa. Tapi nasib birthday aku korang wish. Kalau tidak, memang tiada maaf bagimu lagi. Merajuk setahun!

Dan masa pun berlalu. Ceewah ayat aku. Masa pun berjalan hingga aku terfikir, aku tak patut terasa. Sebab aku memang tahu. Bila kau dekat sana dan aku dekat sini, kita masing-masing dah busy dengan life kita. Kita masing-masih dah ada life baru kita. Dah ada kawan baru kita. Mungkin aku tak sebab aku still dekat sekolah yang lama. Kau lah. Dan percaya atau tidak kita akan berubah seiring dengan waktu. Walaupun dulu kau janji kau takkan berubah tapi percayalah kau akan berubah juga. Kau takkan mampu jadi kau yang dulu. Sebab kau dah biasa dengan life kau.

Lepastu aku dah okay. Hinggalah cuti sekolah. Eventhough dah cuti sekolah, korang langsung tak contact aku. Lagi satu benda buat aku terasa. Waktu tu aku tunggu je phone aku berbunyi. Tunggu je mesej korang. Tapi hampeh. Tak ada. Aku pujuk hati aku dengan buat busy dengan kerja aku. Waktu tu Wanie tahu perasaan aku. Semua benda aku cerita dekat dia. 

Then aku dah berhenti kerja, aku ajak jumpa. Kay korang tak nak jumpa dengan aku. Ada jee hal korang. Sikit ah aku terasa. Sebab korang kata korang rindu aku tapi korang tak nak jumpa aku. Aku rasa sakit hati sangat. Macam aku sorang je yang terhegeh-hegeh nak keluar dengan korang tapi korang tak. Sakit hati wei. 

Cuti ni aku sempat jumpa dengan Syed je. Kan Syed kan? Hehe. Thanks sebab teman aku waktu tu. Serious waktu tu aku tak ada orang gila nak teman aku.

Ye, lepastu ada lah orang ajak aku keluar tapi semua aku deny je. Sebab apa? Sebab memang semangat aku nak jumpa korang dah hilang. Macam malas gila nak jumpa korang. I don't know why. Then ada satu malam tu aku terfikir-fikir about us. Macammana friendship kita semua kan..

Then I found the solution. Aku tak nak jumpa korang lagi. Serious aku cakap, aku tak nak jumpa korang lagi. Bukan aku merajuk ke apa tapi aku rasa ini solution terbaik. Buat masa sekarang lebih baik kita tak berjumpa. Nanti lepas SPM baru kita jumpa. Lepas masing-masing dah lega jawab SPM, baru kita lepak sama-sama. 

Jadi biarlah tempoh setahun kita tak berjumpa ni, kita buat hidup masing-masing. Aku dengan cara hidup aku dan korang dengan cara hidup korang. Jadi lepasni tak payah korang sibuk-sibuk nak ingatkan aku ke apa. Tak apa, kalau kau nak lupakan aku terus pun tak apa. Aku boleh buat apa kan?

Jujur aku cakap, aku buat keputusan ni bukan sebab aku marah dekat kau atau apa. Tak, aku tak marah. Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku buat keputusan ni. Jangan tanya aku kenapa. Adalah sebabnya kenapa. 

Apapun thanks sebab jadi kawan aku. Thanks sangat-sangat. Aku hargai waktu waktu dengan korang. Kita jumpa bulan pertengah bulan Disember 2012. Lebih kurang setahun dari sekarang.  Tak perlu rindu-rindu aku. Jaga diri korang dan buat yang terbaik untuk SPM. Make you friend proud. :)

Sorry kalau korang terasa dengan entry ni ke apa. Bukan aku tak nak cakap terus dekat korang pasal ni tapi nak contact korang pun susah tahu tak? Jadi aku rasa lebih baik aku tulis dekat sini. Maaf kalau ada yang kecil hati dengan entry ini. Maaf beribu maaf.


21 December 2011

Malas gila woo

Harini memang aku rasa malas gila. Aku malas nak buat apa-apa. Rasa macam nak duduk dalam bilik, tutup pintu dan ZzzZzz. Hehe. 


Jadi disebabkan kemalasan yang menggunung, harini aku buat short update jee. Gambar tak ada kay. Lain kali lah aku buat entry panjang panjang siap dengan gambar gambar semua. Kay? 


Wanie dah balik Labu dah. Alololo, kesiannya aku. Dah tak ada geng dah. 


Lepasni dah tak ada sapa nak teman aku tido lagi. Lepasni dah tak ada sapa nak makan cadbury malam malam dengan aku. Lepasni dah tak ada sapa nak karoke dengan aku dekat youtube. Lepasni dah tak ada sapa aku nak heart to heart conversation. 


Eh melebih pulak aku. Okay apapun aku sure rindu kau nanti. Ye lah, dah nak dua bulan kot kau stay sini. HAHA. Tak apa, hujung minggu nanti jumpa jugak kau. Haha.


Okay, tu je nak type. kay challos.

14 December 2011

Bila semua manusia hilang rasa tanggungjawab

Haritu pergi Port Dickson. Pantai lawa. Cantik. Angin sedap. Cuaca cantik. Orang pun tak ramai sangat sebab aku pergi hari biasa. Lagipun sekarang musim hujan, orang mana ramai mandi pantai kan. Karang lomas pulak. Aku pun pergi tak mandi. Sekadar menikmati angin bayu pantai. Ecewah ayat.


Dah sedap sedap menikmati angin, sejuk. Mesti ah rasa nak terkucil kan. Jadi pergi tandas. Bayar lima puluh sen sorang. Kay mahal but fine. Aku fikir positif. Mungkin dekat dalam bersih. Then masuk. Ramai orang. Kay beratur. Beratur punya beratur. Dah sampai giliran aku, I just like Whooooo? Inikah toilet Port Dickson? Kotor. Dengan tersumbatnya. Dengan tuala wanita yang berterabur. Tahu tak apa yang aku rasa? Sangat geliiiii.


Siapalah yang buang tuala wanita macamtu? Langsung tak ada sivik. Buat penat dekat sekolah cikgu asyik cakap kita harus bertanggungjawab. Tapi kau sendiri tak ada tanggungjawab. Tolonglah, itu tandas awam. Semua orang nak guna. Gunalah elok-elok. Tak perlu nak buat kotor.


Dan aku rasa macam tak berbaloi kita bayar lima puluh sen, then masuk tandas yang macamtu. Yang kotor giler macamtu. Yang busuk giler macamtu. Orang yang bertugas basuh tandas tu takkan tak reti nak basuh kot? Makan gaji buta ke apa? Ya, aku tahu ramai orang dalam tandas tu. Tapi curilah masa untuk basuh satu satu toilet. Hadoi.


Dah Dah. Malas nak membebel panjang-panjang. Cuma satu je lah, tak perlu nak jadi pengotor sampai macamtu. 


Kay tukar topik. Tukar cerita. Kita tengok gambar pulakkk kayh. 






Apo ni eh? Haha. 





Pemandangan di kala senja. Lawa wokk. Suka <3

Okay. Tu je kot nak tulis. Tu je kot nak luahkan. 

Jadi peps, tolonglah ada sikit rasa tanggungjawab. Kalau tak nak banyak, sikit pun jadilah. Ini semua demi kebaikan semua orang. Tak perlu jual ikan sangat. *sellfish. Haha.

Kay Challos.

03 December 2011

Pembongkaran Rahsia Mira. Jeng Jeng Jeng.

Saspen tak tajuk? Hihi.


Seperti yang dikatakan dalam entry yang lepas lepas, aku ada satu rahsia yang hanya akan dibongkarkan pada bulan 12 A.K.A December yakni bulan  ini. Eceh power jugak aku guna kata hubung. Okay berbalik kepada rahsia itu, aku rasa ramai yang dah tahu tentang rahsia tu. Korang ni memang tak sabar. Belum bulan 12 dah sibuk nak bongkar rahsia aku. Benci tau. 


Okay, apakah rahsia itu? Mari saya tunjukkan clue.



Dapat teka? 

Apa? Tak Dapat? Awat hang ni lambat pick up sangat. Okay Clue kedua aku bagi. 


Dah dapat teka belum? Tak dapat lagi? Hadoi. Kay cuba tengok baju. 

Masih tak dapat? Ni clue yang ketiga. 


Tengok bekas minuman yang Wanie pegang tu. 

Masih tak jelas clue aku? Okay ni Clue yang terakhirrr. Sedia? Okay Jeng Jeng Jeng.


Dah jelas? Yay, awak pandai. Hihi.

Aku start kerja pada 1.11.2011. Tarikh sedap? Memang pun. Kenapa aku nak kerja? Good question. Aku kerja sebenarnya bukanlah serius sangat. Aku cuma nak cari pengalaman. Nak belajar sesuatu yang baru. Di samping ingin menambah duit poket. 

Itu jee. Okay, siapa yang pernah nampak aku dekat sana? Terima kasihlah sebab tegur aku. Senyum dekat aku. Tapi maaflah, aku sebenarnya tak suka heboh heboh. Bukan sebab aku malu atau apa. Buat apa nak malu kan? Kerja halal kot. Tapi sebab aku benci asyik dengar ayat yang sama je. Ayat apa? Aku rasa hang pun boleh fikir kot. Ayat yang macamni.

"Nanti aku datang, boleh lah bagi diskaun."

"Nanti aku datang, kau bagi ayam free ek."

"Gaji nanti, belanja aku tau!"

Ayat yang sama jee. Benci pulak aku nak dengar. Hihi. Tapi sekarang ni aku bagitahu dekat semua. Supaya tak ada yang kecil hati nanti. Memandangkan rakan-rakan aku pun banyak yang duduk asrama sehingga kadang-kadang aku tak contact, jadi aku tulis entry ni. Supaya diorang tahu. Nanti tak adalah bila diorang tahu dari mulut orang lain, diorang marah marah aku sebab tak bagitahu diorang. Sebab sekarang ni aku bagitahu kau orang. Ingat tu budak asrama. 

Okay, apa peranan aku dekat tempat kerja aku? Waktu aku mula-mula masuk, aku jadi CSC. Customer Service ..... Entah aku pun tak tahu apa maksud C yang lagi satu tu. Kerja senang je. Kemas meja, basuh pinggan, menyapu, mop. Itu je. Tak ada lah letih bebenor. Cuma bila hari minggu tuu, sedikit tension sebab pelanggan ada yang kadang-kadang tak sabar. Ye lah, CSC tiga empat orang jee, manalah boleh kemas semua sekali dalam masa yang sama. Pelanggan tu pulak tak reti bahasa. Sabar je lah dulu kan? Fikir kita ni robot ke hape?

Lepastu beberapa hari kemudian, aku jadi ass cashier pulak. Tolong buat order tu. Yang ni pun tak berapa ahh penat dia. Sebab just tolong-tolong jee. 

Kemudian, aku jadi cashier. Haaaaaaaaa ni paling ponat. Bila duit short, aku kena ganti. Rasanya aku dah short kan lebih RM 20 kot. Sakit hati. Tapi tak apalah, pengalaman lagi penting kan. Tapi waktu duit tu short memang aku rasa sakit hati kot. Siapa tak sakit hati kan? Hihi. 

Waktu jadi cashier ni macam-macam orang aku dah jumpa. Macam-macam ragam aku dah tengok. Yang baik, okay. Aku suka. Yang tak ada adab tu, meluat pulak aku tengok. Nak dengar cerita kisah benar pelanggan aku? Okay. Ni aku kongsi sikit orang tak ada adab punya style.

KISAH 1

Ada sorang makcik ni. Dia taklah tua sangat dan taklah muda sangat. Mungkin akhir 20-an kot atau awal 30-an. Perghh, bapak bajet weii. Dia kata nak check point guna kredit kad. Okay, fine. Aku ni dahlah budak baru, lagi kau nak cakap banyak. Manalah aku tahu hal kad kredit semua. Lepastu dia cakap dekat anak dia macamni.

"Dahlah dik, jom balik. Akak ni bukannya reti nak buat pun."

Dengan suara dia yang sinis siap nak jeling jeling aku lagi. Memang tak lah, mak cik. Sumpah berlagak gilaa. Bukannya mahal sangat pon makan KFC, itu pun nak guna kad kredit ke? Tak faham aku.

KISAH 2

Ada couple ni. Kay mula-mula dia order tu aku fikir dia ni okay lah. Sekali tu, aku silap buat. Dia nak bungkus, aku pergi buat makan sini. Lepastu si perempuan tu dengan gediknya nak marah-marah aku. Nak buat muka segala bagai. Macamlah lawa sangat. Meluat aku. BF dia okay je. Tak kisah pun, dia pulak yang nak lebih-lebih. Bukan dia pun yang bayar. Boyfriend dia yang bayar. Lepastu nak menggedik lebih lebih. Serious, menyampah gila tengok muka perempuan tu. Make up dahlah tebal. Lagi nak menggelabah? Rasa macam nak maki pun ada. Tapi sabar, customer is always right. Haktuii.

KISAH 3

Ni kes waktu last day aku. Last day kot. Ada satu keluarga ni, datang makan dekat KFC. Dahlah datang lewat malam. Kitorang nak closing kot. Ayam pun dah tak masak dah sebab nak habiskan apa yang ada jee. Lepastu lagi dia order belambak ayam. Jadi kitorang pun masak lah. 

Bapak menggelabah wei suami dia tu. Dahlah botak. Ehh? Maaf orang-orang botak sekalian. Tak ada wei, kita dahlah nak closing, lepastu boleh pulak bila dah sampai ayam, diorang nak memekak. Cakap nak dada dengan kaki je. Kaki? Kau memang nak kena kaki lah! Orang tak panggil bahagian tu kaki. Orang panggil peha. Ini kaki? Bodoh punya orang. 

Dia dah pegang-pegang ayam tu dengan tangan dia yang kotor tu, lepastu mintak tukar. Kurang ajar ke tak tu? Benci aku tengok. Last last dia mintak duit balik. Apa lancau sangat perangai dia pun aku tak tahu. Sumpah meluat nak mampos aku tengok. Benci gilaa kot.

Okay cukup story pasal customer. Kalau nak cerita lagi, banyak lagi. Macam-macam ragam aku jumpa. Macam-macam perangai. Bak kata sorang budak ni, dekat sini kita boleh tengok macam-macam ragam. 

Tolonglah, kalau kau pergi tak payah nak banyak songeh. Aku paling pantang bila aku dah letak ayam dalam pinggan atau bekas, baru orang tu cakap dia nak bahagian yang lain. Dan aku paling benci orang yang kuat request drumstick ni. Tak adalah, kalau ada budak-budak aku faham. Ye lah, budak-budak memang suka makan drumstick. Tapi kalau orang besar tu apa kes? Nak berlagak comel makan drumstick? Tolonglah. Meluat aku.

Okay Okay. Aku dah berhenti dah kerja. Sebulan je aku kerja. Sekarang ni tengah tunggu duit gaji den masuk. Maybe lima haribulan nanti kot. Cepatlah masuk wahai duit. Tak sabar aku nak guna duit hasil titik peluh aku tu. Wow, berlagak gila. Nanti dapat duit, aku nak beli tu aku nak beli ni. Ceh, entah berapa gaji aku pun aku tak tahu. Ye lah, dia kira ikut hours. Jadi mana aku tahu kan. So tunggu. Jeng Jeng Jeng...

Okaylah, banyak betul kau menulis ni. Sakit pulak jari aku dok asyik menekan-nekan huruf-huruf dekat keyboard ni. Jadi aku rasa aku nak stop dekat sini dulu kot. Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen. Aku pasti akan jawab. Tapi aku rasa aku dah bongkarkan rahsia aku dengan cukup jelas. Rahsia yang tak berapa nak rahsia. Haha. 

Kay Challos.






01 December 2011

Bro, kau dah tua. Hihi.

Ini entry untuk 26.11.2011. Harap maklum.


Kerana kekangan waktu, harini baru aku ada masa untuk menaip entry ini. Menaip kisah empat hari yang lepas. 


Tarikh tu ada apa? Actually, tarikh tu ialah tarikh harijadi abang sulungku. Ceh, ayat bajet macam aku ada banyak abang je kan? Padahal sorang je abang aku. Sedar sikit diri tu Mira, kau tu anak kedua. Anak kedua? Eii. Tua nya kau. Haha.


Disebabkan pada pagi hari sehingga petang, ayah aku kerja. Jadi kita celebrate belah malam. Malam okay? Celebrate dekat mana? Okay ni yang den nak cerita ni. Kelakar pun ada jugak. Kesian pun ada jugak. Pecah rekod pun ada jugak. Hadoyai.


Kitorang pergi UPM. Besar wehh. Kenapa kitorang pergi sana? Ayah den tu nak jumpa kawan dia sat. So pergi lah. Sementara ayah aku pergi jumpa kawan dia, kitorang lepak lepak lah dekat luar tu. 

Okay lepastu dah habis jumpa kawan, ingat nak pergi KL. Pergi KL malam-malam buto. Hadoi. Last-Last, kereta ayah aku buat hal. Dia tak nak start. Hadoi. Kena buat jump start. Buat Jump Start semua, baru boleh gerak. Tapi tak jadi lah pergi KL tu. Terus balik sebab takut kereta ni buat hal lagi. Dahlah, dah pukul 11 lebih waktu tu. 

Last-last dekat mana kitorang celebrate birthday abang aku? Cuba teka. 

Dekat dalam kereta. Muahahaha. Kitorang beli Mc'D dekat highway tu. Lepastu makan dalam kereta. Kesian pulak aku tengok abang aku. Tapi best pulak ai. Kalau Mc'D aku ni gila fries. Habis aku makan dua large fries. Sos je dah berapa bungkus aku guna. Empat ke lima kot. Haha. Tu lah. Dah bulan ni nak diet. Nak turunkan beberapa kg. Penat dah asyik dengar orang membebel kata aku dah gemok. Aku makin gemuk. Semualah. Sakit hati tau. 

 Kay lah, kita chow dulu. Eh sebelum tu, lepasni Insya-Allah aku akan menjadi blogger aktif kembali. Kay don worry. Kay Challos.


21 November 2011

Kay Fine

Bulan ni aku cuma buat empat entry je. Masuk entry kali ni, lima entry lah. Kay Fine.


Makin lama, aku dah makin malas nak buka komputer. Kay Fine.


Aku rasa kau dah banyak berubah. Kay Fine.


Bola sepak Malaysia menang untuk sukan SEA. Great. Kay Fine.


Jerawat dah mula memunculkan diri dekat muka aku sekarang ni. Tension aku dibuatnya. Kay Fine.


Kau kecoh pasal aku. Kalau boleh, satu dunia pun kau nak bagitahu kan? Kay Fine.


Aku tak ada idea nak menaip. KAY FINE.


KAY FINE BYE. 

16 November 2011

18 Hours of Sleeping? WHAT?

Seriously? Doeeeeeeee, Kau serious ke Mira?






Eh Lek Luuuuuuu. Hihi. Memang lah tittle tu betul. Memang aku tidur for 18 hours. Dahsyat?  Memang pun. Aku pun rasa dahsyat habis dah tu. Bapak lama weh aku tidur. 18 Jam. Nasib baik tak 24 Jam ohh, kalau tidak cukup satu hariiii. Choiiiiiiiiiiiii.


Tapi kenapa?


Kenapa aku tidur 18 Jam?


Oh sebenarnya, perut aku sakit. Seriously. Sakit gilaaa. Jadi aku ambil panadol dan terus tidur. Dalam pukul 3 petang macamtu la. Then aku terjaga dalam pukul 9 malam macamtu, badan aku sejuk gila time tu. Kan Hujan kan? Jadi aku sambung balik tidur hinggalah keesokannya.


Esok tu bangun, perut masih lagi sakit. Mata pun sebelah bengkak. Okay sekarang perut aku baru baik. Lepas telan 8 biji arang. Lapan wohh. Tak jangan salah sangka. Aku ambik enam biji semalam, dua pagi dua petang dan dua malam. Harini aku ambik dua biji. Yupe, doc kasi ubat arang. Untuk hilangkan angin. Hihi. Pelik je kan>? Aku pun rasa pelik.


Okaylah guys. Sampai sini jee. Doakan kesihatan aku baik-baik kay. Kay Challos.

09 November 2011

Tak puas puas

Wah. Entry kedua untuk hari ini. Lama betul aku tak buat double entry. Triple entry, lagilah lama tak buat. Hihi. Sebab aku ada masa sekarang, jadi aku fikir aku nak buat lah double entry untuk harini. Sebab manalah tahu nanti aku jadi busy sampai lama tak tulis kan? Manalah tahu. Jadi bila time aku free ni, aku tulis lah.


Eh Chop. Apa makna di sebalik tajuk aku tu? Tak ada, hari ni aku pergi Jusco. Padahal setiap hari pergi Jusco, tapi harini pergi lagi. Memang tak puas-puas lah kan. Kenapa aku setiap hari pergi Jusco? Eh soalan tu aku jawab bulan 12 nanti okay. Sebab sekarang tak sedia lagi nak bagi jawapan tu. Mengada sungguh.


Tapi memang. Tak puas-puas pergi Jusco aku ni. Sebenarnya memang dah muak. Betul, bila setiap hari pergi Jusco, aku dah tak rasa sejuk dah dalam tu. Siap boleh berpeluh lagi. Huyoo, super gila aku ni kan. Hihi.


Okay harini aku pergi Jusco dengan Wanie. Kau kenalkan siapa dia? Tak kenal? Cari gambar dia dekat side bar tepi ni. Scroll sampai jumpa gambar aku dengan sorang perempuan. Tu lah  dia. ->



Haa tu kerja kitorang. Melalak. Bajet macam suara merdu bak bulan purnama. Hihi. Enam lagu kot menyanyi. Nak dekat empat puluh minit kitorang dalam bilik kecik tu. Enam lagu empat puluh minit. Dahsyat Dahsyat. 

Kitorang saja pilih lagu yang high not. Bukan apa, nak release tension ah. Bila nyanyi lagu jerit jerit tu boleh release tension sikit. Memang keluar je dari situ, Wanie cari air, aku cari ice-cream. Bagus tak? HAHA.

Tapi serious kitorang pergi Jusco sebab nak karoke je. Macam pelik kan? Tapi nak pergi karoke je pun, duit banyak jugak terbang. Fuh, rasa macam air mengalir je duit ni. Geram aku. 

Then dah balik tu tukar baju. Kitorang take a night walk pulak. Lepak dekat hujung jalan sambil tengok bulan. Eh aku tengok ada satu je bintang dekat langit. Dekat sebelah bulan. Kan? Lawa sungguh. Bulan, ah teringat nostalgia lama. Apakah itu? Biarlah ianya jadi kenangan terindah aku. Kenangan terindah? Ehhhhhh rindunya aku. 

Dahlah. Cukup sampai sini je. Terima kasih sebab sudi baca. Kay Challos. ;)



Apakah yang terjadi?

Tittle macam soalan UPSR di mana dia suruh jawab soalan berdasarkan petikan. Hihi. Eh tunggu, jangan risau. Aku takkan suruh kau jawab soalan. Okay apa aku mengarut ni? Someone, stop me please.


Korang sedar tak? 


Semakin hari, semakin jarang aku update belog. 


Korang prasan tak hal tu? Prasan? Okay kalau korang prasan, itu maknanya korang memang pembaca tega blog aku. Hihi. Terima kasih awak. 


Jadi hypotesis is accepted. HAHA. Mana datang Bio nya pulakkkkk?




Okay serious, aku tak ada idea. Maaf kalau aku merepek jee. Entah kenapa, sejak kebelakangan ni aku memang kering gila idea. Duit pun kering jugak. Hihi, hulurlah sikit duit hang yang menimbun tu. 

Okaylah challos.

05 November 2011

Busy

Lama tak update? Maaf, kebelakangan ni aku busy sokmo. Bukan busy nak buat persiapan raya atau busy study nak SPM. Bukan. Sebab aku baru form four bro. Tahun depan baru SPM. Tapi aku busy buat benda lain. Benda apa? Lu pk lah sendiri. Hihi.


Aku menulis entry kali ini sambil menikmati Cadbury Black Forest. Hihi. Lama tak makan chocolate ni kot. Tu yang bila makan ni, feel lebih jee. Hihi.


Esok raya kan? Okay Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Dan selamat menyembelih. Hang pergi tengok orang sembelih lembu atau kambing atau haiwan yang seumpamanya tak? Pergi tak? Aku tak pergi. Hihi.


Okaylah, tu je yang aku nak update harini. Kalau ada masa, aku update lagi. Kay Challoss :)

29 October 2011

Running Man





Dah tengok dekat atas tu? Best tak? 


Tajuk variety show tu Running Man. Yupe, it's korean variety show. Orang yang minat K-Pop mesti minat punya kan? Tapi orang yang tak minat K-pop pun mungkin akan suka.


Serious!

Aku ni mana ada minat K-Pop sangat. Aku minat gitu-gitu jee. Tapi rancangan ni memang best. Memang menarik minat aku untuk tengok.



Korang pun try lah tengok. Cerita ni memang best. 


Channel 393 (astro) , Every Friday, 6.30 p.m.


Okay? Kay Challos.

25 October 2011

Happy Deepavali

Happy Deepavali kepada semua yang menyambut. Makan muruku tu ingat-ingat sikit akuu. Eh tiba-tiba je kan? HAHA. 


Maaflah dah lama tak post entry. Maaflah entry kali ni sangat pendek. Maaflah entry kali ni sangat dull. Aku tak ada idea plus mata aku yang semakin membengkak. Bengkak bukan sebab crying-crying okay. Tolong sikit, kita tak ada masa nak crying-crying ni. Berlagak tak ayat aku? Hihi.


Okaylah. Tu jee nak tulis. Kay Challos. 

21 October 2011

Finally, it's over :)(:


Apa yang over nya? Tak. bukan pasal aku dah clash lah. Couple pun tidak, nak clash apa benda nya kan? Dan bukan juga friendship over. Sebab aku tak ada pulak gaduh dengan sesiapa sekarang ni. Jadi tak mungkinlah over yang itu. 

Jadi apa sebenarnya yang over? Ehh, OVER pulak kau ni Mira. Hihi.

Exam lah yang dah over. Yes!! After three weeks of examination, three weeks of suffering, finally it's over. Suka? Dah semestinya. Manusia mana je yang tak suka exam habis? Baru final exam, dah happy macamni. Kalau SPM, macammana lah agaknya? Hihi.


So Mira, How's your exam? 

B. Melayu

Ada ke patut suruh cari gaya bahasa dalam sajak? Memang tak lah. Aku gaya bahasa ni memang teruk. So I do badly in my paper two. Yang ada komsas tu. Dan aku dah dapat dah result untuk B. Melayu. Tak dapat A pun. Dapat B je. Sedih. 

English

Essay aku tulis pasal friends. HIhi. Penat aku cari idea nak menulis. Tapi English not bad lah. 

Maths

Paper one ramai yang tak cukup masa. Tapi aku sempat jee. Hihi. 

Sejarah

Great! Aku suka. Hope dapat A lah. Apa yang aku baca semua keluar. That's why aku suka tu. Cuma bahagian struktur akuu taram je. Tak ingat doh nak jawab apa. Bahagian Tamadun India tu. Waktu tu memang blank gila. Hihi.

Agama

Paper twoo. First time aku dapat jawab semua dalam paper two. Yang paling aku suka tajwid lah. Percaya atau tidak, aku dah hafal pasal tajwid semuaa. Hihi Bangga woo. Cuma ayat hafazan aku tak hafal lah. Tapi paper one memang susah. Pecah kepala otak nak ingat sirah ni. Betul. 

EST

Paper two susah gila babenggggggg. Yeah, walaupun objective tapi tetap susah. Ayat berbelit-belit. Aku bukannya terror pun English ni. 

Chemistry

Paper three awesome!

Biology

Paper two sucks. Rasa macam nak repeat balik je paper tu. Susah la gila. Betul. Walaupun aku dah study hard untuk Bio tetap aku tak boleh jawab jugak. Jangan fail sudah laaaa. Be good to me Biology!

Addmaths

Paper one okay. Paper two susah doh. Tapi kan, bila aku buat buat. Aku rasa aku tak boleh buat ah chapter function tu. Ye chapter pertama tuu. Betul, aku blank gila kot waktu nak buat function. Tapi aku terror bahagian Triangle. Yang guna cos sin semua tu. Hihi. Suka.

Physics

Paper Three bahagian design aku salah buat. Aku pergi buat Force dengan Mass. Sebenarnya Pressure dengan Mass. Sedih doh :| 

Dengan itu berakhirlah paper paper exam akuu. Tak perlu lah nak cakap pasal PJK dengan Sivik sebab tak penting pun. Kan? 

And ada lagi satu benda yang dah overr. 

Izzani, I made it. Aku dah lupakan diaaa. Dah over dah. Good for me kan? And yess no hard feeling. Hihi. Aku happy doh wei, Izzani. 

Eh okaylah. Banyak dah type nii. Okay Challos.


15 October 2011

Hari Anugerah Koko

Seperti yang aku bagitahu pada entry yang lepas, harini aku nak tulis pasal Hari Anugerah Koko yang dilangsungkan pada hari Khamis haritu bersamaan dengan 13 October 2011. Ceh, ayat skema pulak.


Sebelum tu, sila ambil perhatian di sini. Aku tak dapat pun anugerah tuuuu okay. Tapi class aku dapat. Kelas terbersih. Bangga pulak. Hihi.



Oh ye lagi satu. Harap maklum, tudung aku agak tak betul disebabkan anak tudung yang aku guna waktu tu tersangatlah tidak selesa buat aku. Oh aku bertugas sebagai usher. Yang kena bawak parents masuk dalam dewan, tunjuk tempat diorang tu. Tapi sedih, tak dapat usherkan parents sendiri. Al-maklumlah tak menang anugerah la kata kan. Hihi. Oh Wawa, jangan jealous ehhh? Hihihi.


Lepastu cikgu suruh aku ambil tandatangan tetamu-tetamu semua. Tapi Fadzleen yang pergi sorang. Sebab aku tengok ramai cameraman dan camerawoman yang menyemak kat depan tu. Macam sesak pulak. Jadi malas lah nak ikut. Hihi. Okay siapa tetamu-tetamu itu? Jeng Jeng Jeng...


Aidil Zafuan & Zaquan Adha. Pemain bola Negeri Sembilan tuu lah. Handsome kan? Melting duh semua perempuan dekat sekolah aku tu. Oh sebenarnya ada sorang lagi tetamu iaitu tukang rasmi majlis. Tapi tak ada pula gambar dia. Ye lah, orang semua sibuk tangkap gambar Aidil & Zaquan jee. HAHA.


Diaorang sepatutnya kena bagi ceramah about kerjaya dalam sukan. Tapi diorang pergi memperkenalkan diri diorang pulak. Choii. Hihi.


Orang kata muka aku sama dengan muka cikgu yang pakai tudung pink baju pink tuu. Hihi sama ke? Kita kembar lah cikgu. Oh ini lepas majlis dah tamat. Tengok Tengok aku paling pendek. Sobs Sobs.


Lepastu aku tunggu dekat kereta diorang. Nak kasi hamper yang sekolah kasi dengan cenderamata. Lama jugak la tunggu sebab diorang pergi menjamu selera. Jadi sebab lama sangat, kitorang snap la gambar dengan kereta dulu. Dengan kereta pun jadi laa kan. HAHA.


Eh dapat laaaa tangkap gambar dengan dia. Dengan Zaquan Adha jee dapat. Dengan Aidil tak dapat. Oh aku haritu tersalah bagi info. Yang adik ye nama dia Zaquan. Yang abang namanya Aidil. Hihi.


Apa ni? Aku sampai paras bahu jee. Choii. Oh jangan jealous yer semua orang. Kita dapat ambil gambar dengan diaa. Hihi.

Okaylah. Tu je lah gambar yang boleh aku share kan. Ni pun semua gambar dari camera Liyana Yusof. Thank you Za. 

Okay Challos <3











13 October 2011

Choii

Ramai orang tanya kita apa maksud 'CHOII'. Ramai orang cakap dengan kita 'kenapa kau asyik cakap Choii je? Sampai dalam blog pun.' Eh dia baca blog kita lah. <3 Hihi. 


Okay Choi tu tak ada maksud pun sebenarnya. Saja nak guna. Buat cantik ayat. Pada dulu lagi aku tengok orang asyik cakap Choii Choii. Tapi baru sekarag aku terasa nak guna. Tu pun aku berjangkit dari someone. Mula-mula saja saja jee lah guna perkataan tu, nak ajuk. Tapi lama-lama melekat pula. Terima kasih lah untuk orang yang buat saya berjangkit virus 'Choii' ni. Hihi.


Okay sebenarnya kita nak tulis pasal hari anugerah koko tadi. Tapi sebab kita tak ada gambar-gambar lagi jadi kita tangguhkan dulu lah. Nanti bila dah ada gambar, baru kita type ehh. 


Jadi sekarang nak upload gambar-gambar hari Sabtu haritu. Hari Sabtu ada apa? Tak ada apa-apa pun. Hari Sabtu kita tidur rumah wan kita. Eleh macam jauh sangat padahal kalau drive dari rumah tak sampai sepuluh minit dah sampai. Tu kalau ayah kita yang drive lah. Hihi.



Nasi Beriyani Ayam <3 Telur dia tu yang sedap. Makan dekat Carefour Rahang. Ala, kedai laksa tu leeeeee. 



Tengok Ajim. Muka dia bajet macho. HAHA. Adik sapa lah ni? Mestilah adik Wanie. Hihi.


Budak ni lelaki tau. Dia diam jee apa orang buat dekat dia. Hihi. Comel betul <3


Pahlawan Syahiran. HAHA. Comel lah.

Okay dah. Cukup lah tuu. Erk minggu depan kita ada exam Bio, Chemist, Physics, Add Maths, EST, Agama. Kita risau ah. Lagi-lagi subjek Bio tuuu. Doakanlah kita dapat result yang gempak kay. Okay Challos.

10 October 2011

KDM

KDM? Apa tu KDM? KDM stands for Kampung Dato' Mansor.  Siapa nama dia Mansor? Atau nama ayah dia Mansor? Atau nama atok dia Mansor? Bangga sikit. Hihi.

Okay hari ahad haritu ada jamuan untuk warga KDM. Walaupun aku bukan wargatetap KDM, aku tetap pergi. Biarlah, wan aku tinggal situ. Jadi aku bolehla pergi kay. So Sabtu petang dengan malam tu pergilah. Tolong tengok-tengok jee. Hihi. Dan tolong makan sekali. Sup daging lembu tu weiiii. Sedap :)



Comel kan? Hihi. Tapi jangan terpedaya dengan kecomelan dia. Tidur lasak weii. Asyik asyik sepak aku je kerja diaa. 

Then ahad tu barulah majlis sebenarnya. Makan tengah hari dekat situ laa. Lauk semua sedap-sedap tapi disebabkan ramai sangat oranggg, jadi aku cuma makan lemang dengan  kuah kacang je. Dan juga ice-cream. Hihi. Tak dapat nak rasa lauk kari kambing diaa. Cis.


Okay itu jee nak tulis. Esok last exam untuk this week. Sambung paper minggu depan untuk semua science stream. In one week. Memang banyak la rambut aku gugur nanti. Stress siut. 

Kay Challos :)

07 October 2011

Sweet Sixteen.

People. Terima kasih sebab wish me happy birthday. Terima kasih sangat-sangat. Ingat jugak korang dekat aku yee? Hihi. 


Dekat sekolah, Wawa bawak cake untuk akuu dengan Ummi. Kitorang lahir pada hari yang sama. Waktu je lain. Hihi. Kita happy sangat oh. Okay jom tengok gambar.





Love youuu <3

Wawa, thanks for the cake. Sedap sangat.




Izzani, thanks. Nanti bila aku nak minum milo malam-malam dalam bilik, aku guna cawan ni ye. And thanks sebab beli hijau. Hihi. Love you.


Iyee, mata aku macam tertutup kan. Choii.


Jahat ah kau Mina Bul Bul. Choiii.



This is Ummi, the one yang lahir sama tarikh dengan aku tuuu. 


Love you.




Manja Manja. HAHA.




Berehat sejenak bersama Kit-Kat. Hihi. Thanks.


I love you.



And you love me. Hihi.


Eh. HAHA. Pencil box hijau tu comel kn? Itu aku punya woot woot.

Maaf gambar tak teratur. Aku main letak jee pon. Hihi. 

First time celebrate dekat sekolah ohh. Memang rasa terharu gilaa bila ayah Wawa sanggup nak kasi cake. Sedap pulak tu. Then ramai pulak orang wish aku. Macam, ohh aku dihargai! Happy :D

Okay kita stop sini dulu. Thanks a lot. Challos.